Mak Cik Puaka Atau Aku Lebih Puaka?

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi sedikit luahan perihal seorang mak cik di tempat kerja aku ni.

Aku merupakan seorang juru masak di cafeteria sebuah kolej. Aku dah hampir setahun bekerja di cafe ni.

Di tempat kerja aku ada 4 orang juru masak (2 perempuan dan 2 laki2) untuk sesi pagi bermula dari jam 5 pagi hingga 2 petang. 3 orang pembantu dapur (ketiganya budak lelaki muda) dan 3 orang perempuan menjaga kuanter hadapan.

Aku anggap Kak Epal (bukan nama sebenar) sebagai ketua juru masak kerana dia merupakan pekerja senior. Ya, dia lebih senior daripada aku yang baru menginjak usia 28 tahun. Sedangkan dia sudah berusia 50an.

Aku akui yang aku seorang yang peramah dan senang bergaul. Sejak aku mula masuk kerja di cafeteria ini, aku cuba bergaul dengan semua pekerja sesi pagi. Alhamdulillah, semuanya dapat bergaul dengan baik. Namun, dengan Kak Epal ni, seakan sukar untuk aku terima.

Aku banyak dengar cerita daripada teman sekerja yang lain mengenai Kak Epal ni yang dikatakan sebagai Makcik Puaka. Malah, bos aku turut berpesan jika Kak Epal ni banyak cakap, suka marah2 or membebel, abaikan dan jangan ambil hat

i. Aku pula jenis yang mudah bergaul, terutama dengan makcik2 ni. Tapi, Kak Epal ni sememangnya ada suatu tembok penghalang.

Sedari awal aku cuba untuk berkomunikasi dengan dia, namun betullah kata pekerja2 lama yang dia ni memang cengil. Ada sahaja yang tak kena. Malah, ramai pekerja sebelum aku yang berhenti kerja kerana tak tahan dengan mulut Kak Epal ni.

Jika kami pekerja lain dapat bekerjasama dengan baik sebagai suatu pasukan, tapi dengan Kak Epal ni, entahlah. Segala peralatan dapur pasti ada khas untuk dia. Malah, tong sampah pun jadi isu yang ini khas untuk dia. Jangan di tukar-tukar. Padahal semuanya sama jenis dan saiz.

Mula2 aku boleh bertoleransi, tapi kesabaran itu ada hadnya. Dia berjaya mencungkil semula sikap kurang ajar yang telah lama aku simpan rapat agar tak kembali.

Baru2 ni, ada tempahan jamuan. Semua hidangan dah siap dimasak. Seperti biasa, kami jurumasak akan merasai dahulu sebelum di hantar kepada pelanggan. Aku rasalah sedikit kari daging yang dimasak oleh Kak Epal tu.

Ya, dagingnya sedikit liat dan terasa kurang garam dalam masakannya. Aku cuma cakap benda betul. Dia boleh mengamuk siap tengking,

“Kau jangan nak tunjuk pandai Din! Aku dah lama masak kat sini. Kau budak lagi jangan nak kurang ajar!” padahal terang2 kami bertiga jurumasak yang lain setuju daging karinya masih liat dan tawar.

Aku yang dah bingit telinga kena tengking ni terus naik angin. Yang nak diberi makan ni orang kenamaan, VIP n kita jaga nama baik bos. Aku rasa aku maki dia dengan agak kasar hari tu. Pekerja lain terkejut dengan tindakan aku.

Aku tak kisah la dia Mak Cik Puaka ke, Nenek Lampir ke. Aku suara kan benda yang betul yang orang lain tak berani nak suarakan.

Anak sedara Di yang jadi kitchen helper terkulat2 tengok mak sedara dia kena jerkah dengan aku. Seharian dia tak bercakap sampai tamat waktu kerja. Hari ni hari kedua Kak Epal tak datang kerja. Semalam alasan tak sihat. Hari ni tadi aku dengar khabar dia dah berhenti kerja.

Nak cakap aku suka dengan apa yang aku dah buat? Sikit pun tidak sebab aku sebolehnya nak tumpang kasih sayang selepas pemergian arwah ibu aku.

Tapi aku rasa berbangga sebab berjaya singkirkan individu yang penuh toksik yang membuatkan tempat kerja yang biasanya ceria jd terbantut dek sikap dia seorang.

Pekerja lain punya respon? Diorg cakap boleh sakit mental kalau hari2 bekerja dengan Kak Epal a.k.a Mak Cik Puaka tu.

Aku sedar yang aku berbuat begitu demi menjaga mood dan kesihatan mental aku dan pekerja-pekerja lain. 2 hari tanpa kehadiran Kak Epal, kami semua kerja dengan lebih aman dan ceria.

Terdetik soalan, Mak Cik Puaka tu punya mulut atau mulut aku yang terlebih lazer hingga dapat singkirkan negative vibe yang lama bersarang di dapur cafeteria itu?

– Din Tango (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Wah! Ni mcm dh kena buku dgn ruas. Org mcm K Epal tu patut ada org yg boleh mnegur sikap dia tu depan2 dgn tengkingan jgk mcm yg dia ‘bagi’ kt ‘mangsa’ dia.
    Awak jgn la ada rasa betsalah plak. Teguran tu yg betul kn. Takkan nk bagi org mkn kari daging liat & xde rasa. Betul x?

  2. Positive side, dia dh blah. Negative side, mcm something wrong je tetiba dia quit. Risau je, ada possibility dia quit pastu hantar benda kt sis. Kita bukan tau hati sesiapa. Mungkin dia nk balas cara halus

  3. makcik tu tak boleh terima teguran dan dia kurang ajar dengan semua orang. memang patut bertemu buku dengan ruas. tua tak semestinya selalu betul. dan kepada penulis, amalkan la selalu ayat pendinding diri. risau pula saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *