Major Bipolar Depression Disorder

Assalamualaikum hai pembaca-pembaca IIUM Confession. Perkenalkan diri aku Cempaka. Berasal dari utara tanah air, dan sekarang sedang menetap dan bekerja di ibu kota.

Apa yang akan aku ceritakan ini adalah apa yang aku lalui sekarang, dan aku sangat berharap rakan-rakan disini boleh beri pendapat macam mana nak berkawan dengan orang yang ada Major Bipolar Disoder ni. Maaf tulisan berterabur sedikit.

Sekarang, aku sedang berkawan dengan kawan sekerja aku yang menghidap penyakit bipolar disoder.

Aku namakan dia Su, seorang ‘engineer’, berusia pertengahan 30-an, perempuan, belum berkahwin, penghidap bipolar, pernah ada percubaan membunuh diri, dan sekarang masih lagi bergantung dengan ubat. Aku muda sikit dari Su.

Sebelum tu aku minta maaf kalau apa yang aku tulis ni akan menyinggung perasaan pembaca, sebab aku bukanlah seorang yang berpengetahuan tentang mental illness ni.

Su ni dia baru je masuk tempat kerja aku tahun lepas. Su sebagai bos aku, sebab aku assistant dia sahaja. So aku harap senanglah kerja aku lepas ni sebab dah ada engineer baru masuk.

Sebenarnya lebih kurang setahun aku kena backup kerja engineer ni, sebabkan susah nak dapatkan orang yang boleh commit kerja ni.

So, aku ni pon hadap la sorang-sorang kerja engineer tu dengan seorang supervisor aku, walaupun jawatan aku waktu tu assistant sahaja. Last-last aku give up and minta manager aku cari kan engineer sebab tak terkejar dibuatnya.

Dan tak lama lepastu, masuk lah Su ni sebagai engineer kat situ. Aku happy sangat sebab dah tak overwork lah nanti. Banyak benda aku boleh bagi dia buat, dengan harapan ringan lah sikit kerja aku.

Pada aku, Su ni agak tidak menjaga penampilan lah, no make up, tudung pon asal boleh je, dan uniform kerja pon tak iron. So aku biarkan aje sebab mungkin memang diri dia macamtu. Takkan aku nak komen pulak kan.

Hari pertama, hari kedua okay saja lah, and aku bagi kerja sikit-sikit kat dia. Tapi, Su ni suka sangatlah mengadap telefon. Dalam seminggu tu, Manager aku personally tanya aku, ‘Su tu tengok handphone ada apa?, pasal kerja ke?,

Nanti you tolong supervise dia’. Sebab aku dah lima tahun kerja situ, so manager aku lebih harapkan aku kalau ada apa-apa. Dia direct aku je. Aku bagitahu manager aku, nanti aku supervise dia.

Kerja aku dah terbalik masa tu sebab kena supervise orang atas aku. Macam pelik kan. Dan akhirnya aku tahu Su tengok telefon sebab baca online komik.

Aku direct tegur dia, masa kerja buat kerja betul-betul. Kerja banyak lagi pending. Dia letak sekejap je, lepastu esoknya balik semula perangai dia.

Dan kisah bermula, bila Su ni MC dua hari, hospital kerajaan. Bila dia naik kerja, aku pon tanya-tanya la sikit sakit apa. Dan dia bagitahu dia penghidap major bipolar disoder dan dia pernah cuba bunuh diri dia.

Aku tak terkejut, sebab aku pernah baca orang-orang yang menghidapi MBD ni dan aku pon tak tahu struggle dia untuk hadap semua ni.

Bila aku tahu masalah Su ni, aku cuba untuk faham dia, dan faham sakit dia. Senang cerita how to deal with her mental illness. Apa yang aku faham, orang sekeliling dan persekitaran sangat mempengaruhi mood mereka ni. Aku kesian dengan dia.

Dari apa yang Su ceritakan, dia dibesarkan oleh atuk dan nenek dia. Mak dia ada tapi sibuk bekerja. Ayah dia tak tahu kat mana.

Su anak tunggal. Apa yang dia cerita, masa dia kecil, atuk dia sangat garang, kena dapat top three stiap kali peperiksaan, kalau tak dapat top three, kena rotan.

So memang waktu dia kecil, dia memang belajar je. Jangan pelik sebab dia pernah minum air sifir dan dia tak pandai bawa basikal sampai sekarang. Apa yang Su cerita, dia memang takut la kena marah, dan dia takda kawan-kawan masa kecil.

Lepas habis sekolah rendah, dia masuk asrama, masa tu dia kata dah selamat sikit, sebab dah tak kena rotan. Lepas habis SPM dia sambung belajar asasi dan masuk university. Apa yang dia cerita, aku memang boleh simpulkan dia memang budak pandai.

Tapi, apa yang aku terfikir, dia sangat berani untuk mencuba sesuatu, dia pernah hisap syabu masa dia tahun akhir di universiti, semata-mata nak siapkan projek tahun akhir.

Dan, Su pernah mengaku dia duduk serumah dengan ‘boipren’ dia untuk bertahun-tahun seperti suami isteri. Masa ni, aku diam je, dan itu kisah silam dia. Siapalah aku untuk menilai Su. Allah masih sayangkan Su dan kita semua.

Kemudian, apa yang membuatkan Su semakin teruk, adalah bila ‘boipren’ dia tinggalkan dia, atuk, nenek, dan mak dia meninggal dunia tak lama selepas tu. Dan kat sini lah dia kemurungan.

Dan dia pernah nak bunuh diri ketika ni. Tapi masa tu kawan tempat kerja lama dia cari dia, dan bawa dia jumpa doktor.

Okay, habis tentang kisah silam Su. Sekarang ni aku nak cerita tentang kerja-kerja Su yang berkait dengan aku, dan akhirnya membuat aku stress. Sebenarnya, aku ni agak cerewet bab-bab kerja ni. So kalau boleh, semua tip top, tak boleh ada salah sikit lah.

Su ni ada masa dia hyper sangat, terlalu aktif dan happy. Sentiasa bertanya dan bercerita. Ada masa dia diam je, dan macam slow dan malas.

Ada masa macam nak marah-marah. Kadang-kadang aku tanya direct, Su dah makan ubat ke belum ni? Makan ubat ikut apa doktor pesan.

Nanti dia cerita la doktor dah tukar ubat dia.kadang-kadang, aku layan je. Betapa aku nak support dia.

Su ni dia seorang yang sangat berpengalaman, 10 tahun dalam bidang ni, mesti kerja dia terbaik kan.

Tapi, hampir 8 bulan aku kerja dengan dia, maaf cakap kerja dia kebanyakkannya kelautan dalam. Ini yang membuatkan aku stress, sebab, aku harapkan dia, tapi akhirnya, aku yang kena buat.

Manager aku ni baik je, tak pernah la maki ke apa staff bawah dia, tapi bila Su ni, manager aku ni boleh tinggi suara dan hentak meja dekat Su. Aku pon terkejut.

Tapi masa tu aku tengok Su macam takda apa-apa berlaku. Muka dia bersahaja dan esoknya dia MC, kata demam. Masa dia kena marah tu, atku tak tahu la dia pendam ke, tak dengar ke atau dia berkhayal.

Bermula dari hari tu, aku mula supervise kerja dia. Dia paling suka kerja key-in data, key-in data berjam-jam, sambil pakai earphone, dan sambil tu dia baca komik online dia.

Sedangkan banyak lagi kerja yang pending, Dia akan buat kerja yang tak penting, tapi kerja yang manager suruh buat, dia tak buat langsung.

Pernah sekali masa meeting, tiba-tiba dia tunjuk data dia dekat bos. Memang tip top lah data dia, tapi aku terpikir, bila masa pulak dia buat semua ni.

Habis je meeting tu aku tanya dia, bila masa Su buat benda tu, data tu semua betul ke? Dia jawab ‘saya hentam je awak’. Dengan muka tak bersalah dia pergi macamtu je.

Start daripada tu, aku selalu tengok kerja dia, dan benda ni berulang berkali-kali dah. Aku listkan bawah ni:

1) Ubah data customer A- customer A jumpa dan reject 100% project kami

2) Suka-suka tukar cara cek dari customer B. Akhirnya result tak sama dengan customer. Reject juga project tu

3) pernah sekali dia kantoi, dia ubah apa yg customer request, dia kata customer ada inform dia, from email, aku suruh dia tunjuk bukti.. takde bukti, email pon takde.

4) Internal inspection data memang banyak kali dia hentam, report dia memang tip top. Tapi sampah. Di reject kat final stage.

5) pernah sekali aku bukak system, dia dah ‘close’ smua kerja dia, means dah complete lah, bila aku cek, actual still pending lagi ni macam mana dalam system boleh close?

And again dia cakap tersalah click. Tapi pada aku dia bukan tersalah click, dia nak tunjuk kerja dia dah complete walaupun kerja dia tak siap pon lagi

6) Hardcopy form untuk approval management dari customer hilang, dan yang hilangkan borang tu adalah Su. Bila ditanya, saya dah hantar, tapi tak follow up. Lepastu hilang. Nak menangis aku dengar jawapan dia

Dan sekarang aku dah mula fade up dengan Su dan kerja Su. Disebabkan kes-kes diatas, aku tak bagi dia buat major inspection and analysis lagi, aku bagi dia buat kerja dalaman je, yang tak memerlukan banyak data, just monitor.

Tapi still failed. Manager aku banyak kali cakap ‘Su, you are an engineer, but you failed’. Aku banyak bagitahu dia macamna nak puaskan hati manager aku tu, sebab aku dah lama kerja, dah faham style manager aku tu.

So aku explain dekat Su, supaya dia tak kena marah lagi. Tapi, bila ditegur, Su ada perubahan sehari dua je, selepas itu, kembali ke asalnya yang sentiasa berkhayal dan tak fokus. Dan akhirnya aku yang stress.

Masa confirmation Su, manager aku panggil aku untuk dengar feedback daripada aku. Aku ceritakan semua kat manager aku pasal Su.

Manager aku tanya nak simpan Su atau tak. Seriously aku tak boleh bagi jawapan. Aku just bagitahu, aku dah cerita semuanya, and aku biarkan manager aku buat keputusan. Mungkin rezeki Su masih disini.

Sebenarnya, aku pernah slow talk dengan dia, jangan ubah data untuk analysis nanti masalah, dan aku banyak tegur pasal kerja dia secara lembut. Tapi nampaknya tak jalan. Aku takut aku terkasar dengan Su.

Aku juga pernah nampak Su marah budak bawah kami dengan keadaan menengking. Tinggi suara dia, sedangkan aku tak pernah nampak dia macamtu.

Bila aku datang dekat, dia terus diam dan cakap perlahan dengan budak tu. Tak lama lepastu dia pergi dari situ. Kenapa dengan dia ni?

Rakan-rakan sini boleh tak kalau aku nak minta pendapat macamna ya aku dengan Su ni. Aku tak tahu, kerja-kerja dia jadi macam ni disebabkan dia sakit bipolar ni atau ada sakit lain lagi.

Macam mana aku nak berhadapan dengan cara Su yang begini, supaya emosi aku tak terganggu dan aku tak stress. Aku takut kalau aku tegur Su semakin teruk, dan kalau tak tegur, sampai bila nak jadi macamni. Terima kasih kawan-kawan

– Cempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *