Assalamu’alaikum kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin siarkan confession aku. Selamat PKPB kepada semua rakyat Malaysia. Confession ini ditulis semata-mata sekadar perkongsian cerita aku, walaupun aku tak famous.
Aku Chan berumur 26 tahun. Berkerjaya dan masih single. Aku dahulu-nya mempunyai dua pekerjaan. Kerja tetap dan kerja part-time. 7 days a week dan jadi workaholic. 8.30 – 6.30 (Isnin – Jumaat), 9 .00 – 7.00 (Sabtu & Ahad).
Selama 3 tahun setengah aku bekerja tetap dan part time. Aku mempunyai dua situasi bekerja yang sangat sangat berbeza. Kerja part time lagi seronok dari kerja tetap. Tak sabar nak tunggu weekend sebab nak pergi kerja part time.
Suasana kerja yang best, kawan-kawan kerja yang sporting, gila sama sama dan aku disitu yang paling muda. Kakak-kakak dengan abang-abang tempat aku luahkan perasaan, kongsi cerita best, lawak lawak bodoh dalam kehidupan dan paling penting tempat aku dapatkan tunjuk ajar.
Mereka lebih senior, beza umur ada yang 20 tahun dari aku. Aku memang adik yang mereka sayang dan jaga.
Selain dari tu, bos ni aku panggil bos A. Boss A ni seorang yang baik dan memahami. Selepas ijazah, aku bekerja part time tu secara full time selama setahun. Kemudian baru aku peroleh pekerjaan tetap sekarang ni.
Dia pujuk jangan berhenti kerja, buat part time. Dia akan tolong aku supaya aku tak terlalu letih badan sebab hari hari kerja. Dia akan bagi off at the right time bila aku memang perlukan cuti walaupun sehari.
Company pun company bagus. Pada aku 5-6 jam tidur sehari dah cukup. Sebab tu aku boleh nak kerja sabtu ahad jugak. Cumanya, penat otak.
Manakala, kerja tetap aku sangatlah stressful. Kawan-kawan kerja okay lagi, tapi management merupakan masalah terbesar aku. Boss ni aku bahasakan Boss B. Boss B ni tak trust pekerja, pendapat diberi tak dengar, kerja diberi terlalu out of scope dan communication OUT!
Boss assigned aku satu medium project, handle sorang sorang. Bila aku kata aku perlukan backup, dia kata kenapa tak cakap awal awal. Memang lah tak cakap sebab mana ada orang handle project sorang sorang.
Takkanlah aku design, aku jumpa client, aku pergi meeting, aku procurement, aku pergi site aku monitor general worker. Nonsense.
Dibalas-nya orang lain dia dah assign project lain. Lepastu project colleague aku yang dekat 7 angka tu, dia sama sama turun padang support. Mental aku koyak.
Aku kemudian diduga dengan mak sakit buah pinggang dan beberapa unfortunate event yang terjadi dalam satu satu masa tu. Mak keluar masuk hospital dan memang memerlukan jagaan rapi. Terkejar-kejar aku balik rumah nak jaga mak, tolong ayah jaga mak.
Esok pagi bangun nak kena pergi kerja, Sabtu Ahad nak kerja lagi. Kalau pergi hospital, aku amik cuti atau gilir gilir adik beradik yang lain. Aku je yang bujang, lain ada family. So aku faham. Aku curi curi masa keluar office, alang alang nak ke site/meeting etc, aku jenguk mak sekejap.
Fuhhhh mencabar. Kalau badan kita ni ada label macam percentage battery hp tu, aku rasa battery aku tak pernah full. 70 paling maksimum. 0 masa sebelum tidur. Tidur lah yang tolong charge balik badan ni. Kadang kadang tak boleh tidur sebab pikir masalah lain pulak.
Bila kau dalam keadaan yang sangat tertekan/ penat/ risau, mental support sangatlah perlu. So, dari siapa sebenarnya yang kita perlukan? Dalam keadaan aku masa tu ialah majikan.
Macam aku cakap tadi, sorang bos baik sorang bos tak percaya staff. Punyalah tak balance. Fuhhhhh mencabar lagi masa ni. Kat sini menunjukkan satu benda sebenarnya, iaitu common sense.
Aku tau ramai je lagi yang mak ayah dia sakit, ada anak kurang upaya atau sesiapa je yang perlukan perhatian lebih dari biasa. Tapi bukan semua masalah pekerja adalah masalah yang simple. Pekerja punya concern should be your concern too.
Boss A dengan Boss B punya response bila aku utarakan masalah aku ni sangat berbeza. Tapi tu lah, masing masing punya character kan.
Hal dengan HR aku handle lain, tapi dengan boss ni aku mengharapkan belas kasihan sebab aku all out masa buat kerja. Tolonglah support mental aku ni walaupun sikit. huuu sedihhhhh.
Aku jadi tak cukup tangan. Kerja tu kerja ni. Client nak kena layan, boss nak kena layan, kejap lagi supplier call. Bila cuti, tengah drive ni lah client cari. Submit tu submit ni. Alhamdulillah Sabtu Ahad kerja tak stress. Enjoy je.
Complaint banyak pun tak guna sebenarnya. Tapi tu lah, lama dah terbuku di hati. Muka aku dari cerah jadi gelap sebabnya nak pakai sunscreen pun rasa time consuming. Hahahaha satgi nak solat nak apply balik. Urghhhh Sekarang cerah dah sebab duduk rumah. Yieeehaaa
Boss A sentiasa support aku, dia faham dan akan tolong mana yang boleh. Dia percaya dekat aku sebab aku tak pernah lagi buat masalah kat tempat kerja. Bila seronok, buat apa pun jadi best. Selalu tanya, “Chan, kamu okay? Mak okay?” Simple je dia tanya tapi aku appreciate.
While Boss B, dia diamkan aje selepas tu, yang dia tau project jalan and on time. Gila aku kejap masa ni. MC banyak sebab migraine and selalu kena anxiety attack.
Doctor kat klinik aku pun paham keadaan aku. Dia suruh aku rehat bebanyak bila dapat MC tu. Hahahah. Ke aku yang lembik sangat? Tak cukup kuat lagi ke aku ni? Kena jerit ‘girls power!’ kuat kuat agaknya
Setahun pun berlalu. Aku tabahkan diri menghadapi dugaan ditempat kerja dan rumah. Project jalan macam biasa, dah siap dah pun. Mak pun semakin okay. Cuma checkup je perlu and routine perubatan macam biasa lah.
Dah beberapa kali dah aku tulis surat resign tapi tak hantar pun. Tapi yang part time tu aku decide untuk berhenti, nak bagi ada masa untuk diri aku sendiri. Bekerja ikut kemampuan dan enjoy time with family.
Aku takde boyfriend lagi. Tak tau mana nak cari sebab hidup aku setahun dua ni busy je. Nak g dating pun takde masa. Hahaha. Lepas ni boleh lah.
Sorry kalau cerita aku berterabur. Aku kat office sorang sorang ni, kena kerja dah.
Bila pandang bilik boss, teringat air mata yang mengalir, suka duka sepanjang ujian Allah bagi kat aku masa tu. Dan aku percaya sebab doa aku boleh menghadapi ujian ni. Doa mak, doa ayah, doa family dan kawan kawan.
Buat boss diluar sana, anda prihatin, pekerja sayang. Macam misi, visi, moto pulak bunyinya. Tapi itulah kebenaran.
Stay home, Stay Safe semuanyaaaa!
– Chachan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit