Aku tak tahu nak sedih ke nak gelak dengan mak aku ni.
Baru-baru ni aku tengah cari kerja lain. Apply sana sini, interview sana sini.
Mak aku tanya kenapa nak cari kerja lain. Kerja ni kan elok dah.
Aku kata tak ada kenaikan gaji ataupun bonus. Kos sara hidup makin tinggi. Ada lagi la aku merungut kat mak aku.
Baru-baru ni staff bawahan semua dapat naik gaji RM200 sebab kerajaan kan umum gaji minimum RM1,700.
Sebelum ni staff bawahan gaji RM1,500. Tapi sebab basic aku RM2,000, so aku tak dapat la kenaikan tu.
HR kata siapa yang gaji bawah RM1,700 saja dapat.
So aku macam bengang la sebab dah 5 tahun tak ada kenaikan atau bonus.
Tapi mak aku tak bagi berhenti kerja ni. Dari satu sudut, apa yang mak aku cakap memang betul.
Kerja ni tak stress. Relax. Bab cuti ke nak minta pelepasan ke tak ada masalah. Dan manager aku sangat baik dan sporting.
Mak aku memang kenal rapat dengan bos aku. Dia kata susah nak dapat bos baik dan understanding. Mak aku dengan bos aku macam member-member bila jumpa.
Waktu kerja aku pun fleksibel. 9 sampai 5. Bulan puasa balik pukul 4. Cuti umum ikut kalendar. Negeri lain public holiday pun company kami ikut juga.
Lepas tu mak aku compare la orang-orang lain. Kerja stress la… Lepas tu siap kata ekonomi sekarang tak bagus la. Ramai orang kena buang la. Tempat baru tak tahu macam mana la.
Kurang-kurang syarikat aku ni stabil walaupun tak ada kerja sangat.
Kira macam company kami run dengan bisnes yang sedia ada saja la. Hidup segan mati tak mahu. Macam tu la.
Betul mak aku cakap tu. Rasa cukup dengan apa yang ada tu dah memadai. Nak cari duit banyak-banyak buat apa. Allah yang cukupkan rezeki.
Mak aku suruh bertahan saja la kerja ni. Macam-macam lagi la dia kata.
Aku macam menjeling kat mak aku. Aku kata, “Eleh, mak memang la suka. Sebab benefit untuk mak.”
Sebab mak aku kaki berjalan. Dia suka travel sana sini dan nak aku teman. So aku tumpang benefit tu dari mak aku. Sebab mak aku akan sponsor semua.
Last time aku pergi umrah sebulan ambil cuti. Sebab mak aku nak duduk lama sana. Mula aku nak resign, tapi bos tak bagi.
Dia bagi cuti saja sebulan. Mak aku dok ungkit tu semua. Dia kata mana nak cari company macam ni.
Dia kata bahagia dan tenang tu penting. Gaji besar stress buat apa.
Aku cakap, “Ye la, ye la. Mak la menang.”
Esoknya kan dia call aku. Dia kata sekarang gaji minimum RM1,700 kan. Nanti setiap tahun kerajaan akan umum gaji minimum.
Sampai la nanti RM2,000, dia umum naik RM100. Masa tu aku dah basic RM2,100. So aku akan dapat la kenaikan RM100 tu.
Tapi kena tunggu 4 tahun lagi la. Aku kata, “Apa la mak ni. 4 tahun tu macam-macam boleh jadi.”
Tu pun belum tentu kerajaan nak umum. Cakap ahli politik ni tahu-tahu saja la.
Dia kata, “Dak, dak. Mak dah hantar surat kat Anwar Ibrahim.”
Aku kata, “Mak ingat dia baca ke?”
Mak aku kata, “Tak apa kalau dia tak baca. Mak hantar kat Ibrahim la. Ibrahim mesti baca.”
Aku kata, “Pasai pa pulak?” Aku macam blur.
Dia kata, “Ibrahim tu ex-boyfriend mak.”
Aku macam, “Serius ar mak ni?” Aku actually tak tahu pun sejarah family PMX ni. Tapi mak aku orang kampung dia.
So aku ingat betul kot mak aku pernah couple dengan bapak dia… Sebab mak aku selalu cakap dia macam like a princess dalam kampung tu.
Dulu-dulu ramai yang meminang dia la. Penyanyi pun ada la. Sebab orang tergila-gila dia la.
Macam-macam la propaganda mak aku. Lepas tu aku letak fon. Aku kata malas nak layan.
Balik rumah tu aku macam terfikir. Mak aku lebih kurang umur PMX saja. Tak kan dia couple dengan bapak dia pulak. Macam tak logik saja.
Lepas tu aku terfikir, bapak dia hidup lagi ke? Aku tanya la mak aku.
“Ibrahim hidup lagi ke?”
Mak aku kata, “Aih, sihat lagi aih. Dok jaga lembu. Last week pun mak jumpa dia kat market… Dia jual susu lembu.”
Aku tahu mak aku tak menipu. Walaupun propa, tapi dia selalu cakap betul la. Aku kata, “Mak cakap pasal Anwar Ibrahim kan?”
Dia kata, “Ya la.”
Aku kata, “Tak kan bapak dia nak susah-susah lagi jual susu lembu. Anak dah menteri.”
Dia kata, “Belum menteri lagi. Kerja kat pejabat menteri saja. Satu hari nanti Anwar akan jadi menteri. Mak akan undi dia.”
Aku tanya, “Mak kata Anwar mana ni? Anwar kan dah jadi menteri dah?”
Mustahil mak aku tak tahu perkembangan dunia sedangkan hari-hari dia tengok berita.
Dia kata, “Anwar anak Ibrahim tu la. Anak dia kerja peon kat pejabat menteri. Apa-apa dia boleh tolong kita nanti.”
Ya Allah… macam tu saja mak aku Anwar-Anwarkan aku… Hilang terus stress aku fikir pasal gaji.
Aku kata, “Ingatkan mak cakap pasal PMX tu. Baru nak terkejut.”
Dia kata, “Buat apa couple dengan dia. Dari couple dengan dia baik aku couple dengan Agong. Dapat juga merasa jadi permaisuri. Seumur hidup pulak tu.”
Dia siap kata kat aku, “Hang jangan couple dengan menteri-menteri ni semua. Kaki penipu satu hal, jawatan bini menteri setiap masa macam telur di hujung tanduk. Tunggu masa nak jatuh.”
“Kalau nak, hang couple la dengan anak Agong yang sorang tu. Mak dengar dia masih single. Handsome pun handsome, sopan santun mak tengok.”
Aku tanya, “Mak tahu mana dia single?”
Mak aku kata, “Mak tengok kat TikTok. Dia ada follow mak. Dia mesej mak. Dia kata mak cantik la, comel la. Dia kata dia single lagi.”
Aku kata, “Tu scammer saja mak oii. Jangan dok tertipu pulak.”
Dia kata, “Dak aih. Mak tak tertipu la…”
Cuma mak kesian kat dia saja. Dia yang dok tertipu la ni. Aku tanya, “Awat pulak?”
Mak kata, “Mak princess. Dia percaya pulak dah. Dok tanya princess negara mana.”
Mak kata, “Negara Kodiang.”
Dia kata, “Amazing. Tak sabar nak jumpa mak.”
Mak kata kena appointment dulu baru boleh jumpa. Ni dia hari-hari dok mesej minta tarikh.
“Aih, susah la jadi orang cantik ni, adik. Bapak Agong tergila-gila, anak Agong tergila-gila.”
“Mak ni tak ada rehat tau dak adik. Nak layan rakyat jelata lagi, peminat misteri lagi.”
Ya Allah, mak… bagi la aku kesabaran dengan sikap mak aku ni…
– Timun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bab gaji 2K tu, mak you selfish. She said it’s ok but for her, not for you.