Assalamualaikum. Terima kasih Admin sekiraya cerita aku ni dikongsikan. Semalam terbaca confession berkenaan crush 4 tahun (https://iiumc.com/akhirnya-confess-dekat-crush-4-tahun/). Dalam hati, ingin berkongsi pengalaman serupa.
Taip punya taip, dah nak siap dah confession untuk dihantar, tetiba rasa macam eh apa aku buat ni? Aku delete balik.
Harini, sekali lagi terbaca confession berkenaan crush 2 tahun (https://iiumc.com/aku-berhenti-berharap/). Eh, ni memang nak suruh aku kongsi cerita jugak ke? So, here I go. Cerita aku sangat panjang, tapi aku cuba pendekkan seboleh mungkin (tapi guys, still panjang jugak aiyo)
Seorang kisah crush 4 tahun, seorang lagi 2 tahun. Aku?
Tak tahulah crush apa yang aku ada, sebab crush aku tu adalah selama 11 tahun. Almost one-third of my life. Gila tak gila. Kawan aku marah cakap aku setia pada orang yang tak tahu pun perasaan aku. Ada dua tiga orang cuba berkawan sepanjang tempoh tersebut, semuanya aku tepis, hanya kerana dia yang aku namakan N. N ni kawan aku.
Aku kenal dia sejak asasi lagi. Dan kitorang Sambung degree di universiti yang sama. Dekat sinilah kitorang mula agak rapat sebab suka bergaduh dan cari pasal antara satu sama lain. Orang kata, kalau selalu gaduh berlawanan jantina nanti akan jatuh suka.
Ya, aku suka dia. Mulanya, aku tak tahu pun pasal perasaan aku sendiri, sebab kitorang selalu gaduh. Jadi aku macam, apahal pulak aku nak suka N? Menyakitkan hati je. Tapi sebenarnya, itu titik permulaan aku sukakan N.
Setiap hari balik dari kelas, aku akan singgah ke bilik kawan aku dan bercerita pasal apa yang jadi pada hari tu, dan tanpa aku sedar kebanyakannya adalah pasal N. N buat ini, buat itu, usik ini, usik itu, cari gaduh pasal ini, pasal itu. That’s when kawan aku tanya, ‘Awak suka N ke?’.
“”A major sign that you have a crush is when your friends tell you that you talk about that specific person all the time.””
Aku ambil masa lama untuk realize tentang ni. Hari-hari aku look forward untuk jumpa N. Kami tak sekelas, jadi bila terserempak dalam perjalanan nak ke kelas masing-masing dan N tegur aku, aku rasa gembira yang amat.
Aku rasa macam nak panjangkan momen untuk dekat dengan dia. Even bila ternampak N dari jauh pun aku dah rasa teruja. Tapi macam biasa pantang ada peluang, N masih suka usik aku. Aku geram tapi aku suka. Aneh kan.
“”Generally, when you have a crush you will react in one of two ways–either by becoming really shy and tongue-tied, or by becoming really outgoing.””
Masuk semester 2, N dapat tawaran untuk menyambung baki pengajian degree di UK kerana mendapat keputusan yang cemerlang semasa di peringkat asasi. Dia diwajibkan untuk masuk ke kelas persediaan untuk ke UK yang berada di bahagian lain bangunan fakulti.
Aku makin jarang bertemu dengan N disebabkan kelas yang jauh. Dan persahabatan kami jugak mula goyah disebabkan salah faham yang tak pernah dibetulkan. 6 bulan kemudian, maka terbanglah N ke UK bersama salah faham yang terjadi.
Aku meneruskan kehidupan seperti biasa, terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa di sisi. Namun, hati dan ingatan aku cukup kuat pada memori yang ditinggalkan oleh N. Sikit dan kecil bagi orang, namun cukup kuat kesannya bagi aku.
Hampir 5 tahun lamanya N berada di UK kerana dia meneruskan pengajian Master jugak sebelum kembali ke tanah air. Dia bekerja di utara tanah air manakala aku pula berada di negeri yang sangat jauh darinya. Kembalinya N ke Malaysia membuatkan perasaan aku kepada N kembali kuat. Sungguh, tidak ada sehari yang berlalu tanpa aku mengingati N walau hanya sedetik.
Peluang berjumpa N muncul bila kawan-kawan kami mula bertemu jodoh dan ingin mendirikan rumah tangga. Kami dijemput ke majlis yang sama. 2 majlis sahabat baikku di utara mempertemukan aku dengan N. Pertemuan pertama kami setelah lebih 5-6 tahun tak berjumpa berlangsung dengan hati aku yang gundah gulana.
Perasaan aku bercampur baur. Aku gementar, berdebar, takut, gembira. Semuanya ada. Aku menggigil apabila berdepan dengan N. Aku tak dapat untuk memandang N, maka aku hanya mampu mencuri pandang apabila ada peluang. N masih seperti yang ada dalam ingatan aku, cumanya nampak lebih matang.
“”The most common sign of having a crush is the feeling that you have a million butterflies flying around inside you when that special someone is around. It can also feel like your heart does a leap when you see your crush and you feel warm and giddy.””
Malam tu, kawan-kawan kami berjumpa dan makan malam bersama. Sekali lagi aku berdebar dan gementar. Aku memilih untuk duduk di kerusi paling jauh dari N, dan langsung tidak bersuara sepanjang kawan-kawan aku berbual. Aku hanya fokus terhadap makanan di hadapan aku. Malah, apabila N menegur dan bertanyakan aku soalan, aku hanya berdiam.
Walaupun aku hanya diam, N berusaha untuk menegur aku. 3 kali, namun semuanya dibalas sepi. Bukan aku berniat untuk tidak membalas, cuma fikiran aku kosong. Apa yang kawan-kawan aku bualkan pun hanya berlalu sepi di telinga aku. Aku hanya tersedar bila kawan aku menyingkul aku dengan sikunya untuk menyedarkan aku.
Tersedar dari khayalan, aku terdengar soalan kawanku kepada N berkenaan wanita pilihannya. Jawapan N tambah menyesakkan dada aku. Semua ciri yang dimahukan sangat bertentangan dengan aku. Paling melekat di hati aku sehingga sekarang, N tidak mahukan wanita dari tanah Borneo kerana jauh dari tempat kelahirannya.
Aku satu-satunya di dalam kalangan sahabat kami yang berasal dari Borneo. Saat itu, aku terasa ditolak berkali-kali sebelum sempat aku meluahkan rasa. Seolah-olah N tahu tentang perasaan aku dan berniat untuk menolak secara tidak langsung. Aku balik dengan hati sarat rasa kecewa.
Kami berjumpa lagi beberapa bulan kemudian, untuk satu lagi majlis perkahwinan sahabat kami. Aku masih berdebar, cuma debarannya kurang dari saat pertama aku berjumpa N beberapa bulan yang lalu. N bercakap dengan semua kawan kami yang duduk semeja, namun tidak aku. Aku okay dan buat macam biasa.
Malam tu, macam biasa kami semua akan mengadakan gathering over dinner. Aku duduk berhadapan N. Bersembang dan gelak macam biasa dengan yang lain. Sampaikan husband kawan baik aku bagitahu kawan baik aku yang aku sangat kuat. Aku gelak bila dengar. Bermakna menjadilah lakonan aku sebagai wanita yang tabah. Kalaulah diorang nampak luka kat hati aku ni.
Sesekali aku menjengah ke Facebook dan Instagram N. Melihat N bergurau mesra dengan kawan-kawan dia, aku yakin dia bahagia dengan kehidupannya, biarpun tanpa aku in the picture.
Aku mula belajar untuk melupakan N. Aku unfollow N di semua akaun social media yang menghubungkan kami. Kerana aku fikirkan ini adalah cara termudah untuk aku slowly lupakan N. Sakit. Memang sakit. Pernah banyak kali aku cuba untuk kembali berhubung, namun aku kuatkan hati.
Bulan berganti bulan, tahun beganti tahun. Aku masih tak dapat move on. Hati aku masih kuat untuk N. Semua memori antara kami makin kerap berlayar di ruang ingatan aku. Bukannya aku makin melupakan, malah makin kuat ingatanku.
2 tahun berlalu, dan aku masih begitu. Kawan baik aku nasihatkan aku untuk confess dekat N, biar semua rasa yang menyesakkan dada aku dapat dilepaskan. Aku ambil masa beberapa hari untuk memikirkan nasihat kawan aku tu. Dan ya, aku membuat keputusan untuk confess.
Aku confess bukan untuk meminta dia untuk menerima aku. Macam yang kawan aku bagitahu, untuk melepaskan semua rasa yang bertamu di dada. Disebabkan aku tiada nombor telefon N, aku membuat keputusan untuk menghantar mesej melalui Facebook.
Ayat dikarang sehabis baik dan aku menekan butang send dengan hati yang penuh debaran. Aku maklumkan pada N yang aku cuma mahu meluahkan perasaan yang terpendam bertahun lamanya supaya tiada kesal di hati aku kelak (dan supaya aku lega), dan dia tidak perlu untuk membalas mesej aku. Hari berganti hari, N tidak membalas mesej aku. Fahamlah aku dengan penolakan N.
Aku okay. Aku cuba untuk redha. Bukan jodoh kami. Sehinggalah sebulan kemudian, aku mendapat berita bahawa N akan berkahwin. Itupun, kerana kawan aku terlepas dalam whatsapp group kami, dan segera memadamkan mesej tersebut. Tapi aku sempat baca.
Mereka masih cuba merahsiakan tentang perkahwinan N kerana cuba mencari masa yang sesuai untuk memberitahu aku. Aku cuba bersikap terbuka, mengatakan perkara yang baik kenapa perlu disorok.
Mereka dah tahu tentang hal ni sebulan yang lepas, bulan yang sama aku confess kepada N. Jujurnya, aku sangat patah hati masa tu. Langit yang gelap terasa makin gelap. Kalaulah mereka segera memberitahu aku, confession tu takkan pernah terjadi.
Aku takkan pernah confess dekat N yang mungkin tengah menjadi tunangan orang pada masa itu. Aku putuskan yang aku harus segera melupakan perasaan aku terhadap N. Takkan mungkin aku masih mempunyai perasaan terhadap bakal suami orang.
Hampir 2 tahun usia perkahwinan N kini. Aku masih struggle dengan perasaan aku sendiri. Kawan-kawan aku pulak ingat yang aku dah move on sepenuhnya. Ya, pada pandangan kasarnya, aku berjaya move on. Tapi sesekali, kenangan kami terimbau kembali. Kalau diikutkan peratusan, boleh dikatakan 90% aku dah move on. Baki 10%, in sha Allah bakal menyusul.
Nama N tak pernah lagi muncul dari bibir mereka setiap kali kami berjumpa. Mungkin hendak menghormati perasaan aku. Jujur, aku tak kisah kalau mereka nak bersembang pasal N di hadapan aku. Aku okay je. Well, N pun dah jadi husband orang dan mungkin ayah kepada seseorang. Aku tak tahu dan taknak ambil tahu.
Bukan tiada yang cuba menghampiri, namun semuanya ditepis dengan jayanya. Sekiranya ada yang berniat untuk lebih dari sekadar kawan, hati aku automatik terus menolak dan tidak lagi mahu berhubung. Entah. Aku belum bersedia.
11 tahun yang berlalu ni masih berbekas di hati aku. Aku tahu mungkin ada yang cakap aku bodoh sebab konon setia pada orang yang tak tahu pun aku suka dekat dia. Tapi hati aku degil nak buat macam mana. Hadap je lah. Hahaha.
Mungkin ada jugak yang cakap, kau okay lagi. One sided feeling. Taklah teruk sangat tahap kecewa tu kalau nak dibandingkan dengan orang yang putus cinta lepas berkawan bertahun-tahun. Ye, mungkin. Tapi, setiap orang ada perasaan yang berbeza, situasi yang berbeza. One can’t simply justify its effect to a person based on the appearance. Kan?
Sekarang? Aku masih sendiri. Tadi terdengar geng pagi Hot yang membicarakan tentang wanita berusia lebih 30 tahun masih ramai yang single. I can relate, walaupun sebab masih single tu berlainan bagi setiap orang.
Ada yang disebabkan kewangan, bertemu dengan pasangan yang curang/tak pandai menghargai/panas baran, belum bertemu dengan orang yang sesuai dan macam-macam lagilah. Aku pulak, masih belum bersedia. Hati aku masih tertutup buat masa sekarang.
In sha Allah, suatu hari nanti. Tapi tidak, buat masa sekarang. Makcik aku dah giat mulakan aktiviti sebagai agen pencari jodoh tu. Mak aku pun macam dah nak mulakan langkah. Calon pun dah ada haih. Tolong aku guys. Doakan aku, okay :)
– Cik B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit