Assalamualaikum. Mak cik ni umur awal 40 an. Anak 6. Nak cerita la tentang kisah mak cik bila Mak cik ada terbaca satu artikel tentang majikan yang tersakiti, (https://iiumc.com/majikan-yang-tersakiti/).
Bila mak cik tengok luahan dia tu ada rasa kesian juga. Tapi sepanjang mak cik hidup ni rasa majikan yang suka tikam pekerja. Mak cik ada dua kisah tentang majikan ambil kesempatan ni.
Pertama ok short story. Mak cik habis diploma awal tahun 2000. Masa ni terus job hunting. Ada mohon kerja dekat satu majikan melayu ni.
Mak cik diterima dengan gaji 900 ya adik-adik. Masa interview dia kata gaji diploma rate 900 ijazah 1200.
Masa ni mak cik letak rate salary dalam 1500. Tapi bila dia kata rate untuk diploma 900 saja. Okay kita ni fresh pun terima saja la.
Okay Mak Cik pun terima la offer tu dengan basic gaji dan elaun kedatangan 10% dari gaji. Itu sahaja. Kalau penuh baru dapat. Kalau tak basic saja kalau dapat.
Tapi company ni kata kalau rajin OT banyak la kau dapat. Tempoh untuk tetap 6 bulan. Sepanjang kau kerja kau dapat MC 12 hari setahun.
Kalau MC boleh claim kalau tak pergi panel dengan alasan jauh dari tempat tinggal la. Tapi di bayar separuh saja.
Mula kerja kau dengan tiada kereta nak kena OT sampai malam. Ya untuk dapat gaji lebih kau kena struggle untuk buat OT lebih.
Short story mak cik dah kerja situ dah 6 bulan tapi bayang nak dapat tetap pun masih belum ada. Bila tanya senior yang kerja sana ikut majikan. Kalau dia suka ko laju saja la dapat. Kalau ko ni bukan kesukaan nasib la.
Bila dah lapan bulan mak cik kerja sana tiada perubahan ayah mak cik suruh berhenti kerja.
Wow bila kita nak berhenti kerja baru dia bagi offer untuk tetap dengan tiada perubahan gaji. Amazing right. Tapi mak cik tolak dengan alasan nak sambung belajar.
Bila mak cik tanya dengan senior dulu majikan ni macam anti pekerja perempuan. Lagi-lagi yang dah kawin. Alasan nanti kerja tak perform.
Pekerja lelaki naik gaji lebih RM 50 setahun. Kalau perempuan dapat RM 30 pun kena bersyukur. Awal-awal dulu kena bagi elaun makan.
Tapi di tarik dengan alasan makanan tengahari disediakan. Tapi tahan ke adik-adik lauk yang sama setiap hari. Bila pekerja merungut majikan stop sedia makanan tapi elaun makan tak kena bayar balik. Redha la nak.
Kisah kedua pulak mak cik kerja masa cuti semester dekat satu kedai makanan western ni. Milik Melayu juga.
Kita memang cakap awal-awal nak kerja 3 bulan saja. Oh memang dapat la. Tapi alahai kerja dia gaji RM4 sejam campur elaun makan RM1.20 sejam.
Masa tu kita tak fikir gaji. Fikir nak isi masa lapang saja la. Tapi awal-awal cakap tiada cuti ya untuk yang sementara ni.
Senior yang kerja lama situ pun gaji lebih RM2 ja dari kami. Sadis betul. Kerja kedai makan kau tau saja la penat dia. Tak boleh duduk.
Makan sejam. Masa tu la terkejar nak zohor Ngan asar. Makan pulak memang dia sediakan yang paling murah dalam menu. Huhu. Kesian betul. Kalau nak yang mahal boleh beli sendiri tapi diskaun 50%.
Pergi kerja dah LA jalan kaki. Bila balik kerja tu rasa macam nak seret saja kaki ni. Haha.
Seminggu kerja sakit kaki mak cik ni. Mak la yang rajin urut malam- malam. Thank you mak. Sayang mak. Dah dua bulan kerja mak cik berhenti. Sebabnya mak cik kena gangguan seksual dengan anak majikan.
Terus 24 jam ya. Tak de datang dah. Call pun mak cik tak jawab. Sudahnya gaji dapat sebulan saja. Sebulan lagi tu setengah bulan saja kerja burn sahaja.
Mak cik tak kisah dah hal tu. Janji diri kita selamat. Pengajaran dari dua kisah ni. Dua-dua majikan tu tak tahan lama. Konflik dalaman dengan anak-beranak. Lama-lama tutup.
Ini la majikan melayu. Kalau anda rasa fresh graduasi memilih gaji tapi anda nak dia kerja macam buruh fikir kan la. Tak semua macam tu. Ada majikan yang baik.
Salam sayang,
– Mak Cik Kertu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit