Mak Cik KL Sentral

Hai pembaca IIUM Confession. Sebelum ni aku jadi pembaca jee, tapi kali ni aku nak share story jugak supaya korang yang lain berhati-hati dan cerita ni dijadikan ikhtibar. Tak tau la kalau sebelum ni ada confessor yang dah ada share pengalaman yang hampir sama macam aku ke tak..

Story pasal, kene tipu dengan sorang mak cik ni kat KL Sentral.

Kejadian berlaku 22 Disember 2016 (Khamis)

Aku kerja kat KL, rumah mak abah kat utara Malaysia, jadi sejak ETS da ada, aku memang naik ets je la. Mudah, dekat pulak tu stesen keretapi dengan umah kat kampung. Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian, tiket train aku pukul 8 malam, tapi disebabkan beberapa hal, kui 5 petang da aku tercongok kat KL Sentral tu. Maka, berkampung la aku kat sana.

Dalam pukul 7 lebih ni, aku nak charge phone lepas balik dari surau, then aku bersidai la kat tepi dinding yang ada plug, tetibe ade la sorang mak cik ni datang kat aku…’Nak, makcik duduk sini boleh?’ aku senyum je la an…makcik ni nak tunggu train juga la kot, beg sandang satu, beg kain satu ngan kfc satu plastic…bekal atas train kot…

Tetibe dengan ramahnye mak cik ni mula bercerita, ‘Makcik ni ada buat rawatan kemo kat KL ni, sekarang ni nak balik Penang…Aku ni yang tadinye lemau malas nak bukak mulut, tetibe macam.’Apa? kemo? Sorang-sorang…ke KL..? Biar betol??? Takkan la tak ada yang neman? Anak makcik ke?’

Serius weyh, aku jadi concern gile…sebab nak dijadikan cerita, masa tu pun aku tengah sakit..tapi tak la sakit sampai kene kimo..just badan ngengade je…ingat nak g tapau kepCi tadi..tapi tak lepas, sebab tak boleh nak berdiri lama, rasa nak pitam. Daripada pitam, buat drama kat KL sentral tu, baik aku duduk dendiam je sampai train sampai.

Bile mak cik ni cerite pasal die sakit, aku ni jadi tertumpah kesian la.. aku pun stat la layan die bersembang, anak makcik mana? Kenapa datang sorang-sorang… Katanya, anak die kerje kat Abu Dhabi, syarikat minyak..die ada sorang anak je, laki da meninggal masa anak die 4 taun. Sekarang sorang-sorang. Tengah cari menantu tuk anak die.. naaa sesape teringin nak jadi menantu mak cik hantu ni, g la cari kat kl sentral tu, kot la berjodoh. Lalalla

Pastu mak cik ni kata, die datang KL hari selasa lagi, hari khamis tu die da boleh balik da, tapi tadi die g la jenjalan kat KL..tetibe die pitam, sedar sedar ada kat HKL,, handphone, wallet, duit, IC kad bank sume lesap….hahhaha, kalau korang, mesti korang cakap, mak ai, Nampak nau nipu, lepas habis kimo, boleh plak g jenjalan…….tapi aku percaya kot weyh…itu la hakikat nya.. then makcik ni mintak tolong, die nak pinjam duit.. kepala aku pun berfikir…aku ni bukan la kerja kerajaan, 20 hb da masuk gaji…aku ni kerje swasta, yang tengah bulan sengkek..nak balik kg pulak ni….

Aku cakap la, aku nak tolong tu boleh, tapi aku tolong mana yang mampu la ea makcik…sambil tu sambung la sembang sembang, die cakap dua minggu sekali die akan ke kl, pegi hospital. Aku cakap la, nanti kalau datang KL rojer la, kalau kalau nak tolong apa yang patut.. aku ni tak kaya nak tolong dari segi kewangan , tapi kalau nanti datang KL, tak da yang teman, boleh la call aku…pastu die cakap, die tak beli tiket balik penang lagi…pastu aku offer la nak pegi belikan. Die cakap tak apa, die suh aku bagi RM200, t die beli tiket sendiri.. RM200 tu kira nak pakai untuk beli tiket balik, pastu nak naik teksi sampai rumah pulak…aku pun congak-congak la dalam kepala…tiket KL Sentral ke Penang(Butterworth), kalau ETS dalam RM50 lebih, nak naik teksi lagi, mak cik ni kata esok nak buat polis report ngan buat kad bank lagi kne pakai duit…..aku cakap boleh… tapi aku kena pergi cucuk duit dulu..

Tapi aku still lagi lepak kat situ sambil charge phone…Mak cik ni kuar kan buku nota kecik ngan pen, minta nama penuh aku, no talifon ngan no akaun sebab nak bank in nanti. ..sambil sambil tu makcik ni beramah la, tanya aku kerje ape, mak ayah kerje apa, aku nak balik mana… mule nak buat menantu la konon, aku tolak, pastu nak buat anak angkat la pulak..aku layankan je..mak cik ni, gaya die, dari duk bersila sampai da melunjur kakinye.

Pastu sebab da lewat, aku pun risau tiket habis, mak cik ni nak balik umah die, aku pun gerak la…aku cakap, mak cik tunggu dulu ea, saya nak turun whitdraw sat. Pastu mak cik tu cakap, tu kat situ kan ada atm machine…sebab aku pakai maybank, aku tak penah perasan lak ada atm machine kat celah tu..pastu makcik tu sambung lagi, kalau pasal charge singgit 6 sen tu, nanti makcik bank in la sekali..eah eah, macam tu pulak mak cik ni cakap.. Aku ni malas nak pikir, aku pun pegi la cucuk kat situ. Dalam kepala berfikir, dalam wallet ada seratus lebih, bawak keluar extra la.. Nanti balik kg, tak payah nak withdraw da.. aku pun g la cucuk rm200. Dua ratus bagi makcik ni, lagi seratus backup aku..

Aku balik g jumpe makcik ni, aku hulur dua ratus, pastu makcik ni kata, macam tak cukup, dia mintak lagi seratus…aku dengan cepat nye terus hulur…kepala aku waktu tu kosong, main hulur je…mana makcik tau aku withdraw lebih ni…adu du duuuu…pastu, die pun bangun nak gerak da, die cakap die nak ke TBS..ambik bas…kata nya senang, sebab rumah kat Balik Pulau, kalau turun Butterworth macam jauh sangat pulak..Sebelum tu die minta aku RM5, duit kecik..Aku hulur lagi…Bangun, siap salam salam, peluk peluk, cium cium..die janji esok die bank in balik duit aku…pastu die sambung, ‘nanti makcik bank in rm300 la ea..RM5 ni makcik x bank in’…cakap sambil sengih sengih…then makcik ni pun blah…

Blah je makcik ni, aku baru macam sedar..weyhhh aku kene tipu ke apa tadi ea…monolog dalam diri..aku pm bff aku, akak aku, ngan sepupu aku, sebab tiga orang ni, respond sangat pantas, masa masa nak meluahkan perasaan ngan minta pendapat macam ni…tiga tiga cakap aku kne tipu, jam pukul 8 da, train da sampai da ni…sepupu aku siap cakap lagi, ramai da kene kes macam aku ni kat Kl Sentral tu. Die mule nak bising kat aku sebab baik sangat,senang sangat percaya, tapi tak jadi, sebab kesian..kesian la weyh, da la kne tipu…aku jadi tak tau nak buat apa…kepala aku kosong..jasad aku je yang bergerak…Bangun, pegi naik train, train pun bergerak bawak aku balik kampung…Sepanjang atas train tu aku pikir pasal apa yang jadi kat aku tadi.

At last, tiga tiga yang aku pm tadi positif kan aku, semua cakap ada sebab kenapa jadi kat aku, ada sebab kenapa aku senang sangat menghulur, ada sebab kenapa dalam ramai-ramai aku yang terpilih..dan ye, memang ada sebab..tapi biar aku je simpan apa sebab die..aku sampai kg, aku nak cerita kat mak abah aku, tapi aku takut mak aku bising…jadi aku hold dulu, lagipun da lewat malam…esok nye, tengah tengah santai ngan mak aku, akak aku yang second sambil tengok anak- anak buah aku main, aku pun story, tapi aku cakap kat mak aku, aku kasi rm50 je..bukan RM305… Mak aku bising mula mula, macam yang aku agak, pastu akak aku cakap, takpe la dik, kalau betol die susah, moga yang hang hulurkan tu dapat meringankan die, tapi kalau die tipu, bukan kite yang nak hukum die. Mak aku, nasihat die, suh aku jaga jaga je la lepas ni.. Jangan duduk kat tempat tersorok yang jauh dari orang kat KL Sentral tu… Duk kat tempat yang disediakan…. Baik mak, orang dengar cakap mak.

Aku ambik masa nak tulis cerita ni, sama ada nak cerita ngan korang ke tak, kot korang semua dah tau sindiket menipu kat Kl Sentral ni…Aku je yang tak tau…Tapi akhirnya aku tulis jugak cerita ni. Aku tulis confession ni atas satu sebab je, supaya yang baca semua ni akan lebih berhati hati, berjaga-jaga, tak kira la korang kat KL Sentral ke kat mana. Orang macam makcik tiga ratus 5 ringgit ni merata. Golongan ni la yang membuat kan aku jadi seram nak tolong orang. Ada banyak golongan yang meminta ni, samada, nak menipu , betol betol terdesak, atau meminta untuk membantu orang lain. Tapi, kita golongan yang memberi ni, kalau yang Islam, biar lah Allah yang uruskan,kalau yang skeptikal tak nak tolong tu,takpe tak tolong, tapi jangan la menghina pulak orang tu. Kita ni mungkin duduk dalam bumi yang sama, negara yang sama, tapi masalah yang masing masing galas tak sama, semua dalam situasi yang berbeza. Aku pun sekarang tengah dalam proses pujuk diri yang duit tu memang da hangus da, tak payah nak mengharap check internet online kot kot ada duit masuk…redha je la nak…huhuhuu.

Adios U all

– budak 305

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit