Mak Cik PDF

Salam semua. Tertarik untuk cerita tentang pengalaman aku sendiri bersama mak cik aku sebab topik ni tengah hangat.

Sewaktu kecil, aku banyak membesar dengan ibu saudara aku. Ibu saudara aku ni nampak caring orangnya, dan dia pula tak kahwin lagi. Siapa sangka yang sebenarnya mak cik aku ni suka kaum sejenis?

Mak cik aku tak kahwin sebab dia tak minat lelaki. Tapi takde sape tahu sebab dia pernah je bercinta dengan ramai lelaki.

Oh FYI mak cik aku tu cantik tau orangnya, muka putih bersih mulus. Tapi kalau bercinta selalu tak lama sebab macam-macam alasan. Lelaki tu tak kena, serba serbi tak kena. Nenek aku positif fikir mungkin jodohnya belum sampai.

Ok sekarang straight to the point. Masa aku kecil, mak cik selalu ajak aku tidur dengannya. Mak aku pun suka, sebab mak aku ada free time dengan bapak aku. Jadi aku selalu ditinggalkan untuk tidur dengan mak cik aku ni.

Tapi waktu tidur, mak cik selalu suruh aku tidur pakai seluar pendek je. Aku follow je sebab masa tu aku sekolah rendah. Masa tidur mak cik suka peluk aku, dan aku rasa benda tu normal je.

Apabila menginjak ke sekolah menengah, aku dah mula malu-malu. Aku selalu tukar pakaian dalam bilik air. Aku malu nak berkemban depan mak sedara aku ni.

Tapi mak cik aku marah. Dia marah aku tukar baju dalam bilik air. Dia cakap tukar je depan dia. Dia cakap aku tak perlu malu sebab aku pun darah daging dia.

Lama-kelamaan, kalau nak tidur, mak cik aku marah aku pakai bra. Dia suruh aku braless. Katanya bahaya pakai bra. Yang ni aku positive thinking lagi.

Tak lama lepas tu, mak cik suruh aku tidur pakai seluar dalam je dengan t-shirt. Dia pun pakai seluar dalam je depan aku.

Masa ni aku dah rasa pelik. Apa mende dengan mak cik aku ni. Even sama darah daging sekalipun, aku masih ada aurat dengan dia. Jadi aku berkeras tak nak tidur dengan berseluar dalam je. Aku tetap pakai seluar.

Bila usia dah masuk ke alam universiti, aku perasan mak cik aku ni suka mengintai aku mandi. Bilik air kampung ni jenis takde kunci sebab kuncinya rosak. Kalau tolak je dari luar terus boleh buka.

Memandangkan aku ni duduk rumah tu dengan nenek dan mak cik je, so bilik air takde kunci ni sepatutnya tak jadi isu lah sebab 3 beranak je duduk serumah, pulak tu semuanya perempuan.

Tapi satu hari, masa aku tengah mandi, tiba-tiba mak cik aku pergi tolak pintu tu. Punya terkejutnya aku sampai aku menjerit.

Mak cik aku dengan selamba badak cakap dia nak ambil berus gigi. Weh padahal boleh je bagitau dulu atau ketuk pintu. Dah la aku tak pakai apa-apa masa tu.

Start kejadian tu, mak cik aku semakin menampakkan belang. Tiap kali aku mandi, ada je dia buat-buat sibuk nak kacau aku tengah mandi.

Aku punya trauma dengan dia sampai aku mandi pun dah pakai kain basahan. Sebab mak cik suka buat kejutan sergah masuk bilik air tiba-tiba. Kadang-kadang mak cik ajak mandi sekali. Mandi bogel lak tu. Jijiklah. Aku dah dewasa kot.

Pastu satu malam tu, mak cik cerita topik kahwin dekat aku. Mak cik aku tiba-tiba cerita tentang kahwin. Dia tanya aku nak kahwin tak? Of course lah aku nak.

Tapi mak cik aku ni hasut aku supaya jangan kahwin. Dia cerita la lelaki semua tak guna. Dia tanam dalam fikiran aku supaya aku benci dengan perkahwinan.

Aku yang innocent ni terpedaya la jugak. Sampai aku rasa lelaki semua tak guna jugak. Mak cik cakap lelaki semua nak s**s je. Pastu dah kahwin kena jadi hamba abdi lelaki.

Pastu satu hari, mak cik main tepuk punggung aku. Dia nak bergurau. Dia cakap punggung aku ni gempal. Aku cakap aku nak kurus. Tapi mak cik cakap tak payah. Badan macam aku ni seksi. Aku dengar pun aku rasa seriau.

Pastu hari lainnya ada sekali mak cik pegang dada aku masa tengah tidur. Mak cik cakap makin besar dada aku.

Aku ni confuse masa tu. Fikiran waras aku rasa aku ni dah banyak kali kena sexual harrassment dengan mak cik aku. Sebab dia sesuka hati je sentuh tubuh aku macam benda tu tak salah pun.

Sehinggalah suatu hari, mak cik tunjuk video lucah dekat aku sambil cerita topik gersang masa tengah tidur. Aku ni suci tahu tak. Aku tak pernah tengok mende tu. Tapi sebab mak cik aku pergi pengaruh aku, otak aku pun dah start jadi kotor.

Masa tu la aku jadi betul-betul takut dengan mak cik. Aku totally turn off dan hilang respect dengan makcik. Sepatutnya mak cik protect aku at all cost. Tapi aku rasa mak cik macam makin merosakkan aku.

Mujurlah aku ni wasih waras dan masih ada ilmu agama, so aku rasa Allah masih pelihara aku asbab ilmu yang aku ada.

Aku menjauhkan diri daripada mak cik sampailah sekarang. Aku elakkan diri daripada berjumpa dia. Aku totally bluetick semua whatsapp dia.

Sampai sekarang, takde sape pun pernah tahu apa yang mak cik buat dekat aku termasuklah mak ayah aku. Aku rahsiakan semuanya sendiri. Bagi aku, biarlah aku sorang je tahu dark side mak cik aku sebab family aku semua sayang mak cik aku.

Tapi mak aku hairan juga, kenapa aku tak suka dekat mak cik tu. Perlu aku cerita? Mak pun tak pernah tanya. Kalau cerita, mesti meleret jadinya. Hubungan kekeluargaan mesti jadi renggang. Aku tak nak rosakkan hubungan mereka adik-beradik.

Pengajarannya di sini, jangan percaya even dengan adik-beradik sendiri. Jangan tinggalkan anak korang tidur dengan adik-beradik korang, sebab kita tak tahu sekiranya family kita sendiri sebenarnya predator.

– Kiki (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *