Assalamualaikum, sahabat-sahabat confession. Terima kasih kerana menyiarkan confess aku ni. Aku terpanggil sebenarnya nak buat confess tentang majlis tunang ni.
Baru-baru ni kita lihat kebanyakan artis yang bertunang dengan mengadakan majlis sebijik macam majlis kahwin. Netizen kat luar sana pulak mengeluarkan komen yang berbagai-bagai. Ada yang positif dan ada yang negatif.
Tapi, sebenarnya bukan artis je. Artis ni sebagai medium kebangkitan trend sebegini. Tapi, ramai je rakyat marhaen yang biasa mengadakan majlis bertunang yang ala-ala majlis perkahwinan.
Tujuan aku menulis ni adalah sebagai memberi pendapat dari pihak aku. Aku berpengalaman mengadakan Majlis Pertunangan yang ala-ala Majlis Perkahwinan. Sebenarnya aku nak buat majlis biasa je. Tetapi, disebabkan aku anak sulung dan hanya seorang perempuan, ibu dan ayahku terlebih ‘excited’.
Ikutkan aku nak panggil sedara mara terdekat dan buat biasa je. Tapi, disebabkan ibu ayah aku ni tinggal di kampung dan ramai orang kampung yang mengenali kerana kami melakukan bisnes khemah pengantin, maka nak tak nak jemputlah sekampung. Kalau tak jemput pun selalunya diorang mesti datang.
Okaylah bertunang tak perlulah pelamin bagai kan? Depends on keluarga sebenarnya. Disebabkan kitorang ada barang-barang untuk pelamin, so kitorang decorate sendiri tapi pada orang kampung nampak gah lah.
Ikutkan aku pun tak nak semua tu tapi keluarga aku cakap buat jelah walaupun simple. Aku pun di make up untuk hari pertunangan aku. Pakaian tu biarlah yang menutup aurat dan tak nampak seksi.
Alhamdulillah, baju aku biasa je tapi aduhai tukang make up aku terover make up. Bagi dia simple tapi bagi aku dah over sangat dah. Nampak macam kemain lagi. Banyak kali aku cakap dalam hati,berkat ke kita buat macam ni?
Sebab ramai giler datang rumah. 4 khemah yang dinaikkan tu ‘full house’. Sampaikan ada kawan aku datang keluar balik sebab dia ingat salah rumah. Tapi, pada niat ibu ayah aku pulak sebab nak meraikan keluarga tunang yang datang dari jauh dan juga orang-orang kampung yang ada antaranya yang susah.
Dalam masa yang sama, rakanku bertunang jugak di negeri lain. Simple dan hanya keluarga rapat je datang. Maybe keluarga dia pun tak ramai. Tak ada pelamin bagai dan hanya ambil gambar berdua sahaja selepas disarung cincin.
Aku tak nafikan kenduri tunang aku jadi besar sebab dah lama orang tunggu aku ni kahwin tapi tak kahwin-kahwin. Keluarga sebelah mak dan ayah aku kalau bergabung pun dah macam buat kenduri. So, macam tak boleh nak elak sangat dengan kehadiran yang ramainya tetamu. Tapi tulah, kenduri tunang tu seriously dah macam kenduri kahwin.
Bagi aku, bertunang ni biarlah rahsia. Sebab aku tak nak orang mengalami apa yang aku rasa. Aku tak salahkan ibu ayah aku kerana mereka nak yang terbaik untuk anak diorang. Tapi kalau boleh elak, tak payah menampakkan grand nya Majlis Tunang korang. Sebab aku pun dah tak ada jodoh dengan orang yang aku tunang tu sekarang. Hal bertunang dah tahu sekampung sekali kau tak jadi kahwin.
Aku tak malu nak cakap aku putus tunang sebab ada perkara yang membuatkan kami tak ada jodoh tetapi nak bagitahu orang kampung macam tak sampai hati. Bila aku balik je kampung, orang dok bertanya bila nak langsungnya? Adeh, soalan yang aku tak dapat nak elak dan jawab.
Pada hemat aku,nak bertunang buat majlis boleh je tapi jangan meriah sangat. Ada je kawan aku tunang ada pelamin tapi dia panggil keluarga je. Cuma nak jadikan momen-momen indah dalam hidup dia je tunang tu. Jika boleh rahsiakanlah. Tapi, kalau ada orang nak mengorat cakaplah terus terang yang awak tunang orang.
Ada yang rahsia sangat tapi bila orang test market, dia pergi layan pulak dan akhirnya hubungan dengan bakal isteri atau suami putus di tengah jalan. Aku selalu dengar ustaz cakap rahsiakan pertunangan, isytiharkan pernikahan. Kalau boleh buat macam ni lagi bagus. Lagi banyak keberkatannya.
Tapi kalau ibu dan ayah korang nak buat majlis makan macam cerita aku, korang terima jelah cuma jangan hias macam kahwin sangat. Ini pengalaman aku. Mungkin ada je yang bertunang buat majlis macam kahwin tapi okay je. Masing-masing punya pendapat dan tak kurang jugak rezeki yang Allah berikan pada setiap orang tu berbeza.
Ada pro & kontra dalam hal pertunangan ni. Ada yang bila korang expose pertunangan akan ada orang yang mengambil kesempatan. Ada yang dengki dalam perhubungan korang. Ada jugak yang tak kacau dah korang sebab mungkin selama ni memendam perasaan kat korang tapi tulah banyak perkara yang korang kena jaga dalam majlis pertunangan tu kan.
Nak jaga ikhtilat dengan tunang lagi. Nak jaga adab dengan tetamu dan sebagainya. Seperti yang aku katakan di awal tadi, terpulang pada seseorang itu. Nak buat jangan sampai membazir jugak. Membazir itu amalan syaiton.
Kesimpulannya, terpulang kat korang. Hahaha. Tapi, kalau dari pengalaman aku,aku takkan ulangi kesilapan lalu. Mungkin sebab tak ada jodoh tapi mungkin salah satu keberkatan tu hilang juga disebabkan majlis yang sebegitu rupa. Aku hanya bagi pendapat. Terpulang pada korang yang memilihnya.
Selamat bertunang! Huhu.
– Feera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit