salam semua, korg bila baca tajuk pon da boleh agak betapa clichenya cerita ni,
apa yg aku nak share adalah bukan tentang aku dan mak mentua sebab korg da boleh agak, tapi lebih kepada mcm mana aku survive bila mendapat mertua yg ‘menjadi-jadi’
so, mertua aku sangat la fussy n boleh kata queen control, aku ckp ‘boleh kata’ sebabnya dia x dpt control over bapa mertua, n bapa mertua pon jenis xlayan apa pon mertua aku ckp, ada je hal sndiri , balik rumah lewat malam. oh btw, aku tinggal dgn mertua masuk tahun ni da hampir nak 5 tahun.
mak mertua aku, suka bebel, suka mengarah, dan suka keluarkan ayat “oh ye, xpe la mak awak ajar mcm ni ye, ye la mak awak kan x masuk universiti” apabila setiap kali aku buat sesuatu yg x menepati expectation dia.
Contoh, mak mentua suruh aku masak, so aku masak la, benda yg normal misalnya masik lemak cili padi, ayam kicap, sambal, kari, sup, kurma, gitu2 la yg simple,,,tp expectation mak mentua aku ni lain, dia selalu ckp, “naseb badan la menantu x pandai masak” so in the end lepas aku masak dia mesti akan masak sejenis dua lauk jugak, sebab ntah,,agaknya x boleh nak telan apa yg aku masak kot. contoh masakan : kari ikan cencaru dgn ubi keladi sup telur ikan, telur mata burung puyuh. Pastu dia ckp, ni mcm ni org KL masak, tak pe la, awak tak reti semua ni, sebab mak awak x ajar kan, nak buat macam mana awak tak biasa,,,kemudian di end up dgn ayat “ye la, mak awak kan tak masuk universiti”. Selalu perkara ni berlaku bab masak la berbanding perkara2 lain.
Aku akui, memang sentap sepanjang setahun dua di awal perkahwinan, selalu sangat dengar mcm tu. Penghinaan utk mak aku, aku tak dapat terima, dan aku pon tak cerita dgn suami sebabnya, kalau aku cerita pon, apa different yg suami aku boleh buat? suami aku sedia maklum dengan mulut laser mak dia dan bebelan tu, sebab tu suami aku selalu buat kerja sangattttt banyak. Weekend memang la dia kerja half day, tp dia selalu akan kerja lebih2 masa. Aku tahu dia nak elakkan konflik dengan mak dia (walaupun dia tak pernah pon cakap, tp aku boleh agak). Suami aku akan sampai di rumah lingkungan pkul 9 malam dan dia akan makan apa2 je yg aku masak dan yang mak dia masak. Dia tak pernah merungut. Kalau ada hari2 dia nampak aku tensed sangat, aku tak perlu bagitau pun, dan dia pun tak tanya, dia cuma akan ckp lebih kurang mcm ni.,”mak ada cakap apa2 ke kat awak?, sy mintak maaf mak saya mcm tu”. Jadi, bila aku tengok suami aku dengan keletihan mcm tu, aku pun tak sampai hati nak mereport dkt dia.
Hari Ahad je kita akan spend masa bersama2, pergi mall contohnya, supaya aku pon tak perlu masak, mak mentua aku pon tak ckp ayat bisa dia tu, dan aku pun tak sakit hati.
Mak mentua aku ni sangat la suka control sampaikan kerja suami aku pon dia control. Aku pun tak tau taktik apa dia guna, agaknya sebab dia belajar dekat universiti dulu , dia akan dapat berhubung means tahu/kenal dengan boss suami aku. So, dia akan mintak la apa2 dr boss suami aku ni. contoh, terbaru ni, mintak boss suami aku sediakan satu kereta company utk suami aku guna memandangkan suami aku banyak kena travel. Suami aku baru kerja dkt company tu tak sampai 2 tahun kot, orang lain pun engineer jugak,, tapi tak semua la company kasi kereta. Before this, suami aku kerja kat tempat lain, tapi ada mak mertua aku ni pegi mintak dengan boss dia naikkan gaji la, n mintak supaya suami aku diberi cuti padahal masa tu dia da janji nak rotate dgn org lain. So , aku tak tau apa yg berlaku, tp dua2 company sebelum ni, tak lama lepas isu tu, suami aku berhenti kerja, dan pergi company lain. Aku pon xnak tanya sebab aku tau dia stress. As long as dia masih waras, dan terkawal, aku akan stay by his side.
One time, masa suami aku mula2 nak beli kereta dulu, dia pun beli perodua Myvi. As his first car, aku pon rasa tindakan tu wajar sebab gaji pun belum banyak lagi, walaupun kami da ada penjimatan yang banyak tak perlu bayar sewa rumah di KL ni. Tapi apa yg jadi, mak mertua aku, call aku dan serang2 aku melalui telefon “eh, kau eh yg ajar anak aku beli Myvi, kau tau tak anak aku tu engineer? Dia patut beli Honda city atau pun hari tu dia da janji nak beli Kia Forte”,,,pastu bla2,,,end up dgn ayat yg kat atas tu “mak awak tak masuk universiti”. so bengang tak kalau korg kat tempat aku, bengang jugak kot kalau kau normal.
Sebenarnya aku tak nak ingat dah benda2 ni, sebab by the time aku menulis ni, aku akan recalled segala mcm kata-kata ni dan buatkan aku sakit hati. Of course, aku pun tak cerita benda ni pd sesiapa pun kecuali rakan2 rapat aku. Dan nasihat dorg, ‘kau anggap je mak mentua kau tu post-natal blues, kalau tidak ko yg akan stressed out”. N to my surprise, i did take their advice. Sebab tu, semua org yang kenal dgn mentua aku, selalu curi2 tanya aku “Mak okay?”. Aku tau, tu permulaan dorg nak pancing aku bukak cerita mcm2. Tapi, disebabkan aku mengamalkan nasihat kawan2 aku tu, aku persetankan semua tu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mcm aku ckp, selagi suami aku ok, aku abaikan je, sebab suami aku sendiri maklum tabiat mak dia tu, cuma dia (aku rasalah) tak tahu pasal ayat kegemaran mak mentua aku tu.
Walaupun aku memang benci gila perkataan yg keluar dari mulut mak mentua aku tu, ada perkara yg aku sentiasa pujuk hati:
1. aku selesa dr segi tempat tinggal di rumah mak mentua aku, tak perlu kongsi bilik air, ada parking kereta sendiri, dan aku tak perlu beli apa2 sebab semua dah ada. walaupun aku tak boleh decorate mcm aku nak, itu ini semua, tapi, abaikan, i could save my money, tiap tahun, pegi melancong, hahhahaha
2. kadang2 walaupun dia masak benda pelik2 pd aku, tp dgn ayat “mak, leha try buat mcm mak masak tu, tp tak jadi” , maka, mak mentua aku dengan rela hati masak, so , ya aku makan je la, xperlu nak susah2 masak semua, sebab kdg2 balik kerja letih sangat.
3. mak mentua aku, jenis pushy, dia cari, dan tanya, better declined dr never tried, mcm kes mintak gaji lebih kat suami aku tu, walaupun aku serius rasa suami aku memang down bila mak dia masuk campur, tp, aku apply la semangat dia tu bila nak mintak markah prestasi lebih dkt boss aku. (as for my husband, dia pun ada ego sendiri so, mybe dia tak amek tindakan sampai mak mentua aku decide dia je pegi mintak dkt boss suami aku tu. kesian, tp nak buat mcm mana).
4. mak mentua aku bukan jenis yg percaya benda2 tahyul, ini paling penting. ramai jugak kawan2 aku yg terseksa dgn mentua mcm ni, anak kena asma pun disuruhnya jumpa bomoh tengah2 malam drpd pergi emergency utk neb.
5. mak mentua aku tak pernah push supaya ktorg ada anak walaupun dah 5 tahun ktorg menunggu.
6. suami aku keje banyak sebab tak nak dengar mak dia bebel dkt rumah,so banyak dpt OT. kdg2 dia kerja jauh2, aku ikut kalau boleh cuti, n aku dpt anggap aku bercuti tanpa ktorg actually keluarkan duit sgt. sebab everything da dibayar, cuma ye la bosan jugak bila suami kerja, aku terperap je, so, skrg aku pon da smbg PhD, jd bila aku ikut suami, aku sentiasa dioccupied while he goes for work.
7. Mak mentua aku ni agaknya, anti sgt dgn org yg x masuk universiti, so dia sentiasa suruh aku belajar2, n memang aku tau aku ambil kesempatan, tapi gunakanlah bila ada, cth : yuran/ upah org utk collect data n all, korg boleh agak funding dr siapa.
Deep down dlm hati, aku rasa hipokrit sgt. aku sedih dan marah bila dengar ayat “mak awak kan tak masuk universiti” but my mother did a very good job raising me n my brothers. Walaupun dia tak masuk universiti, dia la org kepercayaan org2 kampung berkongsi suka duka. Pembela kucing jalanan yg setia, pendoa pd aku dan suami. This one, mak mentua aku takde, dia sgt loud, whatever yg dia anggap sebagai obstacle, dia akan caras awal2 lagi. Tp mak aku, sangat berdiplomasi, walaupun dia tak pergi universiti, o ya dia bukan xkerjaaa dek non, even housewife pon pekerjaan okay, dia bekerja, dan retired as a boss in one of the gorvernment institution, cumanya, dia ni naik sikit2, secara amnya memang x masuk universiti, tp dia da pergi beratus2 advanced course. eh! aku emo balik pulak, cuma xnak la jatuhkan air muka mak mentua aku, dia ni bukan bos pon, just EO je, tp dgn degree. da menulis ni, baru aku perasan, agaknya dia bengang kot dia ada degree tp xjd bos, mak aku xde degree dpt pulak jd boss. tp zaman kan berbeza, polisi kerajaan pon berbeza2, rezeki masing2 la. dah2, apa2 hal pon, pada aku, carilah hikmah di sebalik setiap kesukaran tu.
yang menulis,
zal
– zal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit