Mak cik Yang Licik

Assalamualaikum. First all, aku nak ucap terima kasih dekat IIUM Confession sebab terbitkan tulisan aku ni. Sebelum tu aku nak tanya, korang semua majoriti ada mak sedara kan? Ciri2 mak sedara ni mesti over-acting, over caring, over dan segala mak nenek over dari mak kita. Betul tak? Kalau korang baca berkerut2 ni mesti mak sedara korang jenis macam tawaduk, geng usrah keberkatan macam mak Hadif.

Aku baru beberapa bulan kahwin, so yang special bab kitaorang ni. Aku dan laki aku ni sama2 anak yatim piatu. Laki aku anak tunggal dan rumah ni warisan arwah mak dia. So memenuhi ciri2 impian setiap gegadis yang tak nak ada mertua dan ipar duai dan ada rumah. Milik penuh hang sorang je kalau boleh. Setuju ke setuju?

Tapi disetiap kelebihan tu mesti la ada kekurangan kan. Kebetulan dah kami ni sama2 sekufu bab yatim piatu ni. Suami aku dikelilingi mak cik2 yang Ya Rabbi macam2 kerenah kira2 dorang ni girls 40’s, 50’s dan 60’s. Dorang punya grup ni kalau bergabung duduk semeja, memang meletup la kita2 ni.

Kirakan kalau kita girls 90’s pun dah rasa zaman kita lagi best dari girls 2000’s. Agak2 korang macamna pulak girls 90’s yang masuk family yang ada ramai girls 40’s – 60’s gitu? Mesti la kita ni tenggelam ni di antara girls yang macamtu kan?

Faham ke faham?

Ok tu muqadimmah. Ni baru nak start.

Dalam ramai2 mak sedara laki aku yang seramai 7 orang tu. Ada satu je mak sedara laki aku yang aku akan fokuskan dalam penceritaan ni. Biarlah aku letak namanya Oprah. Memang bukan nama sebenar pun.

Mak Cik Oprah ni sebenarnya ada masalah yang paling serius dan kritikal dalam bab urusan duit. Mesti korang tanya, haaa apa tu? Cerita la.

Ok, aku sambung. Mak Cik Oprah ni termasuk dalam golongan girls 50’s tu la. So kira girls yang diva kebabom la. Umur2 mak kita la. Sebelum ni aku dengar dari sepupu2 laki aku yang kata. “Nuyun, kau nak kena jaga2 sikit dengan dia.”

Aku angkat kening dan hairan sendiri. Sebagai orang baru dalam keluarga ni. So, aku banyak diam dan tingkatkan prestasi memerhati.

Mak Cik Oprah ni kahwin kali kedua dan ada anak angkat yang kebetulan anak abangnya sendiri. Ciri2 fizikal Mak Cik Oprah ni kulit hitam rentung, muka ada belang macam zebra. Tak banyak tapi segaris je boleh bikin mata yang memandang rasa seram. Kalai dia buka tudung, rambut dia bertaburan memutih macam apa nama satu watak dalam Harry Potter tu. Kira macam tu la. Nak2 pulak mata dia warna coklat hazel. Lagi la seram.

Sambung kat perbualan sepupu aku tadi. Sepupu aku tu kebetulan tumpangkan Mak Cik Oprah ni anak beranak kat rumah dia.

Aku namakan sepupu laki aku ni Iema. Lagi sekali bukan nama dalam IC. Iema tu ceritakan yang Cik Oprah ni sewa bilik kat rumah dia.

So, sebagai anak sedara yang berbudi pekerti disanjung tinggi, Iema dan suami dia tumpangkanlah Mak Cik Oprah anak beranak kat rumah dia.

Nak dijadikan cerita. Mak Cik Oprah ni bekerja on off sebagai tukang masak kat mana2 kedai makan. Kalau ada mood nak kerja dia kerja. Berhenti pastu kerja balik. Laki dia kerja office sebagai admin clerk. Anak dia bawak van company. Ok, korang hadam betul2 watak ni. Kalau aku rajin nanti aku sambung lagi tulis. Itupun kalau admin nak terbit yang aku tulis la.

Rata2 keluarga ni akan bercakap pasal Mak Cik Oprah ni. Baik sepupu2, mak2 sedara laki aku yang lain dan tak terkecuali pak2 sedara. Sebab nenek suami aku anak ada 13 orang. So mulut tu banyak. Sorang anak tu membiak lagi, overall semua ada dekat 150 lebih ahli.

Ok asyik melalut je. Aku sambung bab Mak Cik Oprah. Dia ni ada kes yang terlampau banyak pasal bab duit dan harta.Yang paling kritikal aku tau :

1.Dia pernah share beli rumah dengan arwah mak suami aku, then dia jual rumah tu tanpa pengetahuan. Nenek aku yang tumpang tinggal masa tu kena halau. Barang2 duduk kat luar semuanya. Dia hilangkan diri. Lama jugak sebelum muncul balik macam chipsmore.

2.Dia pernah desak suami dia jual rumah pusaka mak dia. Suami dia anak yatim piatu jugak. Dan hasil duit tu dia pergi umrah dan melantak dekat kedai hari2 dengan laki dia.

3.Rantai dan gelang nenek suami aku dia gadai dan sambung panjangkan tarikh tu orang lain.

4.Dia biasa minta bantuan anak yatim dan pastu tabung tu dia gelapkan macamtu je.

Cukup 4 kes ni aku highlight bagi korang jelas isu Mak Cik Oprah ni macamna. Ni bukan aku saja2 tulis. Tapi aku listkan berdasarkan pencerita, iaitu suami aku, Iema, nenek suami aku dan orang lain. Sebenarnya banyak kes dia dah buat, tapi ni paling kritikal dan ramai saksi.

Yang menjadi persoalan di kepala aku yang besar ni, aku hairan kenapa dalam ramai2 anak2 nenek, tak ada yang nak sedarkan Mak Cik Oprah ni. Banyak kes kot dia dah buat. Macam ada satu yang tak kena.

Dalam kemeriahan nak sambut Ramadhan. Iema tiba2 mesej aku.

“Nuyun, kau nak tau tak? Mak Cik Oprah dan laki dia Iema dengan suami nak halau dia hujung bulan ni. Dah la macam dia bos kat rumah ni.”

Dah tak tahan. Tu je yang dia bagitau aku. Tapi sebelum ura2 nak suruh dia keluar tu, Mak Cik Oprah tu ada jumpa aku. Dia suruh aku supaya aku pujuk laki aku halau budak2 bujang yang stay dalam rumah kami.

So, aku kata,”Cik, apa2 tanya Yad la.Dia tuan rumah.”

Aku bagitahu Iema seminggu jugak dia dok pi mai pi mai tang tu pujuk aku. Iema kata,”Patut la baik tu ada makna. Tengah cari pemangsa baru rupanya.”

Aku dah bagitau laki aku yang Mak Cik Oprah nak sewa sini. Laki aku suruh aku bertenang. Dia kata. “Relaks je. Orang macamni kita tak boleh gelabah.”

Aku pun ambik masa bertenang la. Sambil kumpul2 kes. Dah macam peguam scum detektif kan? Kat sini yang start segalanya.

Aku play safe je. Dengar je apa Mak Cik Oprah ni kutuk2 orang sekeliling dia. Aku tengah kumpul bukti ni. Sebab aku nak jadi orang yang adil, baik dan semestinya pintar gitu.

Setiap kali Mak Cik Oprah dan suami dia datang, mesti sepupu2 aku yang bujang ni yang tengah santai tengok TV. Tiba2 mesti masuk dalam bilik macam anak dara malu2 waktu orang masuk meminang sampai Mak Cik Oprah ni balik.Sini aku dah syak ada yang tak kena.

Ni terpaksa aku detailskan sikit la. Dalam rumah ni ada 8 orang sebenarnya. Aku, laki aku, sepupu bujang sewa bilik 4 orang, nenek dan bibik yang jaga nenek suami aku.

Nenek suami aku ni ada tabiat, kalau nak masak untuk buka puasa apa2 kena awal. Kira nak buka puasa pukul 7. Pukul 2 petang dah kena ready. Nanti dah tak susah2 lagi. Cuma panaskan.

Aku dan bibik masa tu hairan jugak. Tak macam tradisi kitaorang je masak lepas asar. Tapi sebab kitorang ni orang baru katakan, kitaorang ni ikut je la.

Sepupu2 laki aku ni memang bulan puasa, sekor2 tak pernah puasa. Hisap rokok, bancuh kopi dan makan macam biasa.

Nenek mungkin dia dah biasa, sebabtu cucu2 dia. Yang terperanjat sekarang ni aku dan bibik. Kami ada tegur la, tapi dah namanya rebung dah jadi meriam buluh. Memang tak jalan la.

So, aku dan bibik masak awal. Nak jadikan cerita. Pak sedara laki aku dan isteri dia datang awal nak siap2 buka puasa. Dia datang pun mengejut.

“Apa ni tak puasa???” Tu perkataan yang aku dengar waktu aku dan bibik sibuk masak. Apa lagi, kelam kabut budak2 bujang ni lari masuk bilik.

Pak sedara tu, marah kami berdua sebab subahat. Padahal budak2 tu masak asing makanan dorang. Kami cuma masak untuk orang2 yang berpuasa. Isu ni menyebabkan Mak Cik Oprah ni tersenyum simpul. Dia rasa peluang dia nak duduk rumah ni makin terbukak luas.

Pak sedara tu sarankan kami suami isteri halau budak2 bujang ni pindah. Tup tup dia habiskan ayat ni. “Kalau tak nak halau, rumah ni baik JUAL.”

Bila dengar perkataan jual, aku dapat tangkap ini mesti dengar hasutan Mak Cik Oprah. Laki aku mengamuk sebab dah banyak campurtangan. Kes budak2 bujang tak puasa dah merata tersebar di mana2. Sebenarnya kami ada atur strategi baikk punya untuk perangkap Mak Cik Oprah.

Tapi sebab dah nak raya kes ni tutup sekejap. So, kami bermaaf-maafan kosong2 macam dalam iklan tv tu.

Cuma yang aku perlukan sekarang ni Iema dan beberapa orang lain lagi nak lumpuhkan modus operandi Mak Cik Oprah.

Rumah Iema sekarang tailong asyik ketuk pintu sebab Mak Cik Oprah anak beranak dah buat pinjaman guna alamat rumah Iema. Sampai laki Iema terpaksa report polis sebab anak beranak ketakutan. Dah anak kecik2 lagi.

Aku rasa aku kena buat sesuatu kalau boleh nak heret ke mahkamah dan penjara. Cuma tengah kumpul bukti dan saksi lagi ni apa benda2 licik dia tengah buat.

– Nuyun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit