Assalamualaikum admin. Terima kasih beribu ribu terima kasih kalau sudi approve luahan sy. Sy nak tanya pendapat semua kat sini memandangkan sy tak arif bab bab agama.
Sy nak kahwin insyaAllah hujung tahun depan. Parents dah tahu dan start buat perancangan. Masalahnya macam biasa lah. Kita nak yg simple, parents nak melebih2 bermajlis. Tapi dalam kes sy ada twist sikit. Sy dan abah sebulu. Mak sy team lain, sorg sorg dia. Hahaha
Cerita dia macam ni. Sy ckp kat mak abah. Sy tak nak jemput terlalu ramai dan buat majlis besar besaran. Sebab sebab utama:
1. Sy malu kalau terlalu ramai. Dah laa kita jadi centre of attention. Lepas tu nnt mmg tak terlayan kalau 1000 org yg datang. Mmg penat lah. So sy cadangkan nk buat maximum 200 org sahaja. Buat mcm private wedding mcm mat sallleh selalu buat. Tapi versi melayu islam lah. Cuma part panggil tetamu sedikit tu sahaja ikut diorg. Sy nk panggil keluarga terdekat, sedara terdekat dan kawan kawan rapat. Sekurang kurang nya sy dapat layan semua tetamu yg datang dan mak abah sy pun tak terlalu penat nk melayan semua. Mak sy hmmmm harus lah membangkang. Tak payah jadi melayu lah kalau macamtu. Pegi jadi mat salleh je senang. Hahahaha kesian sy disuruh jadi mat salleh. Dia punya list nak panggil tetamu macam nak panggil satu negeri dtg majlis. Punya lah ramai. Anak org itu, anak org ini, makcik tu, makcik ni. Takut abah sy tengok. Yelah dia yang nak membayar catering nanti.
2. Sy tak mahu perkahwinan sy di hakimi oleh org yg tak sepatutnya, yg tak penting pun dalam hidup sy. Sebagai anak, sy faham mak sy nk tunjuk kat org haaa ni anak aku cantik molek nak menikah dah. Haa sape yg dok kata dia tak laku, dekat 30 tahun tak kahwin kahwin? Ni serious mak sy pernah cakap kat sy. Hahahaha. Tapi sy tak nak jemput makcik makcik (read: kenalan mak sy, bukan family pun) macam tu dtg sbb tak nak mak sy pedih telinga diorg umpat majlis sy. Jadi xpayah ajak dari awal. Senang kan? Alasan tak ajak? Buat kecik2. Tapi mak sy harus lah nak buat sebesar alam majlis tu. Nak bgtahu org anak dia kahwin.
3. Majlis ni walaupun 200 org je datang, tapi sy tak lah berniat buat terlalu simple macam cowboy. Sy plan nak buat macam wedding lain jugak. Proses dan jumlah jemputan sahaja simple. Tapi benda lain mcm biasa. Asalkan tak jatuh dalam hukum membazir. Sy nak buat akad nikah, lepastu makan terus. Kira itu majlis terus lah. Sebab tu jemput sikit. Sebab sekalikan dgn nikah. Tak ada dua majlis sebelah keluarga sy. Tapi aspect yang lain tak berkurang. Maksudnya sy still akan tempah baju, makeup, ada door gifts dan sebagainya. Tapi utk 200 org sahaja. Sekurang kurang nya tak banyak sgt duit yg keluar berbanding panggil 1000 org. Akan tetapi mak sy dgn marah nya cakap haa habis tu makcik makcik A to Z tu tak nak jemput?? Hahaha sy diam je. Sy ckp xperlu nak jemput org yg xpenting dlm hidup sy. Mak abah mmg besarkan sy dr kecik. Tp please jgn jemput org yg boleh rosakkan majlis dgn mulut diorg. This is supposedly an intimate ceremony with close families and friends only, remember? Abah sy mmg setuju 100% sebab dia tak suka nak splurge utk org yg hanya akan mengumpat majlis anak dia. Tapi mak sy tak. Dia tetap nk jemput ramai.
Jadinya mak sy guna hujah majlis perlu buat besar besaran dan dihebahkan umum. Kalau tak macam mana org nak tahu sy dah kahwin. Hmm so sy nk tanya pendapat semua. Dari sisi agama, salahkah sy jadi selective dalam memilih tetamu yg hadir? Keluarga, sedara mara tu mmg semua dijemput. Cuma yg third party ni. Berdosa ke sy xjemput kenalan yg begitu? My big day is my happy day. Sy tak mahu mak sy dok bersedih pulak dgr kawan kawan dia dok compare majlis dgn org lain. Sy tahu mmg mulut diorg mcmtu. Tapi sy tak tahu mcm mana nak convince kan mak sy dlm hal ni. Adakah sy berdosa memilih tetamu? Please help! Terima kasih utk jawapan jawapan anda.
– Zaf
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit