Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga IIUM. Okey, cerita aku ini bukanlah nak mengecam atau apa, cuma kurang bersetuju sikit dengan trend kahwin sekarang dan tak semestinya setiap orang buat benda yang sama. Cuma, ini berdasarkan drpd pengalaman aku aje.
Okey, bila kita sebut bab kahwin, mestilah kena ada majlis sanding, kan? Aku tak kesah nak buat ke tak buat sebab majlis doa selamat pun kena keluar duit, lagilah majlis sannding yang memang sah-sah kena banyak keluar duit untuk bayar kos kanopi, pelamin dan mcm2 lagi. Tapi, kalau dah sampai bebankan org lain juga itu, aku pun rasa nak marah juga. Aku akan ceritakan sebab2nya.
1. Nak pakai baju tema warna sama.
Kalau boleh, nak keluarga belah sini pakai baju semua warna merah. Biar nampak ini keluarga pihak belah pengantin lelaki atau pengantin perempuan. Aku tak ada masalah pun sebab aku pun banyak baju. Tapi paling sakit hati, minta warna yang pelik2 macam merah scarlet la, ungu lavender la, hijau epal la… Bila tak kena sikit, mulalah herdik.
Okey, yang ini tak sakit hati sangat sebab setakat baju aje, tapi bila anak-anak dan suami tak ada baju warna itu, kenalah beli yang baru. Kalau tak, tak sehati sejiwalah. Nanti mulalah belakang cerita bukan2. Alaa, bukan aku tak tau. Adik-beradik pun citer kisah adik-beradik gak. Hahahaha. Terpecah ke rahsia?
2. Minta sponsor.
Wow! Gah kau minta sponsor orang. Nak buat besar2 tapi hantaran minta sponsor. Siap bagi cadangan lagi apa yang orang itu perlu bagi. Mau aje aku cili mulut hang itu. Tapi, x salah pun kan nak sponsor anak saudara nak kawin? Bukannya banyak pun.
Haah. Kalau yg sponsor coklat itu, sila beli coklat ferrero rocher, hershey, cadbury dan yg mahal2 itu. Kalau sponsor tudung, tolong beli tudung Naelofar atau pun beli tudung yg ada class sikit. Yg sponsor telekung itu, tolong belikan telekung Siti Khadijah. Habis kalau beli tudung Siti Khadijah, Siti Khadijah nak pakai telekung apa? Awww, bad jokes, dad jokes.
Kalau ya pun nak suruh orang sponsor, janganlah sampai nak bebankan orang. Kami sponsor ajelah mana kami mampu. Aku kahwin dulu pun cari duit sendiri beli barang hantaran. Biar tahu sikit macam mana susah nak kahwin. Bukan nak banding, tapi memang makin hari makin melampau. Mujurlah bukan semua anak saudara aku macam itu. Habis pak cik saudara? Amboiiii…
3. Kuli secara sukataksukarela
Keluarga aku ini besar. Adik beradik nak bilang guna dua tangan pun yak cukup lagi. Kena tambah dengan jari kaki. Tak tahulah kenapa org dulu kuat sangat. Okey… Stop joking.
Bila keluarga besar, of course ramai anak saudara… Tapi sayangnya, waktu ini yang nampak baru boleh kira dengan jari dua tangan. Maklumlah, dah besar masing2. Anak2 aku itu tak besar2 lagi, masih sekolah. Memang jadi mangsa kena buat kerjalah kalau tak nak aku bebel. Bukannya nak jaga air muka aku sbb anak tak buat kerja, tapi kerja dahlah banyak bertimbun2. Yg pasangan pengantin pun, alahai… Malasnya buat kerja. Tak apalah, mereka raja sehari. Tapi keluarga raja sehari? Hmmmm… Saudara-saudara kelaurga raja sehari jugalah yg rajin bebenor menolong.
Padahal buat kenduri kahwin hari cuti and masing2 tak kerja tapi berlagak macam ada kerja. Oh, lupa… Kerja mereka adalah memberi kerja kepada kami. Haha… Sebab itu aku selalu pesan dekat anak2, jangan jadi pemalas sebab kalau jadi rajin, senang mak dapat calon menantu. Okey, gurau aje. Aku nak didik anak2 supaya jadi rajin buat kerja memandangkan anak2 aku ini ramai lelaki berbanding perempuan supaya kalau yang lelaki, taklah menyusahkan isteri nanti dan yg perempuan, boleh tolong suami nanti. Jgn jadi mcm suami aku. Opsss, KRT pula.
Okey, ini ajelah perkongsian daripada aku. Kalau korang ada pengalaman yang sama macam aku, tolong bagitahu cara macam mana korang handle supaya selepas ini, hidup aku akan jadi lebihhhh tenangggg. Terima kasih.
– -Mak Cik Onion
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit