Assalamualaikum semua..
Aku bukan nak angkat bakul, atau naik lif tekan sendiri.. Aku rasa nak kongsi cerita ni agar mereka yang rasa nak jadi mak yang tak baik renungkan.
Kisah ni sebenarnya membuka aib ku. Aku telah bercerai dengan suami yang tak pandai hargai isteri dan banyak menghina diriku..
Mak aku baik sebab dia yang carikan aku jodoh.. Aku ni berat nak jumpa calon jadi mak aku tanpa malu pergi bertanyakan seorang anak muda di kampungku ini, untuk dibuat menantu.
Mak aku perasan lelaki ni nampak baik, selalu ke masjid, rajin bekerja dan ada rupa. Mak aku jumpa mak dia weh, beritahu hasrat. Siap ambil no fon.
Tapi bila mak aku beritahu aku, aku kata tak nak. Aku malu. Aku tak nak kawin dengan orang sekampung, aku kenal dia tu di sekolah dulu kelas belakang. Keluarga dia pula miskin.
Mak aku ikutkan lagi malu, dia yang tanya dia yang tak jadi.
Aku ni cantik sebenarnya tapi pernah buat hubungan terlarang, tu yang tak laku. Mak aku risau aku terjebak lagi, diusahakan cari laki untuk aku.
Mak aku cari calon yang agak kaya di kampung sebelah. Cari orang tengah tunjuk gambar aku yang cantik. Akhirnya ada yang datang ke rumah nak merisik.
Ikutkan aku malas nak kawen. Malas ada tanggungjawab. Tapi aku ni dah nak andartu jadi antara matlamat hidup ada keluarga sendiri. Apatah lagi adik aku dah kahwin. Langkah bendul dia.
Bila kahwin suami aku ni rupanya tak suka aku. Dia kahwin pun sebab putus cinta gila dengan kekasih dia. Nak move on carilah teman. Sedangkan hati dia masih pada kekasih lama.
Dia tak layan aku dengan baik. Dia suka tengking aku depan keluarga nya. Jatuh air muka aku. Aku sabar lagi..
Yang aku hilang sabar. Keluarga dia pun hina aku. Aku tak pandai masak dan bersembang. Mereka mengata aku depan depan. Marah anak sindir menantu.
Aku pun mengadu habis kat mak aku. Mak aku kecewa dan marah juga sikap mereka.
Mak aku suruh cerai, sebab mak aku tak mahu aku tersakiti lagi. Mak aku lebih banyak menangis sebab perangai aku ni daripada aku.
Aku pun bercerai. Bodoh dia cerai aku guna taklik kalau aku balik rumah mak aku jatuh talak. Dia tahu aku suka mengadu sampai mak aku marah dia.
Aku dengan aman duduk dengan mak yang baik ni. Walaupun aku ni dah remaja tua mak aku layan aku macam anak kecil. Makan pakai dijaga.
Aku ni masa kecil anak kesayangan sebab anak lain macam kurang ajar aku je tak pernah marah mak.
Tapi bila dah dewasa ni, adik beradik lain jadi lebih baik dari aku. Aku pula yang buat mereka marah.
Mak aku insaf dengan perangai keluarga bekas suamiku itu. Mereka kaya tapi kedekut, mereka pandai tapi sombong, mereka mengata menantu dan pulau menantu.
Jika memang aku ni ada kekurangan, bukanlah dengan bangga kutuk aku. Kata aku tak pandai jaga hati suami tu yang selalu kena marah dengan laki.
Dia tak tahu perangai anak lelaki dia yang abaikan nafkah zahir batin aku, yang masih berhubung dengan kekasih lama.
Serius, dulu dia boleh sembang atau mesej bekas kekasih tu depan aku. Dia langsung tak sayang aku. Kalau dikenang sangat sakit hati tapi aku guna dikenang.
Mak aku yang baik. Dia tak akan mengata menantunya depan-depan. Dia akan luahkan kat aku macam adik adik ipar aku yang tak tolong ke dapur. Aku lainlah anak dia, ni menantu buat macam mak aku ni orang gaji.
Bayangkan tiga adik aku tu dah kahwin, bila balik kampung dengan anak cucu semua. Sarapan pagi mak aku masak sorang, kau rasa. Tapi mak aku tak bunyi nak sindir ke, nak bebel ke. Mak aku baik.
Pernah mak aku masak rendeng esok raya sorang. Anak menantu kalau tak tidur, layan fon, berjalan cuci mata. Hebat mak aku, sabar.
Mak aku tak mahu anak lain bercerai. Cukuplah aku yang dah disakiti oleh mulut puaka keluarga bekas suami. Bekas mentua dan iparku, yang dah kena kifarah cerai juga.
Mak aku baik kan. Semoga Syurga tertinggi buat mak kesayanganku.
Tutup salam.
– Bawang Holland (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
adoii kak, takyah nak cakap pasal orang sangat. ipar-ipar kau tak masuk dapur sebab kau pun tak reti nak tolong mak kau. dah tua bangka pun mak nak kene jaga makan pakai kau. kau la yang patutnya jaga kebajikan mak yg dah tua tu.
adui..nyesal ak baca..huhu…
sama la.. x paham aku..