Saya perlu ceritakan pada semua orang tentang wujudnya keluarga narsistik. Narsistik bermaksud sifat terlalu mencintai diri sendiri secara berlebihan hingga mengabaikan perasaan dan keperluan orang lain.
Ciri-ciri individu narsistik termasuk: Merasakan diri mereka lebih hebat atau penting daripada orang lain, Perlukan pujian dan perhatian yang berlebihan, Sukar menerima kritikan, Kurang empati terhadap perasaan orang lain, Sering memanipulasi atau mengawal orang untuk kepentingan sendiri.
Ini kisah sahabat saya. Sahabat yang pernah hadir dalam hidup saya dan kini dia pergi tinggalkan saya selamanya. Saya gelarkan sahabat saya B.
Keluarga B, ada seorang ayah yang baik, lemah lembut, alim, warak, ulama yang disegani dan ada rupa. Jika anak-anak kampung ada masalah, akan cari ayahnya.
Jika anak-anak akan menghadapi peperiksaan akan cari ayahnya untuk buat air penawar. Jika ada family yang bermasalah, akan cari ayahnya juga. Saya boleh katakan, Ayahnya sangat baik dan lemah lembut.
Masalahnya, setiap orang yang datang nak meluahkan masalah yang ada. Maknya pasti kedepan dulu. Kerana orang tua ini, memang suka dengar masalah orang.
Lagi satu, makcik ini memilih tau, kalau orang datang naik kereta buruk dia senyap sahaja dalam rumah. Tetapi kalau orang datang naik kereta mahal, dia meraikan orang itu.
Keluarga B, ada seorang mak yang materialistik, narsistik, merendahkan orang lain, suka membandingkan orang lain dan tiada rupa (kurang cantik)
Keluarga B, ada enam orang anak. Sahabat saya anak pertama, handsome, baik, sentiasa menghormati segala keputusan emaknya, sehinggakan dia tidak tau dan menilai untuk buat keputusan diri dia sendiri. Bawah B, ada adik lelaki (B tidak ngam dengan adik lelaki). 3 orang adik perempuan, dan seorang adik bongsu lelaki.
Kisah ini keluar selepas kematian B. Yang mana saya dapat tau, walaupun ayahnya ulama, alim dan sepatutnya menjadi ketua keluarga, tetapi ayah B dapat ditunduk dan dikawal oleh maknya (queen control) tanpa sebarang bantahan. Maknya yang akan buat keputusan walaupun ayah B masih ada.
Anda rasa kelakuan mak B ini boleh diterima umum atau anda rasa ini perkara biasa?
Tindakan mak B yang jenis control semuanya, membuatkan ayah B yang baik ini mengalami tekanan jiwa, sehingga pernah dihantar hospital sakit jiwa. Selepas elok, balik kerumah semula, akan terjadi lagi perkara yang sama iaitu dikawal semula oleh maknya.
Polis pernah datang ke rumah untuk ambil ayahnya sebab hampir mencederakan diri disebabkan perangai mak B yang beri tekanan padanya.
Bila B datang dari keluarga yang disegani dan keluarga ulama. Ramai orang takut nak mendekati B. B bersekolah di Sek Agama dan berlajar Arab. B dilahirkan di Saudi Arabia. Bila mak B mengawal ketat anak2nya, anak2 akan memberontak dan terasa ingin mencuba. B mula merokok secara senyap.
Kawan-kawan pernah maklumkan pada mak B. Tetapi, u all tau lah bila mak narsistik, maknya merasakan diri dia lebih hebat atau penting daripada orang lain, Maknya hanya perlukan pujian dan perhatian yang berlebihan dan pastinya sukar menerima kritikan.
Oleh sebab itu, maknya tidak percaya kata-kata kawannya dan dia menganggap anaknya baik. Jangan sama sekali fitnah anak dia.
Bayangkan tuan/puan, tanpa sedar mak dia telah memusnahkan hidup anaknya secara senyap. Mak B mewahkan B. Apa yang B nak semua dapat. Disebabkan mak B dapat harta peninggalan daripada nenek B. Jadi, mak B belagak dan mewahkan B.
Sehinggalah B sudah berumur 19 ke atas. lebih berani buat aktiviti-aktiviti nakal lain. B ini seorang sahaja lain daripada adik beradik yang lain. Adik beradik lain semua ikut perangai maknya, tetapi tidak B.
Dia berkawan dengan semua. Manakala adik beradik lain, kurang bergaul dengan orang untuk mengelakkan fitnah dan untuk menjaga nama baik keluarga. Lain dengan perangai B yang gila2.
Bayangkan sanggup adik lelaki dia kata “B dah mati kena langgar lori” sedangkan B masih hidup. Maksudnya tiada keakraban dalam keluarga mereka. Datang daripada keluarga yang baik, alim. Tetapi fail dalam menjaga hubungan kekeluargaan.
Dalam FB, mereka share semua berkaitan dengan hadis, ceramah agama. Semuanya islamik. Sebaliknya hanya mereka sahaja yang tau perangai mereka.
Semasa perkenalan kami, B bawa saya jumpa family dia. Bertapa gembira saya. Tak sabar berjumpa dengan ayah dan maknya. Bila sampai sahaja dirumah, saya tidak dilayan baik oleh maknya.
Pada ketika ini saya student di UA. Umur saya 19 tahun. Saya nak hulur salam, maknya cepat- cepat alihkan ke arah lain. Adik-adik perempuannya, mengikut sahaja kelakuan maknya. Mereka buat tidak tau. Saya dilayan baik oleh Ayahnya.
Ayahnya bercakap dengan saya lemah lembut. Meraikan kehadiran saya dengan baik. Selepas kematian B, baru saya tau maknya materialistik. Dia nak menantu kerja kerajaan. Tetapi saya masih student lagi ketika itu.
Keesokkan harinya, saya cuba menelefon B. Saya call telefon rumah B. Akhirnya maknya yang jawab. Saya kena marah dengan maknya.
Dia kata jangan ganggu B lagi. Dia dah ada orang lain. Sedih saya, menangis saya. Kenapa makcik buat saya macam ni? Saya terus jauhkan diri daripada B. Selama 6 bulan saya tak contact B. B tertanya- tanya apa sudah jadi pada saya. B tak tau saya kena marah dengan maknya.
Untuk pengetahuan Tuan/puan, selepas kematian B, saya baru dapat tau maknya nak orang satu negeri dengan dia. Silap saya cakap KL ketika itu.
Saya sebenarnya asal negeri yang sama dengan B. Cuma saya dibesarkan di Selangor dariapda baby hinnga sekarang sebab itu saya tidak pandai menggunakan loghat negeri B. Sekali lagi maknya cuba hancurkan hidup anaknya secara senyap tanpa dia sedar.
Akhirnya, B dapat tau maknya memarahi saya. B sangat kecewa dan B menangis depan maknya, kenapa mak buat dekat saya begini. B cakap, saya orang negeri yang sama. Mak jangan cepat menghukum saya. Tetapi semuanya sudah terlambat.
Selama 6 bulan saya menyepi. Saya sudah jumpa seseorang yang baik dan keluarga yang baik iaitu mak mertua saya sekarang. Yang sangat baik.
Masa berlalu, semua yang maknya kenalkan pada B, semua B tolak. Maknya kenalkan senegeri dengan B, cikgu kerajaan. Semua B tolak. Semua yang maknya suggest adalah cikgu sekolah kerajaan. B tolak semuanya.
B ada rupa. Sangat handsome orangnya. Ramailah cikgu2 tertarik juga dengannya walaupun dia kerja biasa-biasa sahaja. Kerja kampung.
Setelah saya tau cerita ini daripada sepupunya, saya agak terkilan dengan tindakan B. Sanggup dia, tolak semuanya disebabkan marah dengan apa yang berlaku.Pada ketika ini ayahnya sudah meninggal. Kata sepupunya, kalau ayahnya ada lagipun. Ayah dia tak mampu untuk buat keputusan. Segala keputusan emaknya akan buat. Sedih saya.
Saya tak nak masa depan dia terjejas. Saya nak dia ada family juga. Saya dah maafkan semuanya. B pergilah ambil calon yang mak cadangkan itu. B tetap bertegas, “Jangan cakap bab kahwin, sebab B dah tak da rasa nak kahwin. B akan mati seorang-seorang”.
B sebenarnya bangga dengan saya. Dia asyik bercakap dengan maknya saya berjaya. Saya konvo Ph.D. Saya sekarang pensyarah UA. bla..bla.. Dia cerita dengan maknya. Tetapi semua dah terlambat.
Kata sepupunya, Kalau mak dia tau awak yang sekarang, mak dia siap bentang karpet merah. Tetapi, masa saya jumpa mak dia, saya hanya student sebab itu dia tolak.
Allahu… Kenapa makcik materialistik. Makcik cuma bersabar sedikit sahaja. Anak makcik ada kereta, motor, rumah cuma kerja sahaja biasa2. Tetapi dia berhak ada keluarga bahagia. Tetapi makcik memlilh untuk menjahanamkan kehidupan anak makcik. Tanpa sedar mak B kawal segalanya tanpa B boleh buat keputusan sendiri.
Apa berlaku, masa berlalu.. B ada sakit jantung. Adik beradik dan maknya sisihkan dia. Sedangkan waktu ini B perlukan sokongan mental, emosi dan kewangan untuk rawatan jantung.
Mungkin agak terkilan dengan perangai B, yang tak sama seperti anak-anak lain. B agak nakal dan kadang-kadang pernah memalukan keluarga. Tak seperti yang diharapkan oleh maknya. B disisihkan. Rawatan memerlukan duit.
14 Julai 2025, kawan B call saya. “awak, dia dah meninggal”. Meraung saya, menangis saya. Saya terus gerak balik ke kampung. Kata kawannya, B dah meninggal 7 hari seorang diri dirumah, Tanpa ada keluarga yang menemani.
Saya menangis, menjerit dan sampainya saya dikampung. Keluarganya masih dengan ego mereka sendiri. Masih berlagak dengan saya. Saya datang dari jauh, cuma berkata “terima kasihlah ya datang”. Jemput kedalam pun tidak. Hanya berdiri dipagar. Tidak pandai meraikan orang lain.
Demi menutup aib mereka, untuk menampakkan mereka baik. Mereka kata, B okey sahaja. Mayatnya elok macam 3 hari lepas sahaja. Masih nak menutup.
Kepada keluarga arwah, jangan ingat saya tidak tau apa-apa berkaitan keluarga anda. Apa yang anda buat pada arwah abang. Arwah abang awak tersiksa daripada perbuatan family yang nampak alim, baik dimata orang lain.
Abg awak perlukan sokongan emosi, fizikal. Tidak menjaga langsung pertalian keluarga sampai sisihkan abang. Biarkan abang seorang diri. Kata cousin B, maknya nampak menangis2 dekat kubur sebelum dikebumikan. Maknya cakap “ma maafkan abang””ma sayang abang” berulang kali.
Kepada keluarga Narsistik, tolong ubah perangai anda jangan sampai menjahanamkan hidup orang lain.
Kepada B, Saya sayang B sebenarnya tetapi kita terpaksa berpisah disebabkan mak B. Maafkan saya B. Saya sentiasa doakan B disini.
B dalam kenangan.
Yang benar,
– El (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit