Majikan Yang Tersakiti

Baru-baru ni tular isu gaji fresh graduate, selaku seorang majikan, aku nak cerita kisah reality mencari pekerja.

Sebelum tu, perniagaan aku adalah printing, bunting, banner dan seangkatan dengannya. Jadi aku bukan lah majikan megah holding.

Tapi aku percaya, ramai majikan picisan macam aku dan juga syarikat besar-besar alami masalah yang sama.

Untuk pengetahuan, aku tak perlu pun cari pekerja yang berpendidikan kalau nak diikutkan, cukuplah yang pelajaran biasa2 namun ada adab.

Tapi aku cari juga mereka yang dari bidang marketing/ business atau accounting untuk bantu aku lancarkan urusan perniagaan aku.

Dua bidang yang aku sebut diatas, bila minta gaji mak ai kalau boleh nak RM2k ke atas, dengan alasan mereka mempunyai degree atau diploma dalam bidang tersebut, namun pengalaman kerja tak pernah ada.

Datang interview pun tak bersedia… bila kita tanya contoh marketing yang dia boleh bantu untuk ‘viral’ kan business kita, dia jawab buat post iklan kat FB, IG.. itu tak perlu bidang marketing.

Aku ni buat printing. Aku boleh saja nak cari print banyak2 tampal merata2. See. Tak bersedia dengan idea. Tak kenal pasti pun mereka memohon dekat syarikat apa.

Okay. Kalau bidang akaun pula, kita tanya pernah guna tak sistem **, tak pernah.

Bila kita tanya masa intern buat full set akaun tak, dia kata tak sebab intern dekat jabatan ***. Tak berkaitan dengan akaun, sebab dah tak dapat tempat.

Disebabkan kita perlukan mereka untuk buat akaun bermula dengan sorting document, filing dan sebagainya, kita offer gaji basic sahaja, ditolak dengan alasan filing bukan tugas akauntan.

Rasa nak hempokan kepala dia. Apa dia ingat akauntan kerja dia key in data sahaja ke? Kemudian nak gaji 3k? Bukan seorang ye macam ni…

Oh ye, kenapa cari pekerja, sebab pekerja yang ada tak pernah bertahan, budak kita (m). Kerja kejap berhenti. Kerja kejap minta cuti, masuk pagi lambat.. ada sahaja alasan, mak sakit.. kucing sakit.. pening.

Kalau kena tegur, muka masam mencuka, tak hormat langsung kat kita walaupun kita majikan dia. Lepastu cabut saja. Berhenti tak bagi notis apa. Tau-tau hilang.

Aku ni rasanya bukan jenis menyinga, selalu saja belanja makan minum, cuma kalau buat salah, kenalah tegurkan.

Tapi tulah. Bila kita baik2 dengan pekerja, dia pijak2 kita, bila kita tak berbaik, dia kata kita zalim la sombong la.

Jadi aku meluat tengok orang yang sokong bagi gaji tinggi pada fresh graduate, dia punya sembang pongpang kutuk majikan swasta bagi gaji basic, bila kita tengok profile dia, kerja kerajaan.

Cehh. Kau jangan samakan kerja kerajaan dengan swasta.

Swasta ni ada banyak peringkatnya. Macam aku, peringkat yang bawah-bawah. Untung aku setahun belum tentu sampai 1 juta. Jadi macamana aku nak hire fresh grduate dengan gaji tinggi ?

Kerajaan letak gaji basic, kerajaan tak pernah letak gaji degree macam ni….. Gaji diploma macam ni….. Gaji spm macam ni……

Kerajaan letak gaji basic tu untuk semua tahap. Korang yang pandai2 buat kata gaji degree sepatutnya macam ni, diploma macam ni..

Cek la akta buruh kalau tak percaya, bila majikan offer gaji basic, dia punya melenting waah. Macam dah kerja dan kena tindas bertahun2, padahal baru nak di offer bekerja.

Lagi satu, korang ni jangan mudah terpengaruh dengan drama melayu, dari kampung pergi bandar dapat kerja gaji besar. Jumpa anak bos.

Kawin. Sampah semua tu.

Cuba korang tengok cerita jepun ke korea ke, dia depict reality tu betul sikit, kena duduk menyewa kat bilik kecil, gaji kecik, buat kerja part time. Makan kongsi2. Itu reality diaorang.

Itu juga reality negara kita. Tapi sebab drama kita, kalau berhijrah ke bandar saja mesti dapat kerja.

Kalau dapat kerja swasta saja mesti gaji besar, client semua datuk2. Projek juta-juta. Kepala diaorang.

Aku ni client orang biasa2. Orang macam aku yang sama-sama sibuk nak cari makan. Jadi again, macamana nak hire fresh graduate dengan gaji yang tinggi ?

Ada tak persatuan majikan swasta yang disakiti? Aku nak join.

Orang ingat kita majikan ni saja-saja offer gaji basic sebab kita nak pergi haji balik hari.

Cuba korang cerita sikit pengalaman korang mencari pekerja budak jaman now. Orang kerja makan gaji dengan kerajaan dilarang komen. Haha.

– Abu Burn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kebanyakan majikan ambil kesempatan tbh. Bussiness masih jalan tapi katanya potensi ROI tak dapat support gaji pekerja. Ambil intern elaun RM50 sebulan macam aku diserap masuk janji gaji basic, tiga bulan takde gaji, tambah lagi minta hutang dengan gaji pekerja macam aku.

    Back to basic, cuba muhasabah dosa kita, hubungan kita dgn org lain. Ada mengata belakang org/staff ke, hubungan dgn TUHAN, hutang dgn org pandang lekeh ke. Kadangx2 benda macam ni buat kita tak de keberkatan. Aku pun muhasabah diri juga rupanya banyak kekangan kat keluarga dan melengahkan hutang sendiri dahulu.

  2. Kebanyakan majikan ambil kesempatan tbh. Bussiness masih jalan tapi katanya potensi ROI tak dapat support gaji pekerja. Ambil intern elaun RM50 sebulan macam aku diserap masuk janji gaji basic, tiga bulan takde gaji, tambah lagi minta hutang dengan gaji pekerja macam aku.

    Back to basic, cuba muhasabah dosa kita, hubungan kita dgn org lain. Ada mengata belakang org/staff ke, hubungan dgn TUHAN, hutang dgn org pandang lekeh ke. Kadangx2 benda macam ni buat kita tak de keberkatan. Aku pun muhasabah diri juga rupanya banyak kekangan kat keluarga dan melengahkan hutang sendiri dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *