“Orang jual durian pun 5-6biji dah rm100, tak kan lah mas kawen banyak tu je”
Lebih kurang macam tu lah maksud ayat mak aku yang aku dengar dari hujung talian masa tengah bincang dengan ayah pasal mas kawen.
Lalu, aku pun jawab dengan sopan. “Apa kaitan mas kawen dengan durian. Tak sama kan. Muamalat lain. Munakahat lain.”
Ayah diam tak tahu nak jawab apa. Dia bagi salam, aku jawab. Sebak pun bertukar tangis. Nangis senyap senyap je time tu sebab ada roomate. Hahaha sempat lagi bajet macho.
…..
Jawapan ayah bila aku tanya berapa mas kawen, “ikut kemampuan lelaki la. Ada rm100 bagi rm100, ada rm1000 bagi rm1000. Ada rm10ribu bagi rm10ribu” Gitu.
Bila dengar ‘ikut kemampuan’ tu dalam hati ada rasa lega sikit. Tapi tiba tiba dengar bab durian, rasa macam hati disagat dengan kulit durian pun ada. Sob. “Durian pun orang jual, orang tak bagi free gitu je”. Lagi dia tambah.
Kadang banyak persoalan yang bermain dalam kepala. Kenapa orang lain kawen senang je, tapi aku. Kenapa negeri lain murah je mas kawen, tapi negeri aku(tak ditetapkan). Apa hikmah 4 buah negeri ni nak letak mas kawen? Boleh sape sape tolong jawab tak.
Tak sah ke nikah kalau tak buat duit hantaran? Hebat ke kalau mas kawen + duit hantaran? Haha marah ni marah.
“Mak nak RM sekian sekian” aku dengar sayup dari hujung corong telefon. Nilai hantaran yang lagi tinggi dari anak menantunya yang selamat menikah.
Mak nak buat apa. Mas kawen tu hak saya kan. Yang mak nak tentukan nilai sekian sekian tu kenapa. Cakap dalam hati je mampu. Nanti hangpa habaq cheq anak derhaka pulak.
……
Kita tengah bincang pasal nikah kawen, bukan hal jual beli. Ayah jawab, “kadang kadang kena jual jugak anak”. Lepas tu dia ketawa kecik, sekecik hati aku masa tu walaupun aku tahu dia bergurau.
….
Kan senang kalau asal dari negeri yang dah tetapkan mas kawen? Dengan mas kawennya rm22.50, dengan mas kawennya rm100… Jadi, orang tak perlu tahu pun duit hantaran yang diberi tu berapa. Hangpa rasa?
Aku bukan apa. Kalau boleh nak memudahkan semua. Kedua dua belah pihak. Aku baru kerja setahun, simpanan tu ada la sikit alhamdulillah.
…..
Sebenarnya aku dah bincang dan tetapkan sendiri mas kawen merangkap duit hantaran dengan tunang aku. Aku letak nilai paling rendah berbanding kakak kakak aku yang dah selamat beranak pinak tu. Sebelum bincang dengan mak ayah aku. Sebab aku tahu, depa memang akan letak tinggi tinggi punya. Tapi…
Kesedihan bertimpa pada hari yang sama. Bila tunang aku bandingkan bakal bini kawan baik dia tak mintak duit hantaran, nak mas kawen semata mata rm3++.
Ya aku tahu dia asal dari negeri yang dah tetapkan nilai mas kawen, adil ke nak banding. Ya aku tahu dia anak tok imam, aku anak ayah aku. Hahaha. Yang ni tak lawak. Ingat best kena banding gitu? Bukannya lahir dari rahim yang sama, rumah sama, mak sama, ayah sama. Ni bukan trivago nak main banding banding harga. Dahlah hati terluka kena kulit durian, dia pulak tabur garam. Sob. Tekan suis merajuk 3 hari.
Done bebel. Haha.
……
Alang alang dah buat confession, nak bagi nasihat sikitlah untuk adik adik yang masih muda. Satu, jangan tunggu masuk u baru nak doa dapat jodoh yang baik. Bila dah pandai doa, doalah nak jodoh baik, mertua baik, ipar duai baik, dunia akhirat baik. Dua, jangan tunggu dah jumpa calon baru nak kumpul duit kawen. Bila dah pandai menabung, buatlah banyak tabung-tabung haji, tabung belajar, tabung kawen dll. Simpan simpan simpan, jaminan masa depan. Tiga, baca kat ruang komen lah kot kot makcik pakcik halia nak bagi nasihat.
Jemput komen. Jangan mencarut, dosa tau. Dan tolong doakan kami dapat kawen tahun ni. Hehe terima kasih semua.
Sekian.
– Loli
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit