Majikan Dari Syurga

Hi semua. Nama samaran saya Buku Nota. Kenapa pilih Buku Nota, sebab saya nampak Buku Nota sebelah laptop ni.

Pastu waktu isi form IIUM Confession ni, katanya sila gunakan nama samaran yang luar biasa. Rasanya belum ada orang lagi pakai nama samaran Buku Nota.

Saya pembaca tegar dan pengomen tegar dalam IIUM Confession. Tapi saya pakai akaun sebenar, bukan fake account. Ada masa saya jadi penyokong, ada masa saya jadi pengecam. Post saya ni, tak tau la akan dapat kecamanan atau sokongan.

Kisahnya macamni. Tahun ni saya bertukar kerja. Kerja yang lebih kurang sama tapi dalam industri yang berbeza. Saya masuk kerja baru seminggu sebelum raya.

Orang dah start nak cuti raya, saya baru nak masuk kerja. Merasa la kerja sorang sorang di kala orang lain dah start cuti. Huhuhu.

Saya dapat panggilan tawaran kerja ni pada bulan febuari 2024. Walaupun saya happy dengan kerja sebelum ni, tapi telinga saya dengar bunyi kaching kaching bila dapat offer kerja ni. Beza gaji dalam 1.5k dari gaji asal.

Syarat nak berhenti kerja di syarikat lama (kita bagi dia nama comp Y), kena bagi notis 2 bulan. Jadi lepas dapat tawaran tu, saya pun hantar resign letter bertarikh 20 feb. Ikutkan tarikh akhir saya kerja adalah pada 19 april 2024.

Tak sempat saya inform CEO, beliau dah ternampak status happy happy saya nak accept kerja baru kat ig story. Merajuk terus CEO saya tu.

Benda pertama dia buat kat saya ialah; saya ada arrange meeting dengan K*azanah. Sepatutnya saya la kena ada dalam meeting tu sebab all these while memang saya je yang berkomunikasi dengan mereka.

Sekali waktu meeting, CEO tak bagi saya masuk. (kejadian ni sehari selepas saya hantar resign letter)

Masa tu saya ok lagi. Lagipun dia cakap elok elok je tak bagi saya masuk meeting. Lepas tu, dia keluarkan saya dari whatsapp group. Saya faham group tu sangat sangat confidential.

Tapi saya cuma insan yang lemah. Saya kecik hati. Sebab saya memang nak habiskan dua bulan tu dengan kerja sungguh sungguh dan tanak tinggalkan pending task kepada sesiapa.

Dalam masa sehari dua, tiba tiba, banyak task yang I pegang terus kena handover kat orang lain. Projek yang I jaga dari scratch semua kena bagi orang lain. Padahal saya ada lagi 2 bulan kot.

Saya mengadu kat HR. Pada masa yang sama company baru ni minta saya masuk awal. Mereka nak bayarkan sebulan notice supaya saya cuma perlu serve sebulan je di comp y.

Waktu saya beritahu HR, HR kata, saya tak sepatutnya dilayan macamtu oleh CEO. Saya tanya juga kalau saya boleh berhenti lebih awal. HR kata, dia akan cakap dengan CEO dan akan buat arrangement yang bersesuaian.

Tau tak apa yang dia arrange? Saya diarahkan untuk handover semua kerja kerja saya. Mana yang boleh diselesaikan dalam masa dua minggu, kena selesaikan. Dan saya dapat surat pelepasan yang baru. Tarikh akhir saya bekerja adalah pada 19 mac.

Nak tahu apa yang best?

Majikan baru tak perlu pun bayar notis sebulan untuk saya.

Nak tahu apa yang laaaaagi best?

Walaupun tarikh akhir saya bekerja adalah pada 19 mac, tapi notice 2 bulan tu tetap berjalan. Notice dua bulan dan surat pelepasan tu benda yang berbeza tau.

Jadi pada penghujung bulan mac, saya dapat gaji full. Gaji saya di company y tetap berjalan sehingga 19 april 2024. Gaji + epf + socso + tax deduction.

Saya ni dah la pjj dengan suami. Memang seronok la saya dapat cuti dari 20 mac – 30 mac.

4 hari kami habiskan masa staycation dan jalan jalan cari makan untuk berbuka puasa dan selebihnya saya stay at home jadi isteri yang baik dan manis. (jarang sangat dapat masak n makan dengan suami di hari kerja).

Gaji bulan april tu, saya anggap sebagai bonus dari comp y untuk saya. Hasil usaha penat lelah saya kepada comp y.

Saya sangat berterima kasih kepada HR consultant di comp y. Sangat fatherly. Tu yang CEO pun banyak dengar nasihat dia. In fact, dia bagi saya personal number dia in case next time saya nak letak nama dia sebagai reference.

Kan CEO merajuk tak nak kawan dengan saya. Hari raya aidilfitri haritu dia hantar ucapan hari raya kepada saya. Terus saya gunakan kesempatan tu untuk minta maaf zahir dan batin kat beliau. (walaupun CEO tu bukan islam dan tak sambut raya).

Inilah kisah majikan dari syurga saya. Korang ada kisah majikan dari syurga? Meh la share. Boleh saya tulis kisah tu dalam Buku Nota macam nama samaran saya ni.

– Buku Nota (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. jujur, sy jeles dgn org mcm buku nota ni,.. seperti dipermudahkan sehgala hal.. tertanya-tanya apalah amalan org seperti buku nota ni amalkan setiap hari.

  2. u ni baik kot, kerja bagus.. tu yg bos2 and colleague baik2 je.. tp mmg ade je ofis yg x toxic, tp akan ada yg toxic tu sorg je.. last2 sbb keliling baik2, dia yg chow.. hahahaha.. xpe je sis, teruskan jd org baik,kerja seikhlas hati and semoga x pjj dah dgn shuben..

  3. Alhamdulillah syukur, bekas majikan saya pun baik, walau berlainan bangsa dan agama (yes saya selalu doakan agar pengakhirannya bershahadah). Beliau juga telah menanggung kos rawatan kesuburan saya, tapi tiada rezeki untuk berjaya hamil, dan dia byk membantu urusan saya mengambil anak angkat malahan membukakan account tabungan anak angkat saya dengan permulaan simpanan ribuan ringgit. Sungguh saya terhutang budi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *