Assalamualaikum semua, ini hanya sekadar coretan kami sebagai pekerja-pekerja.
Kami bekerja dalam sebuah company kecil berkaitan jualan di ibu kota.
Majikan kami pada mulanya memang seorang yang sangat baik, humble, murah hati dan bertimbang rasa pada staff-staff sedia ada.
Kami yang staff pun selalu ‘excited’ nak kerja, waktu cuti pun kalau staff tak cukup, staff yang bercuti (off day) sanggup datang (bukan sekadar nak claim OT <kami tau kau orang nak cakap yela nak claim ot kan>, bukan ya..
Cuma kau sendiri sangat happy dengan persekitaran kerja kau, management and diri kau sampai ada staff yang sanggup datang kerja just nak bantu naikkan sales company tanpa claim ot pun)
Namun lama-kelamaan sikap bos mula berubah, letakkan perbezaan antara staff dan pangkat boss, waktu ‘meeting’ minta idea.
Bila diberikan di katakan idea/ pemikiran awak semua tak sama taraf seperti saya tapi selang 1-2 bulan recycle idea staff dengan kata sendiri yang punya idea kenapa kau orang semua tak boleh nak fikirkan, asyik saya sahaja kena fikir sendiri.
Bila dah start jualan meningkat sikit, habis buka 1-2 branch baru dalam tempoh tak sampai setahun. Bonus dan kelebihan staf satu persatu ditarik.
Bila staff tegur keputusan terburu-buru yang dia buat, habis staff kena marah kata itu biar da yang settlekan pandailah dia sebagai majikan uruskan tapi bila dah terhantuk baru nak terngadah.. barulah terhegeh kat staff kata kenapa saya tak dengar cakap kau orang dulu ya..
Dari janji manis bonus/ elaun akan dapat setiap tahun based on jualan company, tetiba jadi sunyi sepi katanya sales turun, dari satu branch sahaja sampai dikenali satu Malaysia mustahil sales turun, each branch punya sale setiap tahun lebih 500k.
Okay, nak cakap sebab bayar utiliti and so on, on budget cuma yang tak on budget bila majikan sendiri yang menggunakan duit company untuk perbelanjaan peribadi.
Gunakan alasan director punya pembelian rumah (berapa banyak rumah kau nak beli? satu tak cukup?), director punya perbelanjaan ini, director itu, bayar deposit untuk buka branch then nak cancel nak tukar kawasan lain, so deposit burn.
Deposit buka kedai, beli rumah ke apa sahaja ye kawan-kawan bukan sikit ya. Beribu juga okay.
Itu tak apa, untuk kemudahan staff, tak ada fikir ya. Bila staff tanya tak ada ke bonus tahunan?
Alasan yang komisyen staff dapat sebab capai target adalah bonus tahunan yang company bagi, waktu itu memang ramai staff bising dah,
Ada ke kau yang letak target suruh staff capai, siap bila tengok ada yang tergapai-gapai tak capai target pun di pulun marahnya kenapa tak boleh capai target apa semua..kamu orang tak nak komisyen ke sebab itu tak ada usaha capai target??
Kenapa tak ambil inisiatif kerja waktu public holiday untuk capai target?
(Company kami tak ambil semua ya cuti Umum ada beberapa sahaja dan wajib sekiranya staff kerja waktu cuti umum tersebut kecuali Raya Aidilfitri, siapa yang tak kerja, kena soal tak nak komisyen ke? tak capai target lagi kan?)
Eyh hello, komisyen dapat sebab staff capai target, ianya bukan bonus tahunan. Ye kami tahu memang bonus tahunan adalah hak majikan nak bagi tapi sebagai majikan nak tarik and keep staff kerja dalam sesebuah company kenalah pandai jaga staff.
Ini bawa bercuti ke, apa ke, tak ada ya. Siap staff nak bercuti lama pun bukan senang ya nak bagi cuti, sampai AL berlebih.. dan tetiba keluar notis AL cannot carry forward and yang sedia AL yang lebih itu akan burn.. minta bayar AL tu pun tak nak..
Korang rasa?? Siap push staff buat macam-macam, jobscope staff pun dia orang tak tahu, main kasi kacau rata semua.
Masya Allah dia tak tengok staff bertungkus-lumus buat sale, tak sempat makan and buat benda lain pun cuma hadap and layan customer (adalah juga hari-hari yang kami relax sikit), dan-dan la majikan pula lebihkan customer dari staff.
Customer bising sikit habis staff dimarah macam staff bakar company dia..padahal tak ada langsung nak selidik dulu apa puncanya..
Customer is king, customer yang bayar gaji kau orang, customer nak apa sahaja, kalau boleh nak bagi.. staff minta bonus pun susah nak dapat.
Yang kerja 6-9 tahun pun kata selama mereka kerja, dalam 2 kali sahaja dapat bonus. Habis sales lebih dari 2-3 juta setahun tu buat apa?
Haa.. itulah buatlah untuk beli rumah, kereta, buka branch, keluarkan product baru.
Bila nak keluar product baru tak cukup duit, mulalah bising ke staff, suruh buat sales sebab duit itulah dia nak guna untuk rolling dia nak bayar supplierlah, itulah inilah. Kami kan kuli untuk dia dapatkan duit sahaja.
Paling ketara sekaranglah, habis semua staff nak dibuangnya, eyh eyh duit bantuan kerajaan dapat, staff semua nak dibuang, lepas itu buat cerita sedih kata tak faham kenapa staff berhenti, eyh kau ingat kami orang ini bodoh ke tak tahu yang kau buang orang bukan orang nak berhenti.
Lepas itu buat-buatlah stress sebab konon semua benda kau kena buat sorang, kata company tengah kerugianlah apala tapi kau boleh pula pergi beli kereta baru semua. Buang orang lama tapi masa yang sama kau cari orang baru (staff baru), tak ke bodoh??
Buat-buatlah sedih kenapalah si polan ni berhenti, company dah bagi yang terbaik dah.. isk isk drama TV3 pun tak macam ini.
Buat-buatla bertaubat ye… semua benda yang kamu orang buat pada staff akan dibalas juga nanti, kamu kenakan staff, ingat doa orang yang teraniaya ni tak ada hijab ya.. lagi pula zaman sekarang ini, kifarah on the spot ya.
Sebab itu company kamu banyak masalah, banyak masalah berkenaan audit/ account, kena saman, kena denda..
Itulah banyak sangat menipu, tak nak bayar itu ini, hak staff semua ditarik.. staff tak ada hak langsung nak pertahankan diri.. ikut kamu orang sahaja kan nak buat undang-undang kerja sendiri.
Buat bos-bos di luar sana, kami orang staff bukan nak kau sanjung kami junjung kami atas kepala kau orang pun.
Sekurangnya hargailah kami, bertungkus lumus kami kerja untuk company kamu, susah sangat ke nak hargai kami?
Habis ke duit kamu untuk bawa kami bercuti ke, bonus ke?
Ini tidak makin banyak yang kamu orang tarik dari kami,kamu buang kawan-kawan kami dengan alasan bullshit. Patut kamu orang jaga staff bagi staff happy, staff pun akan kerja dengan lebih bagus, ini tidak..
Semua benda kamu tarik, staff disuruh kerja bagai lembu.. lembu pun kalau tak dibagi makan yang bagus pun akan jadi tak sihat, lagi kan kami manusia.. hari-hari kami ditindas mental fizikal tanpa ada inisiatif untuk bagi kami pujian ke apa ke..
Time sales letop kamu orang cakap itu kamu buat… bila sales drop sikit sebabkan cuti umum/ perbelanjaan netizen berkurang.. kamu salahkan staff.. kata kami orang tak usaha.
Kami orang pun tak faham apa yang kamu orang nak, kerja kami buat elok sudah, ikhlas sudah tapi bila kamu pertikaikan, kami jadi apa masalah kamu orang sama staff?
Semua benda kamu tarik balik dari staff, sekarang kami orang macam orang suruhan kamu sahaja.. ke kamu orang nak kami berhenti ramai-ramai ke apa?
Fikir-fikirlah bosku, nanti jangan sampai satu tahap company kamu ini sudah tiada ya.. kamu ingat staff senang dapat kan? sebab itu kamu orang ikut suka hati buang staff.. depan orang lain bolehlah kamu tutup dengan senyuman kamu cerita sedih kamu ya..
Moga Allah bukakan pintu hati kamu ya bosku.
– Pekerjamu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit