assalamualaikum kepada masyarakat IIUMC. untuk admin, terima kasih menyiarkan nukilan luahan ini. tajuk je 10 minit aku fikir. semenjak aku suka baca komen-komen dari pembaca, ramai pengomen yang suka cakap, “kau cakap kat sini buat apa? bukannya dia tahu. pergi lah cakap dengan dia.” wahai pengomen, ini namanya tempat luahan, sebab tu dia meluahkan kat sini. kalau dia ada kekuatan nak cakap dengan orang yang buat onar dengan dia, dia akan cakap. kena ingat, tak semua orang mampu luahkan apa yang terpendam dalam hati.
okay kembali kepada cerita aku, maaf muqadimah lari tajuk pulak. ini pulak luahan aku. mungkin agak panjang tapi kepada siapa yang gigih membaca sampai habis, terima kasih daun keladi. aku mulakan pengenalan siapa mak aku. mak aku sudah berkhidmat selama 25 tahun sebagai seorang guru. sekarang dah pencen ambil pencen awal. dia mula bertugas sejak tahun 1988 sebagai guru fizik dan subjek-subjek yang seangkatan dengannya. aku terus lompat sampai lah waktu mak aku dah pegang jawatan Guru Penolong Kanan. setiap guru ada tangga gred dan untuk menaiki pangkat gred tu, guru akan mengambil periksa.
menjadi seorang guru bukan mudah ya anak-anak. walaupun ada sebilangan guru yang dikatakan suka merendah-rendahkan pelajar, ada yang memandang enteng kepada pelajar. bahkan ada yang menjelek dan memalukan pelajar depan golongan lain. Cuma dua je pendapat aku tentang guru yang macam tu. 1, cikgu tu perangai dia memang hanat. 2, cikgu tu stress sebab tu pemikiran dia macam tak waras sikit atau pun dia terlampau geram. stress kena handle budak-budak yang pelbagai perangai, ada yang dating bawah pokok toge lah, ponteng sekolah, yang degil, yang suka lawan cakap, panjat tangki air. yang mengandung senyap-senyap, yang mengada-ngada, kaki ampu. itu baru sekolah harian biasa, yang berasrama? yang senyap-senyap keluar sekolah, buli, gaduh, tanggungjawab negara lagi kena didik budak-budak macam ni, harapan ibu bapa lagi terutama ibu bapa yang macam tak ada otak bila semua menyalahkan pihak sekolah, cubit sikit tak boleh, sentuh sikit tak boleh, duduk atas tar pun jadi isu. tu belum tiba-tiba kes keluarga pelajar tu sendiri ada masalah ke apa, keluarga porak peranda sampai pelajar tu sendiri lari ke pihak sekolah mintak perlindungan. banyak lagi kalau nak disenaraikan. apa yang aku cakap ni cuma kes basic je. campur kes guru dengan guru lagi. ye dak, wahai guru?
sebagai anak seorang guru, aku nampak betapa tak ada life nya mak aku. kalau ada pun, tak lama. masa bercuti pun sibuk fikir hal sekolah. sibuk fikir terutama pelajar yang ada masalah keluarga. dah makan ke belum budak tu harini? jangan lari rumah lagi. pergi bercuti, usung kertas peperiksaan dengan buku untuk ditanda. laptop pun dibawa sebab banyak benda kena buat. mak aku pulak kalau cuti penggal persekolahan, boleh kira berapa hari dia cuti sebab orang cuti, dia kat pejabat sekolah dengan cikgu-cikgu lain buat kerja. rumah sendiri kadang-kadang sampai tak terkemas, mengharapkan anak-anak buat.
hujung tahun 2010
kehidupan kami normal sehingga saat ini. pagi tu aku teman mak hantar abah pergi kerja sebelum subuh sebab semalamnya kami ambil abah balik untuk hal lain. jadi kenderaan abah tinggal di tempat kerja dia. balik dari tempat kerja abah, aku dengan mak kemalangan. mak langgar devider tapi kami takde apa-apa pun, tayar je tercabut. petang tu mak bersihkan laman rumah. jumpa bekas plastik macam tertanam kat dalam tanah, lalu mak buang sebab ingatkan sampah. malam tu mak tak boleh tidur, sakit satu badan. esoknya pergi hospital, kat badan mak ada bisul besar penuh nanah padahal semalam tak ada apa-apa pun. on the spot, buat operation buang bisul. bisul bukan yang biasa-biasa, bisul besar satu tapak tangan. sejak ni, perjalanan hidup aku berubah. mak dah tak nak bawak kereta. trauma lepas eksiden. jadi, abah lah yang akan hantar dan ambik mak hari-hari.
2011
gempar satu negeri seorang pengetua buat hal. habis semua pengetua dan guru-guru penolong kanan dirombak. lalu, sekolah baru mak agak jauh dari rumah aku, siapa lagi yang hantar dan ambil kalau bukan bapak aku. dah puas kami pujuk, tapi mungkin confident level mak dah pupus, jadi dia tetap tak nak bawak kereta. sampai pertengahan tahun, guru-guru berpangkat tinggi ni sekali lagi dirombak. mak dapat lagi pindah sekolah lain. masuk sekolah tu tak sampai 3 bulan, macam-macam jadi. mak pengsan, muntah, mata tak nampak. abah lah bergegas sana-sana sini uruskan mak. aku? masih bersekolah tingkatan 5. ini kali terakhir aku rasa masakan mak. sejak mak sakit, aku dengan kakak yang uruskan hal rumah sepenuhnya.
mak keluar masuk hospital tak berhenti. kerja tanda buku, aku dengan kakak aku yang buatkan. key in data murid sebab tahun ni dah start sistem merepek yang key in setiap data murid satu persatu. dah lah tu, server lembab mengalahkan sloth yang dalam zootopia tu. semua kerja yang guna internet hanya boleh diakses lebih kurang 3 pagi ke atas. mak aku sangat tak larat. asyik mc memanjang. sambil aku dengan kakak aku buat kerja tak bertauliah ni, mak baring kat sebelah. terangkan satu-satu. mak aku ni kuat mengadu, jadi bila rasa sakit sikit, pening ke apa dia akan mengadu. bukan mengadu biasa-biasa. tapi mengadu macam budak kecik yang baru lepas jatuh. faham maksud aku kat sini? mengadu secara merengek. tak sampai hati aku nengok mak aku macam ni sebab gaya dia merengek tu nampak tak selesa sangat. jadi semua benda kami tolong. nak bergerak pun kena papah. nak angkat tangan pakaikan baju pun merengek sebab lenguh tangan tu. solat sampai kena baring sebab tak larat nak duduk. sakit apa? tak tahu. setiap kali keluar masuk hospital, sakitnya berlainan. urea tinggi lah, keratin tinggi lah, tiba2 darah tak stabil, banyak lagi.
2012
mak makin teruk. sikit-sikit mc. sekejap hospital sini, sekejap hospital sana. tu belum hospital kat negeri lain. sekejap swasta, sekejap kerajaan. mata mak makin tak nampak ingatkan katarak, tapi bukan. sampai kami pergi beberapa klinik pakar mata di ibu negara, barulah jumpa kenapa. sel-sel dalam mata mak pecah di kedua-dua mata. darah tu dah beku dan tersebar dalam mata. memang tak dapat diselamatkan kecuali jika ada keajaiban daripada Allah. doktor hanya membantu setakat yang termampu. semua benda kami kena buatkan. mak meraba-raba. tu belum masa dia pening ke badan dia sakit-sakit nanti dia merengek je. anak mana yang sampai hati. dah pada tu, doktor terpaksa keluarkan kanta dua-dua mata mak sebab mata mak dah rosak teruk. masa ni luluh je hati nengok mak nak capai selimut depan mata pun meraba-raba. dulu mak rajin mengaji, sekarang kami anak beranak yang ajar mak mengaji. satu persatu sebut, kalau mak tak dapat tangkap nanti dia cakap, “alaa mak tak dapat… ulang lah balik.”
belum habis bab mata, buah pinggang pulak. datang ke sekolah pun 2-3 hari je seminggu, yang lain mc. masa ni mak memang macam baby betul. abah pergi kerja, aku dengan kakak yang jaga. aku masuk tingkatan 6, tu pun selalu ponteng. tapi biasalah, aku sebagai manusia memang tak suka nak cerita masalah aku kat orang. jadi cikgu-cikgu sekolah aku tak tahu masalah aku sampai lah aku dicop sebagai budak yang dah teruk. tapi aku buat rilek je. balik kat mak, kitorang suruh mak pakai pampers tapi mak tak nak sebab mak tak dapat rasa bila nak membuang. dah orang tu dah tak nak, takkan nak paksa-paksa. bila dia dah terbuang tu, memang berjurai kat lantai, kadang kat kerusi. nanti dia merengek cakap, “mak terberak”. kami ni dengan hati runtun penuh kesian yang cuci semua tu. bukan setakat berak dan kencing, muntah pun sama. berterabur muntahnya lagi-lagi kalau lepas makan bila semua keluar. mak memang betul-betul macam baby, nanti dia cakap “mak muntah”.
untuk kalian yang tak pernah rasa jaga orang tua, jujur aku akui memang penat jaga orang sakit ni lagi-lagi orang tua. banyak sangat karenahnya. bila kita tolong buatkan, ini tak kena, itu tak kena sebab tak kena dengan apa yang dia nak padahal kita dah cuba semampu yang boleh.
2013
mak kena dialysis. ujian nak cuci darah ni pun tinggi. mula-mula kena cuci mak kena tebuk kat leher sementara nak buat tapak dialysis kat tangan, mak sampai terberak kat tempat cuci tu. masuk kat wad, berak lagi tak sempat tahan. pesakit anak beranak kat sebelah sampai “wekkk-wekk” sebab dapat sebilik dua katil, fully air-cond pulak. lepas beberapa kali kena cuci darah, baru nampak mak segar sikit. dari cengkung jadi tembam balik. dugaan tak habis, 8 kali buat tapak kat tangan, semua tak jadi. doktor cakap urat mak kecik.
mak ambil pencen awal sebab dah tak larat sangat. dengan mata tak nampak, kudrat kat dua-dua tangan pun dah tak ada. semua benda orang kena buatkan. masa ni aku memang bermaharajalela ponteng sekolah memanjang sampai aku di cop sebagai budak rebel. sampai mak bapak aku kena panggil ke sekolah, barulah semua orang tahu cerita sebenar, tapi lain pulak ceritanya bila ada seorang guru cakap, “tak kesian kat mak ke? mak awak dah sakit macam tu tapi buat perangai. anak apa awak ni saya tak tahu lah.”
ya, aku ingat cikgu tu. sampai sekarang sebab dia tak berada di tempat aku. gaya hidup dia memang lavish. mungkin dia tak pernah rasa. dia bertudung labuh, isteri kepada seorang ustaz. dia juga pernah cakap, “hidup kita ni perlu berbakti kepada orang tua tapi dalam kelas kita ni ada seorang budak perempuan yang saya tak tahulah perangainya jenis tak kesian dekat mak dia, tak fikir masa depan sendiri. sepanjang saya mengajar kat sekolah ni, ini pertama kali saya jumpa budak yang macam ni. perempuan pulak tu.” berjurai air mata aku depan dia bila dia cakap dalam kelas depan semua budak macam tu. kawan aku bangsa india kat sebelah suruh aku abaikan apa yang dia cakap sampai kawan aku berkata, “she wears tudung but talk like shit.”
cuti bapak dan kakak aku dah habis, jadi aku juga tolong diorang berkorban untuk jaga mak aku. aku lagi rela tak dapat sijil sekolah mahupun STPM tu daripada nengok mak aku tahan sakit sorang-sorang.
2014
lepas result STPM keluar, mak aku pun macam makin okay aku start buat kerja part time. tapi lepas tu, satu lagi dugaan datang, tapak dialysis mak semua rosak sebab urat mak kecik. akhirnya, jumpa seorang pakar kat KL, dia masukkan salur tube getah kat tangan mak untuk gantikan urat (graft). benda tu timbul bawah kulit tangan mak. aku sendiri nengok pun ngeri. tapi mak bertahan. bertahan dan redha dengan semua ujian ni. mak tak pernah mengalah. cuba lah banyak kali walaupun tak menjadi, dia tetap akan cuba cari jalan lain.
keputusan UPU keluar, aku dapat UITM. hati ni berat sangat nak pergi. jadi aku tolak. bila orang tanya, aku cuma jawab malas nak belajar. sedangkan dalam hati aku jawabnya lain, mungkin aku jenis yang tak suka bercerita masalah. lepas beberapa bulan, dapat pula panggilan dari UIAM, juga aku menolak dengan alasan yang sama. aku takut, takut jika aku sedang asyik menelaah ilmu, aku tak sempat berjumpa dengan mak aku kalau ada sesuatu yang berlaku kat dia. keluarga aku dah tak mampu nak cakap. abah dah pencen, jadi abah ada dengan mak sepanjang masa. bila aku dah ada masa free pulak, abah pulak uruskan hal dia. abah buat bisnes sampingan tambah pendapatan keluarga.
2015
aku kerja part time, tapi aku dah bincang dengan boss aku keadaan keluarga aku macam mana. sebulan kena ulang-alik KL sebanyak 3 kali. boss aku faham dan dia beri kelonggaran. walaupun gaji kecil, aku bersyukur sangat Allah bagi aku majikan yang memahami macam tu. belum tiba-tiba mak aku kecemasan darah terpancut satu rumah, pengsan lah, sakit pening dia tapi boss aku tak pernah kisah. bila aku ada kat rumah, abah pulak buat aktiviti dia. kami bergilir-gilir jaga mak. kakak dah duduk jauh tak duduk dengan kami lagi dan keadaan ini berterusan sehingga hujung tahun 2016.
2017
graft kat tangan mak rosak. mungkin dah terlalu lama. terpaksa buat graft baru di bahagian tangan lain. kesian mak. selalu merengek sakit. mak tak suka skinship. dia bukan jenis suka kena urut ke apa. lagi satu nak bagi tahu, orang dialysis ni sistem pengeluaran air dia tak normal macam kita, jadi diorang ni mudah tersedak. bukan saja-saja aku tak bagi mak aku air kalau mak aku tersedak, sebab mak aku tak boleh minum air banyak. bila dihulur pun mak aku takkan ambil.
rezeki Allah bagi, kita tak boleh nak duga. macam jatuh dari langit tiba-tiba orang cari aku sebab nak cari pekerja kat office. aku cakap aku cuma ada STPM tapi dia tak kisah pun dan dia memahami dengan keadaan mak aku. Alhamdulillah, walaupun pendidikan aku tak tinggi, aku masuk kerja terus dapat jawatan tinggi yang tak setaraf dengan kululusan aku dengan gaji yang lumayan. office pun dekat dengan rumah. dan hari ini, graft baru mak aku lagi sekali rosak sebab urat mak aku tak mampu nak tampung dan terlalu kecil. mak baru tebuk kat leher sebagai tapak sementara dan masa nak operation untuk jahit semula, doktor tak bius mak sebab badan mak tak boleh tahan kesan ubat bius. aku tak mampu bayangkan macam mana mak tahan sakit masa kena jahit tu. lepas operation, mak asyik cakap sakit dan tak larat.
akhirnya mak dah tak jumpa inisiatif lain, jadi jalan terakhir yang kami akan ambil ialah tebuk kat perut. minggu depan aku dimulakan operasinya. kepada kalian yang membaca, doakan aku semoga kami kuat terutama mak aku. aku minta maaf jika coretan aku menyinggung mana-mana pihak terutamanya warga pendidik andai terkasar Bahasa. sesungguhnya kerja kerasmu menjadikan ramai manusia pada hari ini. bertahan dan bertabahlah membentuk generasi kita. untuk masyarakat pembaca, jagalah kesihatan kita. cuba lah untuk tidak sakit. ingat orang tersayang.
– anak mak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit