Mak Aku Itu Akak Aku

Thanks la admin ye kalau approve confession aku.

Aku terjebak nak tulis confession ni sebab aku selalu jadikan confession as bedtime story aku. Golek-golek sebelum tidur pegang henfon hanyut baca confession sampai 2-3 pagi. Termasuklah confession rumah sewa yang konon seram iteww.

Eh aku rasa bukan aku sorang yang ada eyebag tiap pagi hasil baca confession-confession nih. Tak cukup kat sini, kat page lain pun aku baca jugak.

Back to the tajuk, mak aku itu kakak aku. Aku ni perempuan, anak sulung pulak tu. Umur pun ada lah dalam dua puluhan.

Beza umur aku dengan mak aku dalam 20 tahun macam tu. Boleh kira macam awet muda lah mak aku tu. Biasalah kalau beza tak jauh mana, anak sulung pulak tu mesti rapat dengan mak kan.

Tapi (aku tak tahu nak ekspresikan dalam ayat)… Biasa pergi kenduri kahwin sesapa ke, mesti orang tanya adiknya ke, sambil tunjuk kat aku. Aishhhh. Muda sangat mak aku nih. Sampai aku hilang seri muda aku.

Memang ada pro dan cons kalau jarak umur dekat. Lagi-lagi bila mak aku awet muda tuh. Tapi aku ni rasa macam tak boleh nak terima.

Aku tak suka tengok mak aku pakai shawl. Ye la, siapa tak nak mak dia cantik. Siapa tak sayang mak. Tapi aku nak mak aku as she is. *Hentam laaa aku T-T. Bila aku balik cuti sem je tengok stok shawl mak aku, aihhhhh. Banyak bebenor.

Nak kata aku jeles, mungkin ye. Sebab bila jarak umur dekat, so aku anggap mak aku macam kakak aku je. Kakak yang banyak stok shawl tapi tak tahu pakai.

Aku jeles jugak tengok anak orang lain ajar mak dia pakai shawl cecantik, tapi kalau term ‘mak as kakak’ keluar, perangai aku lain. Aku akan jadi bodoh sombong lah senang cerita.

Selain jeles tengok stok shawl tu, kalau aku jeles tengok baju baru mak aku, aku cakap kat dia, “Mak pinjam eh.” Hahahahaha. Tak malu gila. Almaklumlah saiz aku dengan mak aku lebih kurang je.

Bila selalu sangat aku pakai baju dia tu, dia pun bagi jela baju tu kat aku. Aku pun yeayyyy. Haha. Ini part yang best.

Semua baju dalam wardrobe aku adalah baju mak aku. Sebab mak aku pun bukan selalu keluar jalan-jalan. Balik-balik baju yang sama. *Ke mak aku kata lain. Yela-yela hati orang mana kita tahu. Mak selalu menangkan anak dia. Kan-kan.

Tapi part yang tak best, mak aku selalu cerita pasal kewangan dia kat aku. Time bila ASB dia banyak, join Powergold Marigold lah, duit kutu bulan ni tak bayar lagi lah, beli penapis air lah.

So aku ni, as anak yang mengharap mak bapak bagi pitih, tak sanggup weh nak mintak kalau bulan tu dia kata dia terpaksa tukar tayar kereta sebab bocor.

Bayangkan dia cerita duit sort sana sort sini dengan adik kat asrama lagi, lepastu aku ni senang-senang wasap mintak duit.

Ada satu masa tu aku menipu *tipu sunat konon nak join Family Day kat uni. Kena bayar duit untuk Family Day yang RM60 lebih tu. Padahal poket tengah kering, tapi mak aku bagi jugak.

Kesudahannya duit Family Day tu aku buat makan harian. Aku tak pergi pun Family Day bagai tuh. Tak cerita lagi uni suka buat aktiviti wajib tapi suruh bayar. Dah tu bayar mahal pulak tu. Aku nak pergi memang tak la. Aku selalu kejar program free je. Ada je makanan free. Tak bayar pun.

Aku ni cerita pasal uni ke pasal mak aku. Haha. Tak kisah lah. Aku cerita sebab nak hilang bosan cuti ni tak habis-habis lagi. Kau jangan mengata pulak aku tak sayang mak aku. Aku sayang wehhh. Gila tak sayang mak.

Mak aku ni lah yang ada chemistry dengan aku. Kalau aku rasa nak makan ketam, tak payah cakap kat dia. Alih-alih balik kerja je dia bawak balik ketam berkilo-kilo weh.

Haritu teringin nak makan asam pedas, bila masuk dapur nak tolong dia je, dia suruh aku siang ikan, nak masak asam pedas katanya. No one can beat my mum’s homecooked. Eh betul ke BI aku ni. Main taram je ni.

Seperti yang aku kata, aku nak mak aku as she is. Kalau boleh, aku tak nak mak aku ada Facebook, ada smartphone semua ni. Tapi siapalah kita nak menghalang seseorang daripada kemajuan teknologi kan.

Nak duit mintak kat mak kita, nak makan itu ini mintak kat dia, apa aje lah yang dia tak mengalah dengan kita. So aku pun tengah usaha lah untuk bersabar dengan mak aku yang baru berjinak dengan shawl nihh. Lilit sana lilit sini.

Tutur kata pun aku kena hati-hati jugak sebab aku jenis kalau mengajar orang aku asyik nak menengking je. Kot la aku tertengking mak aku, kan dah dosa.

Kau yang tengah baca ni doakan lah aku ye. Mana tahu kot-kot aku jodoh kau *kalau kau lelaki dan tak kahwin lagi. Hahahahahahha.

So sesiapa yang melalui sama macam aku, macam mana korang handle ek masalah-masalah kecik aku ni? Tanye jeeee.

– Maya Dela Rosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *