Assalamualaikum WBT. Thanks admin sebab sudi siarkan confession aku ni. Pengenalan, aku ni dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Asian economy crisis tu sangat bagi kesan yang sangat signifikan dalam keluarga aku. Aku seorang lelaki yang masih lagi dalam pengajian di IPT awam, yang penting bukan UIA.
Aku dibesarkan dalam suasana kampung. Best weh, masa kecik dulu aku akan bangun awal pagi, terus mengaji. Sebab nak tengok kartun kat TV. Prinsip abah dan mak aku, selagi kau tak mengaji, selagi tulah diharamkan pasang TV. After tengok movie, aku akan pergi memancing, main guli, main kejar-kejar, main layang-layang dan banyak lagi aktiviti yang aku buat. Aku akan balik masa lapar dan solat. Tapi bab solat ni selalu ke laut lah. Alhamdulillah, lepas a few years struggle financially, keluarga kitorang dah stabil sikit. Kalau dulu, kadang lauk pun takdak, sekarang alhamdulillah.
Abah aku datang dari keluarga yang agak broken. Datuk aku meninggal masa dia sekolah rendah. So bonding antara dia dan adik beradik dia memang superb. Till this day aku sangat respect abah aku dalam bab tu. Apa-apa yang jadi, family will always come first. Masa kecik, nenek aku kahwin lain dan start dari ni lah banyak sangat drama dalam keluarga aku. Basically, diorang kurang kasih sayang sebab datuk tiri ni, tak function. Abang abah aku berhenti sekolah sebab nak tolong nenek tanggung keluarga, ayah aku dan adik-adik dia pulak kerja jual kuih. Pusing satu kampung dan jual kat sekolah.
Satu hari, abah aku pergi ke rumah pakcik dia, dan keluarga belah pakcik dia ckp “Tulah si H tu, kurang kasih sayang, so menagih dengan kita je’. Sapa weh yang tak broken bila keluarga sendiri cakap gitu. Tapi, one thing yang abah aku buat, dia ignore. Dia tetap jugak pergi ziarah pakcik dia sebab dia rapat dengan all his cousin. Sampai besar dan ebranak pinak, abah aku selalu ajak pergi rumah adik beradik dia. Aku kadang rasa rimas, but to be honest, benda ni mengurangkan ke”awkward”an aku dengan adik beradik abah aku. Yelah, selalu jumpa masa raya je. Bukan macam belah mak aku. Kalau raya semua dok kat rumah pakcik aku sebab atok dan nenek aku dok dengan pakcik aku tuh. Sebabkan faktor takde ayah tulah yang buatkan dia ni sangat hargai ahli keluarga dia. Ada kes, cousin dia bercerai, tapi kitorang masih lagi rapat dengan ex wife cousin dia tu. Sebab prinsip abah aku, once family, will always be a family
So, dipendekkan cerita, one day pakcik aku, which is adik abah aku datang rumah. Tak silap aku darjah lima masa tu. Dia kahwin dengan orang yang latar belakangnya pun orang susah. Pakcik aku ni pun membesar dalam keluarga yang susah jugak. Tapi, dia pandai dan sambung study kat oversea. Kerja bagus. Masa makcik aku study pun, dia sponsor serba sedikit. Malam tu, pakcik dan makcik aku tu cakap nak ajak aku dan adik aku bermalam kat rumah diorang. So aku pun excited lah. Pakcik dan makcik nak ajak sleepover. Zaman aku sekolah rendah dulu, kitorang suka beli CD kartun. Kiranya makcik aku tu pinjam lah CD kartun kitorang. Kami pun bertolak pulang ke rumah pakcik aku tu. Then, they start to converse antara diorang. Pakcik aku sangat ok. Tapi ayat yang keluar dari mulut makcik tu sangat memberi kesan kat aku up till this day.
“Her face looks like she wants 50 ringgit for me”
I was stunned, tak tahu nak buat apa. Maybe she expect yang aku ni tak faham english kot, yelah budak kampung. Tapi kelas paling depan. Eventhough tak excellent, but I do understand english. Aku rasa macam nak blah je, keluar dari kereta tu sebab diorang baru gerak dalam 200 m dari rumah aku. Nasib adik aku masih kecik, kalau tak komfem dia pun faham. Aku dok diam-diam kat belakang dan menangis.
Kesan daripada AYAT dia tu, aku sangatlah insecure kalau jumpa family dia up till this day. Apa yang adik aku buat, mak aku buat aku akan tegur directly kalau kat rumah pakcik aku tu or in any occasion yang melibatkan adik beradik abah aku yang kaya. Aku sangatlah mentally abused sampai aku rasa paranoid dengan keadaan sekeliling kalau stay kat rumah diorang. Abah aku masih sama, suka ajak pergi lawat rumah diorang. Murah rezeki pakcik aku ni, sebab dia care dengan adik beradik dia. Pakcik sulung aku kena sponsor baiki rumah, aku masuk U dulu dia tolong belikan peralatan aku. Abah aku nak raya pun kena tolong pakcik aku ni. Abah aku tak mintak, tapi dia bagi. Maybe itu kot, faktor bini dia berprasangka begitu. Alhamdulillah, pakcik aku ni suka menghadirkan diri dalam program agama. Makcik aku? Ofcourse akan senyum je, mesra kalau jumpa kitorang. Aku harap sangat dia dah tak macam dulu. sakit weh, sangat sakit bila fikir benda tu. Tapi, orang kan berubah, sebabkan suami dia amatlah mendekatkan diri dengan ALLAH, makcik aku ni pun dah berhijab dan agak islamik. Aku akan doakan luka ini sembuh, sebab luka di hati tak nampak, tapi kepahitan yang dirasai tu worse dari luka. Adios. Next time aku nak cerita pasal hal sebelah mak aku pulak. Sorry sebab panjang sangat.
– Adik dah besar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit