Assalamualaikum.
Terima kasih kpd admin iiumc kerana buat page confession mcmni. Walaupun aku bukan budak uia, aku mmg peminat tegar lah page ni. Suka baca luahan hati masing2. Sekurang2nya aku tahu kehidupan orang lain mcm mana.
Semalam aku baru baca ttg post pasal ‘Ayah’. So aku tergerak hati nak share kisah aku juga. Tp bukan pasal ‘Ayah’ tapi mengenai ibu aku.
Selalu aku tgk orang dok share conversation antara dorang dgn ‘pak mak’ dorang. Sweet gila. Kadang2 aku teringin jugak nak sweet honesty gitu gn pak mak aku.
Mak aku tak sweet and romantic pun. Mak aku rock and steady. Kadang2 kalau orang luar tgk, mau dorang ingat aku ni anak tiri ke anak angkat ke. Ape tak nya, mak aku selamba je orangnya.
Semua dialog mak aku, aku hafal lah! Cakap je mana aku buat silap, aku dah tau dah dialog ape yg nk keluar dr mulut mak aku.
Aku sedih dan tak boleh terima kalau tgk iklan Planta (Marjerin tuuu). Sanggup mak dia kayuh basikal pi cari anak dia kat sekolah semata2 nak sapu mentega tu lg sebelah roti.
Mak aku? Haa ginii…
“Mak, td roti mak bagi takde sapu jem pun. Zira (bkn nama sebenar), makan gitu jee. Ingat mak dtg nak kayuh basikal mcm dlm tv tu nak sapukan jem.”
Mak aku balas, “haa tula kau! Pagi2 bangun mak kejutkan kau. Sarapan mak buatkan. Kalau mak tak ingatkan tupperware kau, takdee nye kau nk bawak. Dah buatkan sarapan,bukan nak berterima kasih. Mana ada dlm dunia ni mak dia sanggup nak kayuh basikal semata2 nak sapu jem. Kau punya seluar dalam nak pegi sekolah pun mak sediakan! Ni kau mengharap nk mak pi kayuh basikal?! Bukan setakat kayuh basikal je, dgn batang penyapu mak bawak biar orang tau kau dah besar panjang pun mak yg sediakan!”
Perhh mak aku ni. Mcm mana aku tak ckp rock. Aku tanya sikit je. Berjela2 dia jawab. Aku kadang2 bila mak aku dah bebel2 cmni, aku nak tergelak pun ada. Tp yelaa kalau orang lain nmpk, dia ingat penderaan ke ape ke terhadap anak2. Tp aku dah biasa dah.
Yang iklan Maggi lagi satu hal! Balik sekolah mak masakkan maggi? Gila kau! Mana ada mak2 nak bagi makan maggi time balik sekolah.
Aku dulu2 time balik sekolah, ayat aku mcmni je kat mak aku.
“Mak arini masak ape?”
Mak aku jawab , “kau tak reti tgk dapur?! Mak dah penat2 masak, nak suruh mak hidangkan jugak ke! Dah tadi kau pegi sekolah katil tak berkemas. Seluar kotor kau lak kau bukan serentak dgn seluar dalam! Jenuh mak nak sidai tadi nak leraikan. Tuuu.. kain batik kau, elok je kau bukak lepastu tinggal membulat je kat lantai. Haihsss.. mak taktau la mak bela anak lelaki ke perempuan!”
“…….”
Sentap tak kalau ada mak gini? Tapi aku ok je. Mak aku mmg gini. Belum lg time dia mintak tolong aku.
“Mira, ira, kira , ila, zira!!! Ooii zira kau pekak ke mak pangil?”
Padahal abis satu rumah nama dia panggil tp malang nama terakhir tu la mangsa keadaan.
“Zira, kau pi tolong sidai kain jap. Mak dah cucikan. Nk harapkan kau, tak bergerak la mesin ni. Matahari dah terpacak kat kepala pun kau boleh membutaa lagi! Kalau letak bom kat sebelah tu ,rasanya dah selamat mati dah! Tido mati! Mak terpekik2 kau boleh relekk je tak bergerak2 mcm mayat!”
Aku angkat je baldi nak pi sidai kain. Baru aku nak keluar pi sidai, mak aku pekik dlm rumah.
“Ya Allah.. !pinggan2 tak bercuci! Zira!! Kau pergi bersihkan singki tu duluu. Sebelum tu, kau pegi kemas dulu bilik belakang kejap.”
Kadang2 kan, hidup ni buat aku pening laa. Mak aku nak aku suruh buat keje yg mana satu ni?
Tu satu hal. Aku bangun2 suka makan dulu baru pi kemas rumah. Aku ni rajin cuma aku suka menyakat mak aku. Aku makan salah, tak makan salah. Adilkah dunia ini??! Ini tidak adil… tidakk adill~~ tidak adil~~
Aku kalau makan, ni dialog mak aku.
“Kalau bab makan, tak payah panggil. tak payah suruh. Lajuu je kau! Kalau bab lain, nak pegi kencing la berak laa kalu mak suruh!”
Kalau aku kata aku taknak makan, mcmni lak mak aku jawab.
“Suruh makan pun susah! Bukan mak suruh kau pegi cuci jamban! Nak mak bentang karpet merah ke?!”
Ye aku tau. Mak aku tak macam mak kau. Yg sweet mcm drama dlm tv tu. Yg pangil baby la, manja la, sayang laa. Tapi aku tetap sayang mak aku. Saat aku sakit, mak aku laa yg paling risau padahal time sakit pun kena bebel.
Dulu aku penah luahkan, kenapa mak suka bebel2 kat aku. Kat adik beradik lain tak mcmni pun. Aku anak angkat ke? Mmg kene penampau aku waktu tu. Tapi aku redhoo.
Tp mak jawab soalan aku walaupun aku nampak air mata mak bertakung.
“Mak takde nanti, kau tau la rindu bebelan2 mak. Skg mungkin kau tak suka, kau ada anak nti, kau tau la. Mak tak kan bebel dan suruh kat anak tu je kalau anak tu laa yang paling dengar ckp. Mak tak kan bebel dua tiga kali kalau anak dia tu mmg jenis melawan dan tak dengar ckp. Sebab tu mak suka bebel kat kau. Bebel2 pun kau buat. Yg lain, buat taktau je. Mak sedih tp suatu hari nanti korang semua akan tau dan rasai bila ada anak nanti… walaupun mak tak sweet, tak pernah nak puji2 lebih2, tp mak sayang semua ank mak.”
Terdiam aku. Betul kata mak aku. Mmg mak aku tak sweet. Mmg mak aku rock. Mmg mak aku kasar. Tp jauh di sudut hati dia, aku tau sangat2 dia sayang aku adik beradik.
Sekarang aku dah berjauhan dr mak aku. Belajar di negara asing. Tiada bebelan. Tiada nasihat. Takde lagi dah manusia nak bebel kat aku kalau aku solat lambat, kalau aku bangun lambat, kalau aku pemalas serba serbi. Tiada dah! Semuanya aku kena fikir sendiri baik buruknya. semuanya aku kena ingat.
Terima kasih mak . Aku rindu kat mak. Walaupun mak tak pernah tulis sweet2 kat aku , tapi hari2 mak telefon tanya duit aku cukup tak, kawan aku ok tak, makan ke tak, kat sini selamat ke tak walaupun panjang mak bebel walaupun aku dah jauh.
Mak , terima kasih atas segalanya. Anakmu dah besar panjang . Dah mengorak langkah menjadi lebih matang. Dah pandai berdisiplin. Tak lama lagi kalau ada jodoh, bakal dirikan rumah tangga. Dan Inshaa-Allah kalau ada rezeki bakal menjadi seorang ibu.
Waktu itulah aku akan tahu segalanya tentang hati dan perasaan seorang ibu. Takde lagi kata2 yg aku boleh ucapkan selain kata2 terima kasih dan aku sayang mak hingga akhir hayat mak. Doakan aku bertemu lelaki yg akan hormat mak aku dan akan sayang mak aku mcm mana aku sayang mak ayah dia juga nanti.
Maaf terlebih panjang. Aku tulis berserta linangan airmata. Hargailah mak ayah korang walaupun cerita hidup kita berbeza2. Terima kasih.
Assalamualaikum.
– Anak bebelan mak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit