Sewaktu aku berumur 15 tahun, mak ada teman lelaki yang berbeza umur beberapa tahun lebih tua dariku. Ketika itu usia mak 47 tahun.
Pada mulanya mak kata beri sedekah makan kerana lelaki tu yatim piatu. Nampak macam harmless je kan. Ye la nampak macam mak dan anak angkat. Lama kelamaan keadaan jadi pelik.
Bila ayah start je motor dan keluar rumah, lelaki tu terus muncul entah dari mana. Setiap hari tanpa gagal. Mereka mandi bersama. Mereka mengadakan hubungan sex. Bila malam lelaki tu datang berbual-bual dengan emak di hadapan ayah. Tanpa menghormati ayah.
Lelaki tu cuba berbaik dengan ku. Mak membuat seolah lelaki tu datang ke rumah kerana aku. Aku dituduh gatal, dimarahi kakak kerana berangan ada boyfriend. Padahal dia teman lelaki makku.
Mak kata aku je yang faham mak dan tak marah mak. Mak rasa aku sokong apa yang mak buat. Hakikatnya aku keliru, aku malu, aku benci ada mak begitu. Tapi tak terluah.
Aku jijik bila nampak mak berperangai macam budak baru belajar bercinta. Mak selalu ke rumah nenek kerana lelaki tu. Mak sibuk pakai krim muka, pakai lipstick terus berlari-lari ke rumah nenek bila ada peluang.
Satu hari ayah ternampak mak berhubung badan dengan lelaki itu. Ayah terus ke balai polis buat laporan. Ayah kunci pintu tak bagi mak masuk rumah.
2 minggu mak tak ada di rumah adalah saat yang paling aku kenang hingga sekarang. Ayah masakkan mee goreng basah paling sedap pernah aku makan. Adik menangis. Ayah cakap kena biasakan diri. Lepas ni mak dah tak ada.
Mak bersembunyi di rumah nenek. Mak curi-curi balik waktu malam. Tapi ayah paku tingkap. Mak tak dapat masuk. Aku suka.
Nenek datang ke rumah. Minta aku serahkan beg duit dan barang kemas mak yang disorokkan di bawah katil. Aku ambil barang-barang tu dan aku serahkan pada ayah. Ayah jual semua rantai dan gelang mak. Aku suka. Mak lebih pentingkan gelang emas dia dari aku dan adik-adik.
Kakak aku tak percaya mak berhubung badan dengan lelaki lain. Kakak cakap ayah dayus. Kalau betul ayah nampak mak buat benda terkutuk depan mata, ayah patutnya tumbuk pukul mak dan lelaki tu. Bukan pergi ke balai polis yang jauhnya 5 km untuk buat laporan. Kakak cakap sambil ketawa.
Yang nampak mak bawak lelaki lain tu aku. Yang nampak mak marah ayah sebab mata dah buat dengan cinta tu aku. Yang dengar mak merengek manja mandi sama dengan lelaki tu aku. Yang nampak mak selak kain tunjuk betis dekat lelaki tu aku. Yang nampak semua perlakuan jijik mak tu aku.
Aku dengar mak maki ayah sebab perbuatan hina dia diketahui ayah. Mak maki ayah kerana tak dapat lagi berjumpa lelaki tu. Aku dengar semuanya. Aku masih ingat adik cerita kawan-kawan ejek mak kau pelacur. Aku masih ingat raut muka adik ketika tu. Kasihan adik.
Satu pagi, ayah minta aku hantarkan adik ke sekolah. Ayah kata nak bercakap dengan mak. Laju-laju aku start motor. Aku ambil masa yang lama untuk balik selepas hantar adik kerana tak sanggup nak dengar mak berpura-pura nangis minta ampun dari ayah.
Aku dengar ayah hamburkan semua yang terbuku di hatinya. Ayah banyak berkorban untuk mak. Mak memang perempuan tak guna yang tak kenang budi. Mak aku pencurang perempuan jalang. Ayah terima mak ke dalam rumah semula.
Bermulalah episod pergaduhan hampir setiap hari yang meninggalkan kesan trauma dalam diri aku dan adikku kerana kami masih tinggal di rumah. Kakak masih tak percaya yang mak perempuan jalang yang tak guna.
Aku belajar rajin-rajin kerana itu tiket untuk aku keluar dari neraka. Tinggallah adik dan ayah menghadap mak yang semakin lama semakin kurang ajar dengan ayah. Aku ambil masa yang sangat lama untuk terima mak dan balik semula ke rumah. Aku benci rumah tu.
Tapi bila dikenang semula, aku kesiankan adik dan ayah. Betapa musnahnya zaman kanak-kanak kami dan tinggal kesan yang paling dalam dan tak kan hilang.
Peristiwa hitam berlaku 24 tahun lepas tapi aku masih ingat dengan jelas setiap perincian kejadian tu. Sekarang mak berusia 70 tahun. Ayah masih dikurniakan kesihatan yang baik.
Adik aku menghidap skizofrenia dan beberapa masalah mental yang aku percaya akibat dari perbuatan dan penyeksaan mak.
Beberapa bulan lepas aku membaca message mak. Mak bertukar message dengan lelaki pencen yang sudah berkahwin. Mak menggunakan panggilan manja mak dan ayah dengan lelaki tersebut. Serta merta peristiwa dulu datang macam flashback dalam otak.
Aku marah. Aku jijik. Aku kesian ayah dan adik. Ayah tak berhak dicurangi lagi kali kedua. Ayah tak berhak semua keadaan ni setelah ayah berkorban semuanya untuk mak.
Mak aku perempuan sundal. Mak tak sabar nak tunggu ayah dijemput pencipta untuk menyundal semula. Aku marah dan tak boleh cerita pada sesiapa pun hal ni. Adik akan lebih sakit jika tau hal ni. Ayah aku berhak untuk hidup aman dan tenang meniti hari tua.
Aku tak mahu ingat segala message mak yang telah ku baca. Tapi semua ni sangat menyakitkan. Kepala aku sakit nak pecah fikirkan hal ni.
Aku akan jaga dan sayang ayah. Selama ayah ada, aku akan senyap. Aku akan pastikan perempuan jalang tu hidup sendirian bila ayah bertemu pencipta.
– anonnonoo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sedih sangat baca luahan awak.. tak terbayang kalau ujian ni berlaku pada diri sendiri.
saya doakan semoga emak awak diberikan hidayah dan awak sekeluarga kuat menghadapi ujian ini..
Kesian awak…*hugs*
Tapi kan kenapa ayah awak x cerai je mak awak. Terang2 mak awak dah x nak ayah awak. Suami kalau x dapat nafkah batin, dia boleh je kahwin baru tanpa pengetahuan isteri pertama. Tapi kan, kalau isteri x dapat nafkah batin, kalau suami x nak cerai, merana lah seumur hidup, dan dicop jalang.
Sakit meluahkan dan berterus terang lebih baik dari sakit simpan dalam hati sorang2.