Majikan Melayu, Layak atau Tidak Menjadi Majikan?

Confession ni aku tulis sebab aku baca 2 confession berkaitan majikan melayu,

https://iiumc.com/realiti-sebenar-boss-melayu/

https://iiumc.com/boss-melayu-aku/

Dalam cerita ni aku sebagai majikan. Syarikat enterprise. Baru setahun buat production dan ambil pekerja. Sekadar bercerita perjalanan aku sebagai majikan melayu.

Banyak aku dengar cerita dari kawan-kawan yang sama berniaga macam aku tentang staff dan sebagainya.

Staff marah OT tak dikira, staff marah tak ada Epf, staff buruk kan syarikat lepas berhenti sebab tak bayar elaun dan sebagainya.

Bila aku mula buat production dan ambil staff. Langkah pertama aku ialah sediakan sistem in dan out staff,

Untuk monitor masa masuk kerja, balik kerja dan OT sebab banyak keluhan dari pekerja yang tak dibayar dengan betul. Aku beli sistem payroll, hr, untuk manage gaji diorang.

Syarikat aku masih baru, naik sendiri dengan izin Allah tanpa pinjaman bank. Jadi kewangan memang isu utama.

Tapi aku tanam dalam hati nak ubah pemikiran yang majikan melayu ni teruk dalam pengurusan staff.

Aku tak ada ilmu tentang HR, malah aku cuma majikan yang punya SPM. Tapi aku tak jemu mencari ilmu.

Sales memang keutamaan sesebuah syarikat untuk survive, tapi staff adalah tulang belakang syarikat. Jika hak mereka tak ditunaikan, macam mana tulang belakang nak kuat kan.

Aku sebagai majikan Melayu, sebolehnya tunaikan hak-hak staff. Walau terpaksa bergolok bergadai, malah kadang aku sendiri tak bergaji.

Ada komen-komen yang aku baca, antaranya ‘tak layak menjadi majikan jika tak mampu tunaikan hak pekerja’.

Sungguh aku terkesan, berhari hari aku fikir, tak layak ke aku menjadi majikan,

Sebab dalam setahun perjalanan syarikat aku, ada sebulan dua yang aku bergolok gadai untuk bayar komitmen, sales drop jadi profit down. Komitmen still sama.

Tapi jika aku tak mula dari susah, manakan aku sampai ke atas, jika aku tak hadap susah ni, manakan aku punya pengalaman untuk move forward.

Untuk syarikat aku yang baru dan bertatih dari bawah, memang banyak kekurangannya.

Aku sanggup berhabis duit untuk bayar sistem-sistem yang memudahkan urusan kiraan gaji, Ot, Epf, sistem ni mahal, banyak syarikat enterprise tak pentingkan sistem ni wal hal sangat-sangat membantu.

Bila aku berjumpa dengan rakan lain yang berbisnes, mereka menidak kan apa yang aku buat, katanya masih tak perlu tu semua, malahan potongan Epf pun diorang kata bukan satu keperluan.

Nasihat aku buat rakan enterprise. Bila kita cuba sedaya upaya kita untuk tunaikan hak hak pekerja kita.

InsyaAllah, Allah akan mudahkan semua urusan kita, pekerja akan hormati kita tanpa kita perlu meminta mereka menghormati kita.

Jika sebaliknya, memang sampai bila-bila pandangan masyarakat pada majikan melayu tetap akan buruk.

Sakit tak jiwa bila majikan melayu dibandingkan dengan majikan bangsa lain. Sungguh aku terkesan dengan komen-komen dan luahan para pekerja terhadap majikan melayu.

Tak mudah menjadi majikan tapi lebih teruk jika kita jadi majikan yang dikenang dengan keburukan bukan kebaikan.

Aku seru semua majikan melayu, walau kau cuma enterprise, buktikan yang kita mampu penuhi hak hak pekerja. Cabar diri untuk keluar dari kepompongan typical majikan melayu tu di mata para pekerja.

Kita bangsa pejuang.

Aku yang masih bertatih dalam dunia perniagaan,

– -SM- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *