Mak Cik Buntu

Assalamualaikum

Makcik harap admin siarkan confession makcik ni sebab makcik sangat2 perlukan pandangan dan pendapat pembaca senua.

Makcik tak pandai nak intro2 ni…cuma nak bgtau makcik dah hampir 20 tahun berkahwin…suami makcik pon dah hampir 4 tahun bersara..anak2 masih sekolah rendah sbb makcik dpt anak lambat..makcik dah kerja 20 tahun sbg kkitgn krjaan..gaji pon ok la cuma ada byk komitmen.

Tahun pertama perkahwinan pakcik dh buat onar. Kami sewabeli sebuah kereta baru. Oleh kerana gaji suami lebih kecil berbanding gaki makcik maka makcik bantu dia. Makcik bagi dia duit untuk bayaran bulanan kereta. Tup2 hjg tahun kereta ditarik oleh pihak bank…9 bulan tak berbayar ko…so makcik macam konpius la kan…mana pergi duit yg makcik bagi tiap2 bulan tu…pakcik cakap dia tak bayar dan menyalahkan makcik. Katanya makcik la punya pasal…asik nak jalan2..laaa mana la makcik tau dia ada maslah kewangan..dia tak pernah cerita dgn makcik. Kesudahannya nm makcik blacklisted dan terpaksa bayar bulan2 kepada bank. Makcik la yang bauar sampai setel n nama dibersihkan…pakcik tak bantu pun. Makcik msh bersama dia atas alasan suka duka susah senang bersama…kan…makcik fikir takpe la bagi dia peluang. Lagipun takkan sebab ni kami nak bercerai. Ape plak kata keluarga kami nanti..ok. makcik fikir positif..mana la tau esok2 pakcik berubah dan tak buat lagi.

Tahun demi tahun berlalu. Makcik masih menanggung sebahagian besar kewangan isi rumah. Tak kisahla tu kan..adatla..gaji pakcik tak mampu nak tanggung semua. Selalu juga pakcik minta duit belanja dr makcik.

Akhirnya pakcik pon tamat tempoh perkhidmatan. Pakcik walaupon dah bersara tapi beliau masih belum terima pencen bulanan. Bila makcik tanya dia jawab “entahla…saya pun tak tau..” ok makcik pon diam…kang kalau makcik tanya lebih2 makcik juga yg sakit hati. Nafkah makcik dlu masa pakcik masih berkhidmat dimasukkan ke akaun makcik…taklah banyak tapi syukur la ada..tapi selepas pencen tiada lagi wang dimasukkan ke akaun makcik. Pakcik pon culas memberi nafkah dan duit belanja. Ada juga la sesekali pakcik bagi duit. On off…tapi selalunya mmg kerap sangatla off nya…

Selepas bersara, makcik ckp dgn dia x payahla kerja…jaga dan uruskan sajalah anak2 sekolah…ok..dia setuju. Ok la senang hati makcik ada org uruskan anak2…dapatla makcik bekerja dgn hati yang tenang. Give n take. Makcik kerja dia urus anak2..

Pakcik semasa masih berkhidmat ada membeli sebuah kenderaan 4×4 atas nama makcik…makcik relakanla kan…sayang pakcik kan…lagipun takkanla pakcik nak aniaya makcik. Walaupun pernah ada sejarah kereta ditarikbalik kerana tak berbayar.

Baik..semua berjalan seperti biasa…rumahtangga ada ups n downs..kebanyakannya kerana soal nafkah ni la…makcik dah mula mempersoalkan kenapa pakcik tak bagi nafkah…memang ada ketika dia berbelanja tapi sesekali…tak la sampai beratus. Minyak kenderaan ulang alik dan makan di tempat kerja serta barang keperluan makcik semua makcik tanggung sendiri.

Semuanya bermula pada tahun lepas. Makcik mula dihujani dengan panggolan dari nombor tak dikenali. Nombor KL. Dia call pejabat tempat kerja makcik banyak kali. Akhirnya tak tahan asik berbunyi je dan malu dgn staf pejabat makcik pon jawab. Panggilan dr firma guaman yg mewakili pihak bank pinjaman kenderaan 4×4 yg pakcik beli atas nama makcik. Tunggakan berjumlah ratus ribu. Lebih kurang 36 bulan dari tarikh pembayaran akhir. Makcik pon buatla kira2..jumlah itu berpadanan dengan tahun pakcik mula bersara. Maknanya pakcik dah mula tak bayar sejak tarikh bersara. Tapi…pakcik tak pernah bercerita dgn makcik. Makcik tau dr pihak guaman ni la yg call makcik. Berderau juga la darah makcik…aduhaiii kenapa jadi lg ni?

Makcik dinasihatkan oleh peguam untuk buat bayaran secepat mungkin. Kalau makcik gagal langsaikan hutang tertunggak tu makcik akan dikenakan tindakan undang2. Makcik pon tanyala pakcik tapi jawapan pakcik sangatla mengecewakan…tak tau nak cakap apa katanya. Maka pokok pisang pun berbuah 2 kali. Makcik kerap bertekak dengan dia tentang hal ni. Dia tidak meminta maaf atas apa yang berlaku. Mintak maaf pon sebab makcik cakap dengan dia..makcik suruh dia minta maaf..tapi tak nampak penyesalan pun d situ. Pakcij berlagak seolah2 tiada apa yg terjadi. Dan seolah2 memang patut makcik yang selesaikan semua ini.

Peguam telah rujuk kes makcik ke 1 bank ni yg boleh tolong makcik buat pinjaman utk langsaikan tunggakan tu. Setelah beberapa perbincangan makcik pon setuju untuk buat permohonan pinjaman. Makcik terpaksala sbb kalau tak nnt nama makcik akan blacklisted lagi. Makcik dah tak boleh bayar secara ansuran. Buat masa ni makcik masih menunggu jawapan sama ada permohonan pinjaman makcik itu diluluskan atau tidak.

Apa yg makcik nak cakap ialah hati makcik dah tak boleh terima apa yg dia buat ni. Makcik rasa dah tak redha. Hati makcik dah tawar. Makcik sedih dengan apa yang berlaku. Kenapa la pakcik buat macam ni? Kenapa dia biarkan perkara ini berlanjutan? Dia tidak pernah ambil tahu tentang pinjaman yg makcik perlu mohon ni. Tak pernah beri kata2 semangat pada makcik yang nampaknya kena hadapi benda ni sorang2. Tak minta maaf. Allah…makcik rasa keseorangan dlm dunia ini. Makcik kena langsaikan hutang yg bukan makcik buat. Bila pakcik belek2 telefon makcik…tengok makcik wassap dgn siapa dh tentu dia akan jumpa wassap makcik dgn peguam dan pegawai bank tu. Tapi dia tak pernah tanya perkembangan kes ni..bagaimana perasaan makcik..sedangkan ini semua terjadi disebabkan dia. Makcik tak tau apa nak buat dah..makcik kena hadap masalah ni sorang2. Makcik dah tak boleh nak tengok muka dia bila mengenangkan dia dah tak bagi nafkah. Dan langsung tak peduli dengan struggle makcik nak selesaikan tunggakan hutang yang dia buat.

Makcik buntu. Makcik perlukan pendapat korang.

Sekian.

Makcik

– Makcik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *