Salam pada sahabat.. Tidaklah aku tahu bagaimana ingin menukilkan yang lama aku nak tulis, mengenai sisi yang aku rasa janggal. Kadang pengalaman yang aku rasa sangat berlainan bagaimana aku dibesarkan.
Ketika waktu aku belajar sering dengar kisah parents diorang garang marah rotan waktu kecik itu adalah perkara biasa kebanyakan diorang akan cerita dan pengalaman lebih kurang sama,
Tapi aku rasa pelik dan janggal sebab parents aku tak pernah marah serius sampai kawan adik aku pun tak percaya yang kitorang adik beradik tak pernah kena marah apa lagi pukul bila adik aku dengan jujur bercerita.
Bila ada sesuatu yang mak ayah nak bagitau kat kitaorang adalah dengan panggil dan duduk n cakap dengan lemah lembut bagitau ada perkara yang diorang nak cakap,
Tapi tue la perasaan aku akan rasa berdebar sebab sangat menghormati walau aku tau diorang takkan marah tapi ketakutan dia masyaAllah.
Kebetulan dengan izin Allah dikala dewasa ini dan mempunyai dua orang anak aku selalu dengar kata nasihat dari prof Muhaya demi Allah kebanyakan yang diperkatan ada dalam mak aku,
Aku pelik mak aku dari kampung dibesarkan tak ada pengetahuan dalam parenting tapi cara dia mendidik aku dan adik beradik sebijik macam apa yang diperkatakan prof, mak sebelum bercakap dengan kitaorang akan dimulakan dengan meminta maaf,
Mak yang akan minta maaf dulu sebelum memulakan percakapan serius sampai sekarang walaupun mak tak perlu pun untuk minta maaf tapi dia akan minta maaf dulu walaupun tak pernah buat apa2 salah sebelum nak mulakan bicara.
Dari aku kecik kalau aku pergi melawat mak soalan yang ditanya ialah dah solat belum? Kedua baru tanya dah makan belum dan pasti mak akan sediakan. Sampai sekarang.
Lagi satu tipulah kan kalau parents tak bergaduh atau salah faham. Tapi diorang kalau ada salah faham cuba tak tunjuk depan kitaorang haha,
Yang peliknya bila mak mengadu kat aku tapi last puji ayah contoh ayat yang selalu aku dengar dari mak “ayah kau memang camtu tapi dia baik dan bertanggungjawab” aku yang dengar nie jadi speechless haha.
Bila dari ayah plak selalu mengadu kat aku dia akan cakap “mak kau nie suka bebel tapi hati dia baik “ haha ayah aku nie mengadu ke end up dia puji mak. Aku senyum je..
Lagi satu ayah selalu cakap suka suasana bahagia dan membahagiakan. Ini pun prof ada bagitau sebab tue aku pelik macam mana parents aku boleh ajar parenting sebijik sedangkan diorang sekadar orang kampung yang tak de pelajaran..
Kadang aku kekok nak bercerita dengan kawan2 yang lain sebab aku dibesarkan dengan cara berbeza.
Lagi satu aku tahu solat sebab mak aku yang ajar,dia yang tulis sendiri dengan tangan dia sendiri lembaran doa2 dalam solat dan wudhuk dan hukum hakam beristinjak dan jenis najis dan cara bersuci.
Dari niat bacaan dan praktikal, lagi satu mak siap ajar berwuduk setiap anggota dan bacaannya siap
Aku hafal waktu tue, cuma aku pelik kat sekolah ajar doa wudhuk je sedangkan mak aku ajar doa setiap anggota wudhuk dengan doa2 dia. Dalam keluarga mak la yang paling bangun awal siapkan makanan dan menyediakan segalanya seawal 4 pagi.
Oh ye mak aku bekerja tau tapi masyaAllah mak mampu buat semuanya seolah ianya adalah rutin yang biasa. Gosok baju aku, basuh baju masak.
Mak tak bagi kitaorang buat apa2 dia buat semuanya dan mak tak pernah marah pelikkan haha tapi tuela aku nak cerita.
Aku pernah bawak kawan datang ke rumah diorang pelik tengok hubungan aku dengan ayah sebab macam kawan boleh gurau2 haha.. Kawan aku personal cakap dengan aku yang cara aku bergaul dengan ayah sangat rapat macam
Kawan. Korang tau tak? Mak aku kerja hanyalah ambil upah cleaner ayah aku plak contractor betulkan projek longkang,
Mak aku sorang pembersih dan mengambil berat berkenaan bersuci contoh kalau najis kena cara betul untuk sucikan dia, ye lah nak solat mesti kena tempat bersih dan suci.
Mak aku adalah pengurus kewangan semua duit ayah bagi kat emak. Tapi mak sangat pandai mengurus kewangan perbelanjaan semua dia uruskan. Tapi kalau kitaorang nak something kitaorang akan minta kat ayah n ayah akan pujuk emak hehe..
Mak sangat teliti berkenaan hutang atau komitmen mak slalu cakap bayar dulu hutang yang lain tue kita boleh berjimat cermat insyaAllah, mak tak suka membazir, pengemas dan sangat pembersih.
Lagi satu kalau aku dengan mak pelikkan biasanya kitaorang borak berkernaan perihal agama kadang sampai 2 pagi, kadang kitaorang sembang berkenaan hukum hakam kadang share berkenaan doa2 atau zikir yang boleh di amalkan lagi satu mak suka puji orang..
Dia suka puji arwah yang meninggal cakap yang baik2 je.. Aku ingat mak pernah puji sedara dia meninggal bersyukur anak dia tahfiz tolong talkin dan solat jenazah, haha kan aku cakap kadang semua apa yang bonda pesan (prof Muhaya) buat aku teringat itulah sifat mak aku..
Bila aku ingat balik mak pun selalu puji kitaorang depan sedara yang lain.. Mak tak pernah pun mengarah kitaorang suruh buat ini atau itu..
Betullah kitaorang dibesarkan dengam melihat perilaku mak tanpa perlu di ajar tapi kitorang nampak depan mata hari2 apa yang mak buat..
Kitaorang membesar dengan mak lagi satu mak dengan dunia dia balik keje terus mak kemas rumah masak n solat tdo sekejap bangun balik n solat asar. Mak pelik sebab mak tak serupa dengan kejiranan yang brkumpul dan bergosip, lagi
Satu mak ayah sangat pentingkan masa dia akan datang awal sekiranya tempat yang dijanjikan contohnya ada kenduri kahwin parents akan datang awal dan balik cepat, dia tak suka bertandang lama2.
Lagi satu sebab mak kejar masa untuk solat biasakan waktu zohor. Mak kalau pegi pasar tak suka lama2 dia dah tulis apa yang dia nak beli dan terus balik, mak jenis tak suka berjalan lama2 dalam mall sebab dia fikir kat mana nak solat n balik cepat..
Ish banyak lagi keajaiban mak nanti lah aku cerita circle mak aku plak lagi ajaib.
– Azlan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ibu ayah yang sangat baik ..
bertuah anak2