Hai. Saya seorang majikan. Saya tidak tahu nak luah di mana lagi. Sebab kebanyakkan post mesti akan kutuk majikan.
Bisnes saya dah berusia 32 tahun. Sebelum pkp semuanya mudah. Selepas pkp semua jadi susah. Pekerja masalah utama saya.
Masa pkp, tak pernah sekali saya tak bayar gaji atau potong gaji. Ye. Walaupun tiada untung sangat masa pkp, tapi sebab ada simpanan syarikat, jadi mampu untuk bayar gaji. Walaupun wfh langsung tak berkesan. Pekerja malas. Kerja tak siap.
Tapi selepas pkp, pekerja semakin menjadi. Tak nak datang pejabat nak terus wfh, lepas kita tak setuju dia terus nak resign. Berbulan dapat gaji penuh walaupun tak buat kerja apa sangat tak rasa berdosa.
Pekerja lama yang ikhlas bekerja alhamdulillah memang masih ada. Saya sangat bersyukur ada mereka.
Tapi pekerja baru yang paling bermasalah. Masuk sekejap dah nak berhenti. Alasan gaji tak setimpal. Tak tahu gaji berapa nak bagi setimpal dengan kerja 8 jam didalam office yang ber pendingin hawa. Kadang berhenti sebab ditegur.
Pelik kan bila baru kerja tak boleh tegur padahal memang selalu buat silap. Atau berhenti sebab kata bos dan staff lama toksik, sedangkan dia baru masuk kerja sepatutnya dia belajar la adapt dengan suasana.
Tapi bila dia rasa dia tak boleh nak sesuaikan diri terus bos dan staff lama dicop toksik. Kalau betul toksik takkan ada pekerja yang dah 10 tahun. Ramai yang sebelum ni kerja lama2. Berhenti pun sebab nak kawin atau pindah. Itu biasa.
Tapi budak sekarang. Allah. Sistem pejabat saya dalam pejabat ada duty rooster untuk sapu dan buang sampah dalam pejabat ke luar. Itu sahaja.
Budak sekarang persoalkan kenapa kena buat semua tu. Itu tak sepatutnya masuk dalam jobscope kerja. Sapu dan buang sampah sahaja.
Bukan suruh lap tingkap atau lap kipas pun. Atau bila client marah dia sebab dia buat silap, saya tak pernah marah staff depan client, tapi saya tak la menangkan staff.
Saya akan cakap pada client nanti saya siasat, dan ada budak kata saya terlalu agungkan pelanggan dan tak bela nasib pekerja. Macamana ye pemikiran budak sekarang. Client tu la sumber saya nak bayar gaji dia.
Saya sejenis people pleaser dari muda lagi saya memang begini dan saya memang selalu nak puaskan hati orang dan saya rasa saya dah berusaha sehabis mungkin nak puaskan hati pekerja saya.
Saya tahu ini punca saya jatuh ke lembah kemurungan. Sebenarnya yang buat saya tambah stress sekarang pekerja lama saya yang dah bertahun2 dah nak berhenti sebab perlu ikut suami pulang ke kampung.
Tapi pekerja baru sekarang yang ada masih tiada yang ada kesungguhan untuk bekerja macam pekerja lama yang rajin dan buat kerja bersungguh. Mungkin juga sebab saya dah semakin tua, jadi saya tertekan dengan perangai budak muda sekarang.
Perangai mereka terlalu asing bagi saya. Mereka tiada adab sopan dalam berurusan. Bagi mereka cakap lepas itu sama seperti cakap straight to the point. Tapi bahasa yang digunakan selalunya kurang ajar.
Saya tak tahu bagaimana nak puaskan hati budak sekarang. Ot saya bayar. Makanan/minuman kat pantry saya penuhkan. Dekat pejabat boleh saja bawa phone, tapi ada sahaja budak2 sekarang yang tak puas hati.
Pakaian bebas asal menutup aurat. Masuk seminggu lepastu nak berhenti notis 24 jam, bila kita kata gaji tak akan diberi, dia pula kata tak halalkan gaji tu. Masa minta gaji suruh ikut akta, bab lain dia tak tahu akta.
Dan anak2 yang kata baik kerja grab dan sebagainya perlu tahu bahawa majikan kena beri gaji minimum RM1500 sebulan, kerja 45 jam seminggu, segala cuti dan hak pekerja tertakluk dengan akta pekerjaan.
Tapi mereka ni, Grab, Panda, JnT, dan sebagainya mereka terlepas dari semua ini. EPF dan Socso pun mereka tak perlu carum untuk rider mereka. Kalau eksiden, kau uruslah sendiri.
Jadi, setiap sesuatu pekerjaan tu ada baik buruknya. Saya tahu saya akan dikutuk oleh golongan pekerja. Saya akui majikan ada yang teruk.
Tapi majikan baik pun ada juga. Samalah pekerja. Ada yang teruk ada yang baik. Saya tahu.
Bagi saya kerajaan sangat kejam pada majikan macam saya. Saya bukan pemilik syarikat yang ada pelbagai department atau bangunan bertingkat2. Hanya satu ruangan pejabat.
Walaupun syarikat dah berusia 32 tahun, tapi saya bukan sama macam majikan aka founder produk yang untung berjuta. Perniagaan saya bukan macamtu.
Kalau lihat pada keuntungan dari awal memang nampak banyak, tapi cuba lihat keuntungan semenjak pkp ni, cukup-cukup makan sahaja.
Walaupun begitu saya tetap bersyukur kerana masih mampu bertahan. Ada rakan2 seusia saya yang dah tutup kedai dah. Baik duduk rumah layan anak cucu kata mereka.
Oh ye, orang macam kami bukan B20 dan bukan T20, bantuan tak payah cakap la. Cuba sebutkan bantuan untuk M40 apa yang ada. Tiada.
Sungguh saya tertekan.
– Majikan Tertekan. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit