Assalamualaikum semua. Saya mahu meluahkan rasa terkilan yang amat sangat dengan kejadian yang berlaku di depan mata saya. Kisah ini mengenai kezaliman, mengenai wanita-wanita yang kita panggil ibu… hatta yang kita panggil nenek.
Ia berlaku di sebuah gedung ilmu di pinggir ibukota.. masyhur universiti ini… berjenamakan Islam dan Antarabangsa. Disinilah berkumpul ilmuan dan cendiakawan muslim mencurah ilmu bukan sekadar untuk anak bangsa negaraku Malaysia bahkan untuk generasi muslim seantero dunia. Top management begitu lembut lidah mengumandangkan slogan work for ummah.. Tapi sayang seribu kali sayang…
Pada pagi Jumaat yang kudus, makcik-makcik cleaner yang sebaya dengan ibu-ibu kita… malah nenek-nenek kita diberitahu, makcik kena berhenti kerja! Isnin hari last! Semudah itu… mereka dihalau pergi… setelah kudrat dan keringat mereka diperah… membersihkan jamban-jamban kita… mengutip sampah-sampah kita… Kini mereka tidak diperlukan lagi.
Bagilah peluang, rayu tangis makcik-makcik tua ini… setidak-tidaknya sebulan dua lagi… manalah kami nak cari kerja lain… terkejut sangat macam ni, kami ni miskin…. dah tua tak ada apa-apa… hanya ada sisa kudrat untuk mencari rezeki. Rayu tangis makcik-makcik cleaner ini tidak diendah pun. Malah, mereka disuruh sign surat berhenti, alangkah, oh alangkah kejam… mereka yang ada ic disuruh sign surat berhenti.
Saya nak tanya untuk apa??? Untuk apa?? Supaya majikan tak perlu bayar pampasan… atau mungkin saja majikan tak perlu bayar gaji mereka bulan ini, ia kan… sebab mereka yang berhenti tanpa notis… bukankah mereka sendiri yang sign surat berhenti. Siapa pula yang sudah merancang awal- awal lagi menyediakan surat berhenti ini? Dan kenapa ditunggu hingga ke hujung bulan baru diberitahu ?
Selama ini cleaner yang diambil bekerja ramai yang tiada ic pun… pelik kan, universiti ini sangat berpengalaman mengambil pensyarah international dan pelajar international. Management Universiti ini sangat tahu peri pentingnya dokumen pengenalan diri.. permit kerja.. Tetapi bila pihak maintenance mengambil cleaner yg tiada ic… kenapa diam sediam-diamnya? Jadi apa tujuan mengambil cleaner yang tiada ic, hah?
Bertahun-tahun lamanya cleaner bekerja pada hari krismas, pada hari deepavali, pada tahun baru cina. Semua kelas dan pejabat dikunci pada public holiday… tapi makcik-makcik tua ini dipaksa juga datang bekerja tanpa dibayar OT. Bertahun-tahun lamanya cleaner dibayar gaji hari… walaupun sakit, dapat mc… jangan mimpi boleh cuti, mesti dipotong gaji.
Bertahun-tahun lamanya cleaner datang bekerja pada hari sabtu.. apalah salahnya.. bagi mereka berehat.. kamu yang berpangkat sajakah perlu rehat? Kamu yang cerdik pandai sajakah perlu rehat? Mereka dapat cuti 2 hari saja pada hari raya… dan bonus 40 ringgit! Ya, hanya 40 ringgit!
Jangan bagi alasan, management universiti tak tau… ini urusan contractor. Contractor hanya orang tengah… Sah-sah cleaner ni bekerja di premis kamu, depan mata kamu bersihkan tempat kamu. Boleh nampak terang benderang contractor menzalimi makcik cleaner.
Muslihat jahat contractor untuk menggandakan profit adalah dengan membuang cleaner yang ada ic. Cleaner yang tiada ic lagi senang dibuli… gaji murah, takde epf takde apa2 benefit pun dan for sure tak berani nak mengadu kemana-mana.
Management universitilah yang patut bertindak, yang selama ini mendendangkan slogan taman ilmu dan budi! Disini berkumpul yang arif-yang arif tentang labour law, tentang contract. Tak bolehkah buat contract yang jelas dengan contractor bahawa cleaner yg contractor hire berhak mendapat hak-hak pekerja yang adil!
Jangan pula bagi alasan nak cut cost. Selama ni universiti sanggup bayar berjuta pada contractor. Tak perlu jadi profesor ekonomi untuk figure out cara yang efektif untuk berjimat adalah dengan mengurangkan perbelanjaan terbesar. Gaji 10 orang cleaner masih jauh lebih rendah berbanding gaji seorang executive director atau gaji CEO Holdings atau gaji GM Daya Bersih.
Jadi apa kata bekukan increment executive director, CEO Holdings dan GM Daya Bersih daripada membuang makcik-makcik cleaner ini. Try potong gaji dan elaun executive director, CEO Holdings dan GM Daya Bersih… tak perlu banyak, 5% pun cukup… boleh guna peruntukan tu untuk beri pampasan kepada pekebun-pekebun yg dibuang beramai-ramai bulan lepas.
Kalau ada alasan makcik cleaner dan pekebun dah tua, lebih had umur… maka berasa malulah. Ceramah agama setiap hari, khutbah jumaat setiap minggu… makcik tua yang seusia ibu dan nenek kita pun tak mampu disantuni.
Saya tak tau nak cakap macammana lagi… mana rasa kemanusiaan anda???
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit