Mak Cik Aku Perawat/Bomoh Juga

Assalamualaikum semua. Tadi aku baca pasal confession pak cik dia bomoh, (https://iiumc.com/pak-cik-aku-seorang-bomoh/).

Ni aku nak cerita pasal mak cik aku pulak. Mak cik aku seorang yang berpelajaran tinggi dan pernah tinggal di negara barat.

Beberapa tahun yang lepas, salah seorang ahli keluarga kami ditimpa penyakit dan doctor pun dah diagnose sakit tu.

Tiba2 makcik aku ni dapat anugerah untuk mengubat orang. Dia mula la mengubat sedara aku ni dan katanya dibuat orang.

Okay, aku nak cerita pasal makcik aku dulu. Mula2 dia cakap dia dapat pedang untuk hapuskan segala jin yang mengganggu manusia. Tapi kitorang semua tak nampak la pedang tu.

Lepas tu tiba2 dia boleh berkomunikasi dengan seorang wali Allah. Bila dia berubat orang tu dia akan jadi wali Allah tu.

Kiranya wali Allah tu masuk dalam badan dia la. Ni aku dah start pelik dah. Tapi, makcik aku tu memang menggunakan ayat2 Al-Quran semasa mengubat orang.

Yang lagi pelik, dia cakap yang masuk badan dia tu roh wali Allah. Tapi, orang yang meninggal kan dah terputus segala urusan dia di dunia ni. Mana boleh balik2 lagi.

Berbalik kepada saudara aku tu, makcik aku ni pulun la mengubat. Macam berlawan2 power pun ada. Dan ditakdirkan saudara aku tu pun meninggal.

Family aku semua tak habis2 menuduh orang itu ini yang buat saudara aku tu sampai meninggal. Dah jatuh fitnah.

Yang aku tak suka, setiap kali orang datang nak berubat mesti kena buatan orang. Kan tak baik fitnah2 orang macam tu.

Pelik aku sebab semua adik beradik makcik aku percaya dengan dia. Adik beradik aku pun ada juga yang percaya dan ada yang 50-50 juga.

Sampaikan ziarah rumah orang pun, bila makcik aku tak bagi sentuh makanan kat rumah orang tu sebab dia cakap orang tu ada letak guna2 kat makanan tu, semua percaya dan tak makan.

Kesian tuan rumah tu. Kecik ati dia. Dah jatuh fitnah lagi.

Kadang2 pelik jugak. Ada jugak yang dia berubat tu mengena. Maksudnya berkesan la. Macam ada yang datang sebab ada penyakit hospital, berubat dengan dia boleh pulak baik.

Entahla aku pun bingung nak percaya ke tak. Dah sakit hospital pun dia boleh ubat, baik dia jadi doctor. Hahahahaha.

Ada jugak orang yang berubat tu bila datang, makcik aku tau latar belakang orang tu contohnya orang tu ada kebun, bapa dah meninggal, kerja apa semua. Betul pulak tu.

Tapi aku ada terbaca seorang ustaz dari indonesia punya article. Dia ada berjumpa dengan perawat yang claim wali Allah masuk dalam badan dia dan boleh tahu latar belakang orang, masa silam orang semua.

Tapi, ustaz tu kata yang masuk dalam badan dia tu adalah jin atau iblis dan bukannya wali Allah. Sebab jin dan iblis hidup dah lama dah. Jadi dia tau salasilah keturunan kita.

Ustaz tu cakap kalau roh orang alim boleh balik, boleh la roh2 nabi dan rasul tu balik dan kita pun boleh bincang permasaalahan atau kemusykilan agama dengan Baginda. Dah takda kepincangan lagi. Betul jugak kan.

Aku pelik sangat macam mana la makcik aku boleh pecaya dengan benda2 gini. Nak ikutkan, lama juga dia tinggal di luar negara dan berjiran denga mat saleh. Macam mana la boleh ada fikiran begini.

Entahla labuuuu..

– Bidari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *