Assalamualaikum semua. Aku tak pasti kalau luahan hati aku ni admin post atau tak. Seperti yang aku namakan tajuk Mak Abah. Ya pasal kedua ibu bapa aku.
Aku kenal kan diri nama aku along. Sebab aku anak sulong. Aku ada seorang adik lelaki. Beza umur kami 10 tahun. Umur aku sekarang 33 tahun. Sebelum mulakan cerita luahan ni. Aku mintak maaf kalau penulisan aku ni carca marba.
Masa aku kecik mak aku banyak kali mengandung tapi semua tak lekat. Last tu mak abah aku berubat baru dapat adik aku ni. Dapat la sepasang. Sorang perempuan Along. Sorang laki. Aku gelarkan dia M. Jadi dua orang je la adik beradik.
Ok nak jadikan cerita selepas kelahiran adik aku. Mak Abah aku cakap dengan aku. Apa yang adik dapat Along akan dapat jugak. Mak Abah mesti kena adil. Bermula kehidupan aku sebagai Along.
Mak aku anto adik aku si M dekat pengasuh. Sebab mak abah aku kerja. Mak aku kerja kilang dia amek shift malam. Abah aku kerja siang.
Waktu siang aku uruskan diri aku sendiri. Sebab dah 10 tahun kan. Pergi sekolah bawak kunci rumah. Ambil duit belanja makan semua dekat sekolah. Adik aku si M memang tido malam umah pengasuh. Jadi waktu siang je ada la kejap.
Lepas tu pengasuh amek adik aku. Kebetulan pengasuh ni takde rezeki anak. Dia memang sayang sangat dekat adik aku si M ni. Nak apa semua dia belikan. Jadi aku sebagai along. kalau adik aku ada rumah. Aku la yang jaga.
Kalau dia buat salah aku la yang kena marah. Macam biasa la kan Along. Kerja sekolah aku pandai pandai la aku buat. Mak abah aku cuma cakap berlajar berlajar. Dapat no 1. Tapi tak pernah pun ajar aku. Bagi dorongan dekat aku.
Lepas tu pasal kerja rumah. Mak aku memang tak pernah ajar aku masak ke. Lipat baju ke. Kemas katil ke. Mak aku cakap mak dulu tak payah pun atok kau ajar apa2 semua mak pandai sendiri.
Bila aku buat sebarang. Atau tak buat. Atau kalau cuti sabtu ahad aku bangun lambat. Mak aku mesti bagitau mak long aku. Cakap aku ni malas dekat rumah. Selalu kutuk aku. Kalau depan mak cik mak cik aku selalu kutuk depan depan. Aku ni anak perempuan dia sorang je.
Mak aku selalu kutuk aku cakap dengan mak long aku. Aku tau sebab aku penah nampak mesej die dengan mak long aku. Tapi dia tak pernah tunjukkan cara yang betul. Tapi selalu cerita anak kawan dia pandai, bagus, buat kerja rumah semua.
Mak aku tau cakap je. Solat pun memang mak abah aku tak amek port pun untuk ajar aku. Semua pandai pandai aku la. Waktu dapat keputusan UPSR aku dapat 2 A je. Mak abah aku cakap teruk betul kau ni. Anak kawan mak dapat 4A,5A.
Abah aku call dari office die. Bila aku cakap aku dapat 2A je abah aku cakap hmm takde selera betul dah nak makan. 2A je kau dapat. Aku pun dapat jugak la A dari tak A langsung, hahaha.
Ok bila aku dah sekolah menengah adik aku baru 3 tahun. Mak abah aku memang sayang la dekat si M. Lamakan tunggu nak dapat anak lagi. Dapat lelaki pulak tu. Form 1 sampai form 5 aku memang naik bas.
Tapi bila ada koko aku akan jalan kaki. Sebab tak de siapa nak hantar aku. Sampai la tingkatan 5. Jauh jugak perjalanan aku tu. Adalah dalam 20 minit ke 25 minit. Tu pun sebab aku main lari lari. Kalau aku dondang sayang lagi lambat la jawabnye sampai.
Ok fast forward. Adik aku pulak sekolah menengah. Aku baru je kerja. Dapat gaji RM800. Masa mula-mula praktikal aku tumpang kawan. Bila dah dapat kerja tetap abah aku hantar aku kejap dalam sebulan macam tu.
Masa aku praktikal abah aku modalkan aku untuk ambil lesen kereta. Dah dapat lesen tu lepas sebulan ulang alik dengan abah aku. Tau-tau abah aku dapatkan sebuah kereta kecik. kena sambung bayar.
Sebulan RM400. Gaji aku RM800. Lepas tu tolak duit minyak dengan tol. Tiap tiap lepas gaji memang tinggal puluh2 je. Dengan gaji RM800 tu mak aku suruh bayar duit astro. Hahaha. Aku pun tak tau macam mane aku boleh survive waktu tu. Mak abah aku memang tak tolong.
Kalau ada bulanan kereta tu yang aku skip bayar. Mak aku mesti mesej aku marah marah. Selalu susahkan abah aku la. Apala. Tapi tak tolong pun nak bayarkan bulanan tu. Masa tu aku baru berkawan dengan suami aku sekarang.
Dengan muka tak malu aku mintak tolong laki aku bayarkan. Nanti aku bayar dekat dia sikit sikit. Kalau lambat bayar pun mak aku dah mesej aku bertubi tubi. Mak aku memang suka mesej dari cakap. Kalau jumpa macam tak ape je berlaku.
Fast Forward lagi sampai la adik aku form 4. Mak aku terus ambilkan adik aku lesen motor. Belikan motor siap siap. Walaupun sekolah adik aku tu tak jauh manapun.
Hah sebabtu la tajuk aku mak abah. Mak abah aku memang banyak lebihkan adik aku dari segalanya. Mak aku cakap kesian nanti adik aku kalau tak de motor. Kena balik jalan kaki. Korang boleh bayang tak waktu aku tau ada motor dekat umah aku tu nak bagi adik aku guna. Aku pendam je.
Oh ya aku dah kahwin dengan laki aku waktu umur aku 23tahun. Duit hantaran yang laki aku bagi semua mak aku pegang. Dia buat beli goodies agak mewah jugak la. Habis ke situ je duit hantaran aku tu. Bila baru kahwin aku tumpangla umah mak abah aku tu. Abah aku memang offer.
Tapi dalam 6 bulan lepas kahwin mak aku mesej aku suruh keluar. Kitaorang mase tu memang tak de modal nak pindah.
Sebab mase duduk umah mak abah aku tu memang semua laki aku bayarkan. Utiliti bil. Barang dapur. Astro. Jadi memang tak dapat nak menyimpan banyak. Jadi kitorang pun keluar.
Ditakdirkan aku ni dapat anak lambat. Tiap kali balik umah mak aku. Mesti dia tanya bila nak dapat anak. Anak kawan dia kahwin je terus mengandung.
Aku faham dia nak cucu. Tapi belom rezeki aku. Mak nak dapatkan anak pun aku dah pegi berubat habis beribu. Tapi belom ada rezeki.
Mak aku selalu tanya. Cuma aku tak cerita yang aku ada buat rawatan. Sebab hubungan aku dengan mak aku tak rapat. jadi aku memang jarang bercerita. Masa ni adik aku dah habis sekolah dah. Kebetulan laki aku ni dapat kereta murah. Abah aku nak beli. Tapi tak cukup modal.
Jadi laki aku modalkan dulu. Nanti abah aku bayar la sikit sikit. Cadangnya memang mak abah aku yang nak guna. Jadi laki aku tak kisah la untuk bayarkan dulu.
Tup tup mak aku kata kereta tu mak aku nak bagi adik aku. Hahaha. Aku tau pun sebab masa tu kereta aku rosak. Nak pinjam la dalam 2 minggu.
Mak aku mesej. Bagitau kereta tu adik aku nak guna. Adik aku cakap dekat mak aku, mak cakap kereta tu M punya tapi bila nak pakai M nak kena tanya dulu.
Mak aku mesej macam tu la. Aku sedih tau. time aku punya kereta aku yang kena bayar. Takde tolong pun. Time adik aku tak keje lagi terus dapat kereta. Free pulak tu. Pendam je aku.
Korang sorry heh cerita aku ni memang carca marba. Nanti la aku sambung. Kalau cerita ni admin post dan ada orang suka aku sambung la macam mane aku terima semua ni sebagai takdir aku. Kalau tak de yang suka aku stop je la sampai sini hahaha.
Bye korang.
– Along (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit