Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana siarkan confession aku. Nama aku Bell dan seperti yang korang baca, confession aku berkenaan major depressive disorder. Akhir-akhir ni kita banyak didedahkan dengan penyakit mental ni. Hampir semua page-page terkenal, ahli-ahli falsafah, para ustaz yang mula upkan simptom-simptom dan pengenalan ringkas pasal mental disorder. Lepas Chester (vokalis LinkinPark) mati, penyakit mental ni macam bawa satu gelombang baru untuk buka mata masyarakat. Kalau korang tahu, sebenarnya dah banyak artis yang bunuh diri sebabkan mental disorder. Chester bukan orang pertama.
Aku salah seorang mangsa mental disorder. Clinical approve dan masih struggle untuk teruskan hidup. Yes, memang betul kalau orang cakap, manusia yang ada mental disorder ni dia tak takut mati. bagi kes aku, aku mengaku part tu. Percubaan nak bunuh diri tu banyak kali sampai aku di warded hanya sebab aku susah nak kawal diri aku dari perasaan macam tu. Aku cuba nak bunuh diri,gantung diri, tikam diri, perasaan yang betul-betul aku nak mati, tapi at the end, Allah dah tulis nyawa aku bukan setakat itu umur aku. Bagi mata manusia yang claim diri mereka normal, perbuatan macam ni adalah satu cara nak tarik perhatian, kurang kasih sayang, bajet macam dugaan dia je yang mahahebat, dan macam-macam lagi perbandingan hidup siapa lebih sukar dll. Tapi sebenarnya, perasaan tu wujud bukan suka-suka, ianya banyak rasa tapi kosong. Kosong.
Apa yang aku rasa masa tu semuanya tak menarik bagi aku. Rasa bitter. Gloomy. Rasa mati. Rasa macam dalam diri takde diri sendiri.
Aku tak makan 3 hari pun aku tak lapar. Aku makan pun aku tak rasa pun benda tu sedap atau tak. Rasa letih yang taktahu nak cakap. Tidur dengan tak tidur tu sama je bagi aku. Aku solat, aku baca alfatihah aku lupa ayat, aku lupa perkataan selepas perkataan lain. dalam rukuk aku salah baca yang sujud, dalam sujud aku lupa apa yang aku baca. Anxious. Otak aku tak fokus. Aku bawa kereta pun aku mengelamun. Aku mudah tersentuh. orang senyum dengan aku pun, tahap terharu aku sampai boleh menitis air mata on the spot. aku nak berkomunikasi dengan orang, nak cakap hai pun aku sebak. aku gagap. aku selalu elak eyecontact. Orang bercakap dengan aku, aku rasa macam echo je. tak masuk kepala, tak dengar, dan aku susah nak faham. aku lupa macam-macam. kadang umur sendiri pun tak ingat bila orang tanya spontan, terpaksa buka kalkulator app, keluarkan ic, tahun terkini tolak tahun lahir aku. bila melepak dengan member, aku macam paling pelik dari diorang. dari segi pakaian sampai ke otak. rasa nak enjoy tu takde langsung. aku banyak ngelak bila kawan-kawan ajak keluar. paling teruk aku rasa bila aku jadi bingung bila tengok orang ketawa. aku rasa asing dengan benda tu. ada yang kata, “enjoy your life”, wayang, themepark, travel, aku dah cuba, mula-mula seronok, lama-lama aku rasa untuk apa semua ni??? then aku mula isolate diri aku. stop everything. diri aku kata, aku bukan untuk semua tu. diri aku kata, tempat aku dekat sini, dalam kurungan jiwa. aku lawan, dia datang balik, lagi dan lagi sehingga semua tu rasa kosong.
Setiap hari yang aku lalui, rutin harian aku macam apa yang aku describe dekat atas tu, dicampur dengan banyak lagi kekurangan aku, aku rasa tak berguna sangat. Kenapa? Kenapa aku tak macam orang lain? Kenapa aku macam ni? Kenapa dan kenapa berterusan dalam kepala aku macamlah aku ada jawapan untuk persoalan sendiri. Dalam sehari takde satu benda pun yang buat aku bangga jadi diri aku, bangga di mata manusia lagilah, di mata Tuhan, aku tahu dengan jiwa yang menempah ke neraka ni, aku cuma boleh cuba yang terbaik. aku pernah ditanya nombor telefon untuk urusan penting, masa tu memang blank, tak ingat langsung, aku lari pergi dekat adik aku, minta dia yang deal dengan kakak kaunter tu, diorang pandang aku pelik, then aku dengar diorang cakap, ‘muda-muda pun nyanyuk dah ke?’ cakap sambil gelak-gelak. aku balik tu aku menangis gila-gila sebab rasa benda simple pun aku tak boleh nak buat. bodohnya aku tak terkata. dalam hati aku berulang kali kata, aku tak sesuai hidup kat luar sana. mungkin dia bergurau, tapi aku rasa seperti kejian. setiap kali benda macam ni jadi, aku rasa aku tak layak apa-apa pun. aku kurung diri. pernah sampai 3 bulan langsung tak keluar rumah. bila sesekali keluar tu, aku panik sampai menggeletar menangis. aku sekarang macam dah jadi bukan diri aku sebelum ni. Keyakinan diri, harapan, cita-cita, gaji besar, ada rumah sendiri, kahwin, ada family sendiri, bukan benda utama lagi dah. Aku takde rasa nak capai apa-apa lagi dah dalam hidup aku.
Aku ke psikiatri, diorang preskrip aku ubat, tapi tak rasa membantu sangat. Some said, kalau ada ubat, it can control it, the way you think, tapi bagi aku, macam lagi memenatkan. Penat sebab kesan dia tu, tak macam kau makan panadol atau ubat selsema. Dua minggu aku muntah-muntah, makanan tak boleh masuk perut, pening tahap vertigo, penat yang amat, kerja pun aku tak pergi sebab aku akan menguap sampai lenguh rahang kalau aku tak tidur.Aku cuba tak tidur dan pergi kerja macam biasa, tapi otak aku takleh fokus langsung, sebab aku pening, mengantuk. Mata aku sakit sangat. Kadang ada orang tegur, aku macam orang sakit sebab muka nampak pucat lesu, lebam bawah mata, mata bengkak.Siapa cakap ada ubat boleh function normally? Aku dulu pun anggap macam tu, tapi sangkaan aku salah. Aku jumpa semula doktor untuk temujanji seterusnya, cakap aku nak tukar ubat, nasib aku baik sebab doktor tukar ubat aku lepas sebulan. Ubat baru means, kesan nya pun lain. Ubat baru bagi aku lagi teruk je sebab dos tinggi. Lepas makan badan sejuk macam dalam peti, mata tak boleh nak bukak sebab macam khayal, so aku tidur je, tidur sampai tak pergi kerja berhari-hari. Last aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Sekarang aku tak kerja, dan aku hidup macam ni tak tahu sampai bila. Doktor pernah cakap dengan aku, apa-apa ubat yang bermain dengan hormon, kesan dia ambil masa. Kalau skip-skip, kesan pada diri mungkin dua kali ganda teruk dari keadaan aku sebelum ambil ubat. Nak berhenti ubat, ada cara, dan tak boleh drastik berhenti.
Aku share cerita aku bukan sebab aku nak perhatian, cuma aku tahu ramai lagi yang ada depression tapi diorang fikir diorang hanya stress biasa. Aku takde supporter, aku hidup sendiri dengan dunia aku yang serba kekurangan dan agak kusut. Aku takde masalah keluarga, mak ayah aku tak bercerai, mak ayah takde pukul-pukul, adik dan kakak aku memang rapat dengan aku, but bila tentang kesihatan, aku tak suka kongsi. Aku jadi macam ni kerana orang sekeliling aku. kerana perangai manusia-manusia yang ada di sekeliling aku. bukan kerana family. Aku tahu diorang tahu aku stress (hanya stress biasa), sebab pernah nampak bekas parut kelar dekat tangan aku tapi, diorang cuma cakap, jangan hidup dalam keadaan macam tu (sambil tunjuk parut aku). aku faham, tapi aku syukur diorang tak buang aku bila nampak benda-benda yang bertentangan dengan norma. mungkin diorang tak nak aku lagi stress dengan marah-marah dan salahkan aku, mungkin sebab tu diorang cuba berlakon take it easy. Untuk berkongsi benda macam ni, aku tak boleh dan tak sampai hati. Boleh jadi diorang akan risaukan kau 24/7 kalau diorang tahu, sebolehnya aku nak benda ni takde siapa pun yang tahu. Biar jadi rahsia aku, diri aku, dengan Tuhan Yang Esa.
Untuk yang tuduh non-mental disorder, cuba-cuba berlakon dan apa-apalah yang korang cakap tu, ye, memang ada yang cuba berlakon ada mental disorder, tapi, orang macam tu pun sebenarnya dia ada masalah mental. masalah dia, dia cuba ada-adakan sakit yang tak ada sebab dia sendiri rasa dia nak ada penyakit tersebut. someone yang suka imagine dia akan mati lagi sebulan,dua bulan itu pun sebenarnya perlukan treatment. so takde sesiapa pun atas dunia ni yang boleh berlakon saja-saja, melainkan dia obses dengan satu-satu benda tu. aku cakap sebab aku ada kawan yang macam tu, dan sekarang memang dia tengah undergo treatment, and yes bawah psikiatri. its not normal. untuk kes bunuh diri sebab putus dengan boyfriend, scandal or what, jangan perlekehkan kawan yang stress sebab benda-benda macam tu. “breakup je pun, perempuan bersepah..” “alah, baru putus cinta dah meroyan” “weh, semua orang pun pernah putus cinta, jangan la teruk sangat” “laa..nak bunuh diri sebab lelaki je? tak patut. kalau hensem takpa la jugak..”blah blah.. some kind of words, bagi aku tak perlu sebab kau tak tahu malam yang sunyi tu apa yang dia fikir, apa yang dia buat, dan ayat kau tu mungkin boleh mengundang kematian kawan baik kau sendiri. kononnya ‘reverse advice’, tapi tak semua boleh terima.
Pasal dekatkan diri dengan Tuhan, aku nak cerita sikit je. Ini pun sebab kak ursah tempat aku yang cakap macam ni kat aku. Katanya, “atas dunia ni, ramai orang sujud mencari Allah atas banyak sebab. Nak kaya, nak jaga nama, nak result exam cemerlang, nak itu, nak ini, sebabkan keinginan nak tu sahaja, tapi ikhlas, takut, rindu, jarang ada.” Dia tanya dekat aku, aku sujud nak apa je dari Allah? aku tak jawab, cuma renung tangan berparut aku. Dia nampak aku macam susah nak cari jawapan, so dia cakap, dengan aku, “tak payah risau. parut di tangan tu Allah faham. Luka di hati tu pun Allah faham. Jiwa awak yang kosong sekarang ni pun Allah faham. Allah faham awak lebih dari seisi alam faham awak. Anggap ni ujian Allah bagi dekat awak yang takde dekat orang lain. Kalau kat dunia mungkin awak rare, pada Allah awak istimewa dengan ujian yang macam ni jadi mungkin amalan awak juga istimewa di mata Allah. siapa tahu kan?” masa aku dengar dia cakap macam tu, aku cuma nak ok balik je. perasaan nak ok balik serta merta. taknak lagi dengar orang cakap ambil masa,dan ambil masa. Aku teringat bila orang tuduh aku jahil, derhaka, nama je Islam, kata aku syiah sebab cederakan diri, bla bla, it was just really tough time. Apa yang aku boleh cakap untuk orang yang suka kata macam-macam tu, biarlah aku dekatkan diri aku dengan Allah dengan cara aku sendiri. Taubat, tahajjud, zikir, semua tu benda sama je orang mental disorder dengan normal people akan buat. Apa yang lain nya aku dengan kau?? Kita satu agama kan?? kenapa judge?? kerana dosa aku nampak jelas, dan dosa kau tersorok rapi?? jujurnya, aku atau sesiapa pun tak nak rasa macam ni.
– Bell
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit