“Mak, Ayah, Ampunkan Alang Ya.”

Macam mana nak mula aku pun tak tahu, berjam-jam juga aku fikir nak letak tajuk dekat atas tu. Akan ada banyak point dekat sini nanti, jadi kau orang pandai-pandailah pilih untuk ambil jadi pedoman, yang tak elok jadikan sempadan ye.

Kau orang yang baru grad dengan jayanya, mesti sibuk bina empayar hidup kan? dah fikir kereta itu, rumah ini, anak nak berapa orang, suami sado ke tak. Tapi… ada juga yang tak bernasib baik, kena struggle sikit, ada pulak yang fail total. So aku nak flashback hidup aku sendiri mana tahu kot berguna pada kau orang semua.

Aku ni dikira bernasib baik juga, masa kecik kecik mak ayah jenis tegas suruh belajar rajin so that dapat keputusan bagus then mestilah dapat sambung sekolah menengah bagus dan uni yang bagus.Ya..ya aku pun ikutlah..step by step. Habis UPSR masuk all girls school seremban kemudian habis SPM masuk UM. So, sepanjang period tu aku dah puaskan hati parents lah kiranya kan? Tapi the worst part adalah aku tak pernah suka semua tu, sampailah tahun 2 di uni, aku decide keluar. Sebab apa? sebab aku ni ada passion yang terlalu tinggi pada art ( visual art ). Aku tak lah bebal sangat akademik, tetapi aku tak boleh nak suffer lama-lama hidup untuk benda yang tak groom atau nuture aku kepada art.

Paling tragis selepas buat keputusan tu, mestilah parents kau tunjuk betapa disappointed-nya mereka sebab dah bazirkan duit untuk hantar kau belajar sini sana end up jadi freelancer a.k.a tanam anggur. Dari sini hidup aku berubah.

Awal-awal rasa dunia bebas betul. Aku bebas pilih waktu utk siapkan lukisan bila bila masa saja. Rasa nak pergi makan, aku pergi makan dengan tenang, rasa nak main game aku main game dengan tenang. Tapi tak lama… duit pun makin susut..Nak tak nak aku kena bekerja sebab nak tampung bayar apartment dan utilities. Oh masa ni aku dah berjanji tak akan minta duit parents lagi.

Hidup di bandar ni nasib banyak peluang kerja, so daripada sini aku kutip pengalaman. Kau tanya lah kerja apa aku tak buat. Basuh pinggan, tender sapu sampah, retail uniqlo, kedai jam tangan, escort artis shooting, jaga dusun, kedai jual herba ada lagi beberapa

Semenjak aku tinggalkan uni tu, sampai sekarang aku dah kerja dan 3 tahun masa berlalu, kalau buat diploma dah habis pun. Dalam masa 3 tahun ni, mestilah ada tentangan parents macam bila nak kerja tetap, bila nak kahwin, sampai bila nak melukis..Tapi tak terlalu menekan pun, sebab dalam masa 3 tahun ni lah aku yakinkan parents tentang hakikat hidup sebenarnya..Sampai diorang boleh terima yang aku ni sebenarnya unik tak macam kakak (akauantan), abg(businessman) dan adik(engineer).

Sebenarnya dalam tempoh 3 tahun tu(sampai sekarang) aku tak pernah bagitahu parents, aku pernah kena admit hospital sbb cubaan suicide, sebab aku pernah pergi HKL dan di sah kan ada manic depression.. Parents aku tak tahu pun aku hidup mcm mana dalam apartment seorang diri. Sampailah satu hari ni diaorang datang dengan mengejut tambah pula mak aku menangis-nangis tengok keadaan tong cat berterabur, kanvas sini sana, makanan berterabur dan baju seluar bersepah…Semuanya sebab nak siapkan lukisan..

Mak aku ada la cuba bawa air ustaz dan sebagainya tapi nampak macam sia-sia dan tak lut. Dia carikan aku kerja, kemas rumah, siap hantar makanan kadang-kadang, beli baju baru. Kat sini la aku explain betul betul..

Dalam tempoh 3 tahun tu aku bukannya duduk goyang kaki, ada duit yang aku dapat hasil jual lukisan dan jual tote bag. Sebenarnya, (okay ini tips untuk kaki cari kerja) aku dapat 3 tawaran kerja yang bagus tapi semua aku tolak ( GLC, private company sdn.bhd, private home tutor ). Gaji average 4000 boleh sangat kalau nak hidup dan tanggung parents.
Semua ni aku apply pakai sijil SPM. Percaya tak ? Padahal yang datang interview level degree/master. Apa aku buat senang je sebenarnya, sekarang semua benda kau boleh belajar dari internet. Dekat sinilah aku asah lidah cakap inggeris, baca itu baca ini, praktik itu praktik ini. So bila masa interview, panel

macam terkejut yang aku ni tak ada sijil degree. Macam mana aku boleh explain solution utk problem yang tak klise macam candidate lain, cadangan-cadangan yang aku suggest utk company yang sebelum ni diaorang sendiri tak pernah terfikir, diaorang tengok keyakinan aku bercakap dan ilmu spontan yang out of topic pasal field kerja. Semua tu mungkin sebab aku ni banyak juga beli buku/ suratkhabar/ majalah. Padahal suratkahabar tu aku beli nak buat lapik lantai elak kena cat je, alang alang aku baca sekali sebab tak nak tertinggal dengan dunia luar. Ditampumg pulak aku ada 6 experience bekerja pelbagai bidang, mostly 6 bulan ke atas.Itu mengukuhkan lagi kepercayaan diaorang untuk hired. Tup tup bila dapat tawaran kerja aku tak pergi pun sebab aku fikir dah selesa hidup macam sekarang.

Pasal interview lagi satu hal, aku marah betul calon degree datang dengan etika pakaian tak betul, baru kelam kabut nak susun resume, malu-malu nak bercakap masa group task padahal dekan ni, overconfident la, bawa fake degree la, macam macam lagi. Persediaan memang ke laut, ni bersungguh ke tak nak cari kerja. Aku pulak yang bersungguh-sungguh study itu ini, padahal aku nak penuh syarat je cakap kat mak, aku pergi interview kerja. Tapi sebab terlebih rajin aku korban duit beli baju kurung, kasut kulit, buku Photoshop for dummies, business for dummies, mcm-mcm dummies lagi. Padahal masa di uni tu semua bukan bidang aku, yang certain calon ni selamba datang pakai sport shoes, baju tak tuck in, rambut tak kamas haish mcm ragam lagilah.Tapi rezeki juga sebenarya. Eh rezeki tak rezeki la, kau ingat datang interview pakai skirt nak masuk zouk kelakar ke.

Ok tinggalkan part tu, maka hidup aku pun continue macam biasa. Kadang – kadang jumpa kawan lama yang dah success (aku ok je), hadam mulut jiran (pun ok je), cuma aku kasihan dekat mak dengan ayah sebab aku tak boleh bagi duit ribu-ribu mcm adik beradik lain, dioarang kena berdepan dengan kata kata mak cik dan pak cik saudara sebab diaorang ingat aku ni dah separa gila, andartu meroyan, mcm mcm lagi bernanah telinga kalau kumpul ni.

Sampai aku sendiri termakan juga kata kata jahat ni, betul ke aku gila. Kadang-kadang bila fikir balik, aku ni tak lah gila sangat kot, cuma aku ada prinsip dalam hidup yang aku nak pertahankan sampai mati kalau boleh, ye lah berapa ramai sangat yang sanggup hidup cari makan guna benda art, berapa ramai sangat sanggup bela gelandangan, berapa ramai sangat sanggup hidup tanpa astro, berapa ramai sangat sanggup hidup menyewa, berapa ramai sangat sanggup hidup tak ada kenderaan, berapa ramai sangat sanggup nak ubah gaya berfikir masyarakat melayu, berapa ramai sangat sanggup hidup tanpa kekasih, berapa sangat sanggup hidup mati dia demi menjadi contoh bukan setakat pum pam pum di fb. Tak ramai yang sanggup sebenarnya. Silap silap satu hari aku pun boleh termakan kata kata sendiri. Manalah tahu dah dapat kekasih mesti nak kereta, bila nak kahwin mesti nak ada rumah, bila ada flat mesti nak banglo, bila ada anak mesti nak kena ada astro, bila nak tu nak ni..maka lama lama aku pun selesa dan hidup mcm orang lain. maka aku pun mencetak kembali melayu berpuluh tahun dulu-dulu. Dah tua sikit mesti aku menyesal tak buat apa yang aku suka, mesti aku menyesal tak mati mcm picasso, da vinci, plath, hemingway, nietzsche, kant dan lain lain. secara tak langsung art aku tak ada meaning lagi. dan bila aku tak depressed yang pasti work aku takkan siap (mcm overly attached pun ada).

Berkat doa dan redha mak & ayah, sekarang aku rasa senang buat kerja semua, takda rasa bersalah lagi, takda rasa takut takut lagi (jangan ingat aku makin kaya, tak adanya, klise gila). Aku cakap aku akan terus mcm ni yang penting mak & ayah aku redha. Aku tanya diaorang,

” Mak, ayah, kalau alang mati miskin dalam apartment sorang-sorang, mak ampunkan tak semua dosa dan kesilapan alang?”

Mak aku senyum je, usap-usap pipi. Ayah buat-buat tak dengar sambil nangis. Pastu tunjuk peace. Ok la tu kot.

– minah suka art

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit