Assalammualaikum reader semua. Apapun terima kasih pada admin sekiranya coretan aku ni disiarkan. Sebelum aku mula aku mintak maaf kalau cerita aku ni tak menarik, tunggang terbalik atau susah nak dipahami. I’m not a good writer.
Sedikit pengenalan diri aku. Boleh panggil aku Embun, perempuan, early 30, married, bekerja dan insyaallah having a good financial. Cukup la pasal aku sebab bukan nak cerita pasal diri sendiri pun.
Macam tajuk kat atas. Yes aku dapat rasa mak aku ni ada hoarding disorder. Aku perlukan pendapat korang semua macam mana aku nak tolong mak aku tanpa jadi anak derhaka. Cukup la memang aku la yang kerap melawan cakap dia dalam adik beradik.
Oh ye aku anak kedua. Aku ada sorang abang and 2 adik.
Kenapa aku cakap mak aku hoarder. Korang tolong nilai eh dari point aku ni semua.
1. Mak aku suka simpan sampah. Mak aku takkan buang bekas polistrin tapau makan tu. Dia akan basuh pastu dia simpan. Katanya nanti boleh guna balik yang mana aku tak tau bila masa dia guna.
Cawan plastik bungkus air macam cawan tealive, coolblog or cawan pasar malam tu pun dia tak buang. Dia simpan semuanya nak guna balik katanya.
2. Mak aku terlalu sayang nak buang makanan. Ni bukan cerita makanan yang masih elok ye. Ni cerita lauk yang dah berkulat simpan berbulan dalam peti sejuk. Buah-buah yang dah hitam dah kering. Kuah gulai yang dah tinggal kuah semata tak ada isi lain tu pun dia akan simpan.
Makanan yang dah expired 4, 5 tahun lepas atau mungkin ada yang lagi lama. Peti sejuk rumah mak aku tak pernah kosong. Penuh dengan ntah apa-apa semua yang dia sayang sangat nak buang tu.
3. Mak aku menjahit baju. Kain perca lebihan jahit baju tu mak aku tak pernah buang. Dari zaman aku kecik sampai la aku dah ada anak dua ni.
Korang bayangkan banyak mana kain perca tu ada dalam rumah ni. Bila aku tanya kang dia cakap kain tu nanti ada gunanya. Aku tak tau bila dia nak guna. Sekarang nak menjahit pun mata dah tak nampak sangat.
4. Mak aku ada ketagihan membeli pinggan mangkuk. Ada yang langsung tak pernah guna. Mak aku ada lebih 1000pcs pinggan kat rumah ni. Dia kata dia taknak pinjam-pinjam kalau nak buat kenduri.
Aku tak rasa benda ni normal. Orang beli pinggan mangkuk banyak-banyak ni selalunya buat bisnes katering tapi ibu aku beli alasan taknak meminjam barang orang lain.
5. Mak aku sayang nak buang barang dah rosak. Periuk yang dah bocor, kuali yang dah berkarat, pinggan yang dah sumbing, jam yang dah rosak, almari yang dah reput, tv yang dah rosak, kerusi yang dah patah.
Banyak lagi la. Penuh dalam stor dengan kat garaj kereta. Ni belum cerita lagi dengan buku-buku dari zaman kitorang adik beradik sekolah rendah sampai la ke universiti. Semua ibu aku simpan.
Cukup la kot 5 point. Aku bukan nak burukkan mak aku atau bukak aib dia ke apa. Aku cuma nak tolong dia. Aku tak rasa benda ni normal.
Mak aku pun makin tua, duduk dekat rumah ni sorang-sorang. Bukan kuat sangat pun nak mengemas dengan rumah penuh dengan macam-macam barang macam ni.
Aku perasan hoarder mak aku ni lagi teruk lepas arwah ayah aku meninggal. Kalau dulu mak aku dengar jugak cakap ayah, buang mana benda yang tak patut.
Tapi sekarang kalau aku tegur aku balik yang kena marah. Nanti tak abis-abis katanya aku kaya, tak penah hidup susah. Dia dulu susah tu yang jadi sayang sangat nak buang semua benda.
Bukan aku tak pernah nak tolong kemas. Aku pernah kemas rumah ni. Aku buang semua barang yang aku rasa dah rosak, tak boleh guna.
Mana-mana barang yang tak guna tapi masih elok aku asingkan nak sedekah kat orang lain. Tapi mak aku kutip balik. Sambil dia kutip tu dia marah aku nangis-nangis kata aku anak tak bersyukur, dah kaya lupa diri.
Jujurnya aku sedih, aku sentap tapi aku cuma pujuk hati bagitau diri sendiri mak aku perlukan bantuan.
Aku dah cuba cerita kat adik beradik lain. Tapi semua tak ada kata putus. Aku pulak yang paling dekat duduk dalam daerah yang sama dengan mak aku. Jadi aku rasa aku la yang kena buat sesuatu untuk tolong mak aku.
Aku perlukan pendapat korang semua. Apa cara yang aku boleh buat? Aku ada terpikir nak terus bawak pergi psychiatrist terus tapi aku rasa bukan senang nak pujok mak aku tu.
Korang komen la yang murni-murni eh. Aku buntu tak tau apa jalan yang sesuai. Apapun terima kasih pada yang sudi baca sampai habis.
Maaf kalau ayat tunggang langgang.
Embun.yang.tak.nak.jadi.anak.
– Embun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit