Raya puasa hari tu abg tak balik ke kg sambut raya. Mak dah siap masakkan sup tulang kegemaran abg mlm raya tu bila abg tiba2 telefon bgtau dia tak dpt balik. Byk kerja katanya. Dia minta maaf sgt2 dan itu shj kata dari dia sblum dia matikan telefon. Mak tak sedap hati dia rasa abg mesti tgh mslh walapun abg tak cakap apa2. Naluri seorang ibu. Esoknya pagi raya kami telefon abg tapi tak berangkat. Sjk hari tu abg tak pernah jwb panggilan kami sampai akhirnya nombornya pun sudah tak aktif lg. Abang juga tak pernah lagi pulang ke kg.
Syahmi nama abg. Abg anak lelaki tunggal yg sgt baik. Tak pernah berkira soal duit, tak pernah membantah ckp mak ayah. Cuma ayah sedikit kecewa sbb abg taknak jadi polis macam ayah. Ayah kata abg ni lembik sgt. Jadi, lps habis degree abg kerja sbg HR di KL sejak tahun lepas. Selalu dia telefon bertanya khabar dan balik kg menjenguk kami.
Suatu hari tu, aku terlihat gambar dia dgn seorg perempuan dlm galeri foto di hp abg. Cantik, namanya Fizah. Selalu nmpk abg berbual dlm telefon dgn dia. Abg kata itu cuma kwn. Selalu kami mengusik abg & mak pun suruh abg bawa dia jumpa mak ayah tp abg ttp kata mereka sekadar kwn baik. Mungkin juga. Sbb abg mmg ramai kawan perempuan. Paklong kata abg mcm magnet perempuan sbb org perempuan lg suka berkawan dgnnya dari lelaki. Abg pandai memasak,buat kek sbb tu mereka suka kwn dgn abg selalu bertukar2 resipi masakan. Abg pun pandai bg pendapat psl makeup psl fashion.
3 bln sbelum raya abg pulang ke rumah. Inilah kali terakhir abg pulang. Abg tak mcm biasa. Selalu termenung dan mengeluh. Soal duit soal kerja soal takdir. Yg paling kerap disebutnya takdir. Selalu terdengar abg bercakap dgn Fizah utk bg dia masa. Mak kata jika abg serius mak akan pinangkan dia utk abg. Tapi abg taknak. Tiba2 abg kata kalau Ikutkan hatinya nak saja dia lari ke siam dgn fizah. Terkejut kami dengar. Mak ujuk abg spy ceritakan pd mak apa sebenarnya masalah abg tp abg ttp diam. Mlm tu abg pulang ke KL.
Sejak itu abg tak pernah menelefon apatah lagi pulang ke kg. Sehinggalah malam raya tu abg telefon tak dapat balik raya. Kami takut abg menghilang dgn Fizah kahwin lari. Lari dari keluarga fizah di Kota Bharu. Tapi takkan kerana itu abg menyepi tanpa berita.
Bln lepas, sebab kenapa abg tak balik raya terbongkar. Semuanya dari kak su, ksn sekerja yg aku paling rapat. Suatu hari, ketika waktu sekolah habis aku sempat berbual pnjg dgn kak Su. Katanya dia gembira dpt tukar ke sekolah sini. Di sekolah lamanya, kawan2 dia sering menyindir dia. Bkn sbb kak su tp sbb kisah adiknya, hafiz. Entah mcm mn Kak Su boleh tergerak hati menceritakan perihal adiknya tu. Bila kak su tunjukkan gambar adik lelakinya tu kpd aku. Bkn kepalang terkejutnya aku. Lebih berderau darah aku lagi bila melihat perempuan berambut perang di sebelah hafiz dalam gambar tu. Gambar tu snapshot dari insta hafiz. Nama insta nya pun ada di situ.
Pulang ke rumah aku jadi tak keruan. Aku buat akaun insta dan aku cari insta hafiz tadi. Aku follow dan malam itu request aku dah approved. Aku cari setiap gambar di galeri dia. Berderau darah aku sekali lagi. Aku cari pula akaun perempuan rambut perang dlm gambar hafiz yg kak su tunjuk td. Menitis air mata aku. Menggigil tangan aku memegang handphone. Rasa mcm dunia ini terhenti sekejap.
Ya! mana tidak terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Gambar Hafiz yg Kak Su tunjukkan tadi adalah gambar seorang perempuan yg aku pernah nampak dulu bernama Fizah. Ya, Hafiz itu Fizah! Kak su sering disindir sbb adiknya tu mak nyah. Buat pembedahan jadi perempuan. Sudah tak nampak mcm Hafiz lg. Perempuan berambut perang dlm gambar di sebelah hafiz tu nama di insta dia Emmy. Aduhai..Aku bkn buta! Di sebalik wajah bermekap tebal, rambut panjang beralun perang, dress merah mencolok mata itu, adalah seorg lelaki bernama syahmi. Syahmi itu emmy! Segala gambar2 komen2 dan post2 di insta tu sudah terlalu cukup membuktikan itu syahmi! itu abg!
Dugaan apakah ini. Kenapa abg jadi mcm ni. Aku tak sangka abg ada naluri mcm tu. Keluarga aku masih tak tau. Aku nak siasat betul2 kenapa dan mcm mana abg jd begitu. Aku nak tolong abg. Ini soal maruah soal agama. Aku beritahu kaksu yg miggu depan aku nak ke rumah dia bertanya perihal adik dia dan abg. Doakan aku agar semuanya terungkai.
Kpd pembca, minta maaf aku tak pandai mengarang. Aku hantar confession ni sbb aku tak tau nak luahkan beban ni pd siapa lg. Tolong doakan aku dan keluarga mghadapi ujian ini. Doakan juga abg aku mahu berhubung dgn aku nanti.
– Ika
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit