Assalamualaikum.
Bila terbaca confession bertajuk Aku Bukan Anak Tunggal, terus aku terasa nak berkongsi juga dengan dengan pembaca lain kat luar sana. Moga bermanfaat untuk semua ye.
Aku ni adik beradik memang ramai. Kakak, abang, adik lelaki perempuan semua ada. Memang cukup lengkap. Tapi bila masing masing dah dewasa dan berkeluarga, semua bekerja dan bina kehidupan jauh (negeri lain) dari mak ayah. Tinggalla aku dan seorang abang je di negeri yang sama. Daerah yang sama. Mak ayah walaupun anak ramai, dalam usia tua ni hidup berdua je. Tapi syukur alhamdulillah, mak masih sakit, dan ayah walaupun ada temujanji berkala di hospital, masih kategori sihat. Masih boleh ke masjid dengan mak 5 kali sehari, masih boleh bawa motor dan kereta sendiri.
Walaupun mak ayah hidup berdua, dorang ok. Dorang faham anak ada komitmen kerja, dan bina kehidupan sendiri di tempat lain. Dan alhamdulillah, adik beradik aku ni bukanla nak puji bagus, tapi dorang ingat dorang amsih ada mak ayah di kampung. Balik beraya, balik masa cuti sekolah, stil balik kampung sekurangnya 2,3 kali setahun. Dorang pun contact mak ayah, kol bertanya khabar dan tiap bulan masukkan duit belanja untuk mak ayah. Alhamdulillah, mak ayah berjaya didik anak anak dorang.
Bagi pihak aku pulak, walau dah berkahwin, aku tinggal berdekatan je dengan mak ayah. Setiap hujung minggu boleh balik jenguk dorang. Kalau ada apa apa hal mak kol, otw balik kerja boleh singgah rumah mak ayah. Dan alhamdulillah jugak, aku dapat suami yang beri aku sepenuh kebebasan kalau apa apa hal berkaitan mak ayah. Kalau mak tak ada kat rumah, suami benarkan aku balik tidur temankan ayah. hujung minggu pun kalau ada je apa hal yang berkaitan mak ayah, tak pernah suami halang apa apa. Kebetulan aku masih takde anak, so keadaannya jadi lebih mudah.
Kalau nak dibandingkan dengan adik beradik yang lain, aku cuma mampu beri tenaga je untuk berbakti dekat mak ayah. Aku tak mampu nak bagi mak ayah kemewahan dari wang ringgit macam adik beradik yang lain. Tapi syukur jugak dorang tak pernah berlagak walau lebih senang. In fact dorang selalu berterima kasih kalau aku yang temankan ayah ke hospital, yang boleh mak ayah bergantung harap. Dorang berterima kasih sebab aku dan abang ada untuk jaga mak ayah. Dorang jauh. Hanya boleh dapat berita dari jauh.
Mak ayah pun kadang kadang ada merungut if ada adik beradik aku yang lama tak kol. Jadi dah tanggungjawab aku untuk pujuk dorang. Selalunya aku akan cakap maybe dorang sibuk, tak sempat nak kol ada kerja itu ini. Dan tindakan aku seterusnya aku akan bagitahu terus mana mana adik beradik aku yang disebut nama oleh mak ayah aku ni. kadang aku bagitahu personal. Kadang aku umum je kat dalam wasap group family..”mak cakap …. dah lama tak kol..” so 2,3 hari lepas tu bila aku tanya balik mak ayah, ada tak adik beradik aku ni kol? selalunya memang adalah. Apa apa yang berkaitan dengan kesihatan mak ayah, memang aku selalu je update di wasap group supaya semua orang tahu dan ada info. Alhamdulillah, semua anak menantu ambil berat kesihatan mak ayah.
Secara umumnya, anak anak ni sebenarnya bukan tak sayang mak ayah. Tapi lalai, dan lupa. Sebab sebuk dengan tuntutan kerja dan menguruskan keluarga etc. Jadi di pihak mak ayah pun kenalah selalu berbaik sangka dengan anak. Dan di pihak anak sendiri, janganla terlalu leka dengan hal peribadi, ingatla mak ayah yang sunyi di kampung. Masing masing kena tahu tanggungjawab masing masing. Janganlah ingat ..”oh aku dah bagi duit, takpelah tak kol atau tak balik pun..”. Pemikiran macam tu memang tak sepatutnya ada. Dah namanya orang tua, setakat manalah sangat nak guna wang ringgit pun. Tapi kalau dengar je anak nak balik..sampainya lusa, hari ni dah siap siap pergi pasar beli lauk nak menyambut anak dan cucu balik kampung. Hatta si anak cakap anak sampai pukul 2,3 pagi pun, dinner tetap ada. Nak makan ke tidak tu dah jadi hal lain.
Begitulah sayang mak dan ayah. Dorang dah tua. Tak tahu berapa lama lagi masa yang dorang ada. Entahkan esok entahkan lusa. So kita sebagai anak, berbaktilah setakat mana yang termampu. Kalau tak mampu dengan wang ringgit, berbaktilah dengan kudrat yang ada. Jangan sampai hanya mampu menangis bila dorang dah tak ada. Sekian.
Terima kasih kerana membaca..
– Anak Mak Ayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit