Aku N. Umur awal 30an. Jam sekarang menunjukkan pukul 12.39 pagi. Mata aku belum mampu nak lelap. Tak rasa mengantuk pun.
Ni semua gara-gara makcik tukang urut yang datang ke rumah petang tadi. Kebiasaan aku bila badan tak sihat aku akan pergi berurut.
Selalunya aku akan berurut dengan seorang aunty Chinese dekat spa dia. Tapi memandangkan hari ni cuti, aku cuma panggil tukang urut datang ke rumah.
Tengok dekat iklan, urut satu badan RM70. Lagi lah seronok sebab harganya murah. Siap boleh urut untuk kanak-kanak. Kebetulan anak aku pun tak sihat boleh la minta dia urutkan. Pada fikiran aku lah.
Pukul 4 tu makcik tu pun sampai kat rumah aku. Aku sapa baik dan ajak dia masuk rumah.
Sebelum dia mula mengurut, dia minta macam-macam. Dia cakap pengeras. Aku bab-bab nak urut pakai pengeras ni dah rasa ‘redflag’ dah. Asam keping, garam dan duit cash. Tak apa lah. Dah alang-alang sampai, aku layankan je permintaan dia.
Masa mengurut tu pula, habis dia londehkan semua. Depan anak aku umur 4 tahun. Aku yang rasa malu sampai aku minta anak aku tolong ambilkan kain lain. Belum lagi dia sentuh ‘private part’ aku. Aku memang tak suka perkara tu. ‘Redflag’ lagi kat situ.
Aku memang tak nak ajak dia masuk bilik sebab batas dia sekadar di ruang tamu sahaja. Oh ya. Makcik ni asal pantai timur ya. Aku tak pasti la samada benda ni normal atau tak.
Masa mengurut juga dia asyik promosikan minyak yang dia pakai. Katanya minyak tu ramuan mak dia. Ada akar kayu dan sebagainya.
Aku iyakan aja. Dan lumrahlah tukang urut dia akan mencanang berapa banyak regular customer dia supaya kita akan repeat balik servis dia.
Selesai mengurut, masa nak bayar aku pun tanyalah harga. Tiba-tiba makcik ni keluarkan minyak botol dia bagi kt aku. Ingatkan nak tunjuk je. Rupanya kira sekali dengan servis urut tadi.
Tup2 aku kena bayar RM120 tak termasuk duit cash yang aku bayar mula2 tadi. Baik aku pergi spa aunty je. RM70 untuk satu badan.
Terus aku mencarut dalam hati. Senang je makcik tu buat duit. Urut pun tak seberapa. Badan aku penuh minyak tinggal nak kena goreng je ni. Orang dah sakit, kena keluar duit sampai beratus.
Aku memang sakit hati sakit badan bila ada orang buat macam ni. Lagi lah aku lebih skeptikal dengan orang2 macam ni. Entah la. Itu la kali pertama dan terakhir aku nak berurut dengan makcik ni. Dah sakit, makin sakit jadinya.
Sekian…
– Sedang sakit (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Huhuu..Nasib nko tak berapa baek sbb jumpa org cmtu,sis..
Pasni nko g spa yg Biase nko gi..hati pun tak sakit…teringat gak pengalaman aku cri tukang urut kt fb..aku pun Biase urut dgn kawan lama.
Tp bulan Tu dia busy..fully booked ..
So dapat laa sorg ni,dia dtg rumah .
Sambil urut,dia cite yg dia berpengalaman sbg fisio Selama 10 tahun.
Tp tu laa..dia urut sakit ooo..di tenyeh² je badan aku..
Pastu kt iklan kata sejam..at least 45 minit ke..tp setengah jam je.. pastu gelabah nak balik ,alasan,ada urut tpt lain..
Adoiii..ralat rasa..
Malam tu abis sakit² satu badan.esoknya lebam² kt lengan dgn belakang badan..
Seminggu juga bru hilang sakit..
Ntah betul ke fisio.ntah² psiko ..aiyoooo