Ikutkan hati, dah lama aku berhenti kerja.
Namun disebabkan takde sumber pendapatan lain, aku terpaksa pilih untuk bertahan dengan kerja sekarang walaupun aku dah tak larat sangat atas faktor usia.
Cukuplah aku kata kerja aku sekarang ni tak sesuai dah dengan umur aku di pertengahan usia sekarang. Ini kerja untuk orang muda.
Dah selalu sangat aku sakit kaki dan badan sebab kerja ni perlukan banyak berjalan selain angkat barang berat.
Aku bekerja dengan pakcik aku di sebuah perniagaan enterprise berkait makanan.
Jadi aku tak dapat nak cerita secara terperinci pasal kerja aku. Takut ada pulak saudara-mara yang membaca.
Aku kerja ni dah lama. Hampir sedekad. Dan aku adalah staf paling senior yang ada kat sini. Staf lain umur semua awal 20 an.
Selain faktor usia, aku sebenarnya dah takde motivasi nak bekerja. Aku rasa tak dihargai walaupun aku paling lama kerja kat sini.
Sepanjang aku bekerja, tak pernah sekali pun staf dapat bonus walaupun pada tahun2 yang sangat menguntungkan. Duit raya jauh sekali.
Namun pada masa sama, staf ni terpaksa makan hati tengok bos bertukar2 kereta dan bercuti ke sana sini. Staf ni setakat dapat fridge magnet dan key-chain.
Aku faham bonus bukanlah hak staf tapi takkanlah takde sekelumit pun perasaan nak hargai staf dengan cara bagi bonus?
Cukup ke dengan hanya belanja staf makan yang berapalah sangat harganya tu?
Gaji aku pula dah tahap gaji mati. Tak boleh naik dah tapi boleh turun kalau kerja kurang daripada biasa.
Memang takkan naik walaupun kerja lebih banyak. Aneh kan? Tak boleh naik tapi boleh turun.
Bos aku pernah cakap dulu, lebih baik kerja dengan majikan Melayu daripada majikan bangsa lain.
Kerja dengan majikan Melayu katanya senang sebab majikan tak berkira sangat dalam banyak hal.
Ini kata2 daripada orang yang tak pernah bekerja dengan majikan bangsa lain.
Dia tak tahu majikan bangsa lain tu setiap tahun bagi naik gaji, bonus tahunan dan duit raya.
Dia tak tahu majikan bangsa lain tu lebih pandai hargai staf daripada dia.
Aku bertahan kerja kat sini sebab fikir anak bini je. Kalau aku berhenti tanpa ada sumber pendapatan lain, memang gilalah.
Zaman bujang dulu bolehlah aku berhenti kerja ikut suka hati.
Aku dah banyak kali mengadu kepada Tuhan lepas solat tahajjud.
Cuma mungkin Tuhan nak aku belajar sabar dan terus berdoa. Itu yang Dia belum bagi aku jalan rezeki yang lain.
Jadi sehingga saat itu, aku perlu bersabar walaupun aku dah takde semangat nak bekerja, tak macam dulu.
– Awang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit