Assalamualaikum.. pertama skali aku nak minta maaf kalau karangan aku ni korang rasa macam aku ni jahat.
Aku ringkaskan cerita la.. mak dan ayah aku suka cari dosa orang. Anak orang tu pakaian tak tutup aurat, mak dan ayah aku mula la bergosip “tak pandai jaga anak la si senah tu”. Sedangkan anak dia sendiri (kakak aku) pun tak tutup aurat. Kami sekeluarga pergi rumah sedara, boleh pulak mak dan ayah aku tertanya-tanya dan bergosip “mak tam tu tak solat ke, patut la cerai berai pun, hubungan dengan tuhan pun tak jaga”..entah-entah mak tam tu dah solat/uzur mana kita tahu. Sedangkan anak dia sendiri (abang aku) pun tak solat. Sedangkan kami sekeluarga pun keluarga yang bermasalah jugak. Siapa je yang mak dan ayah aku jumpa dan waktu tu waktu solat dah masuk, mak ayah aku akan judge orang tu tak solat. Ada kawan mak datang rumah, lepas dia balik je, mak dan ayah aku mula la bergosip “tak lawa la dia tu, mekap je tebal padahal bukan lawa”. Sedangkan mak aku sendiri bukan lawa pun, dan sekarang mak aku dah pandai tengok live makeup dan banyak beli faoundation, brush, span, yang mahal-mahal. Sampai aku perlukan apa-apa dia abaikan.
Itu antaranya la. Banyak lagi perkara lain yang mak dan ayah aku suka cari dosa orang. Seolah-olah mereka tak ada dosa. Aku rimas dengan semua ni, aku benci, aku menyampah, dan aku takut. Aku menyampah sebab mak ayah aku depan orang kemain baik, tapi belakang dia kutuk-kutuk. Aku kasihan dengan orang yang dah jadi mangsa mak ayah aku. Entah apa la salah mereka pada mak ayah aku sampai mak ayah aku nak cakap macam tu. Aku benci sebab mak ayah aku akan tunjuk depan orang bahawa dia la ibu ayah yang paling mithali. Kalau ada orang luar, mak ayah aku akan bercakap dengan anak-anak dia lembut nak mati sampai tak terdengar suara “achik dah makan? meh makan nasi nanti sakit” arghhh aku benciiii. Aku benci hipokritnya mak ayah aku tu, bila tak ada orang luar tak pernah pun mak ayah aku “care” pasal aku. Lantak aku la aku sakit ke apa ke diorang tak pernah kesah pun..kalau aku sakit, diorang akan salahkan aku balik.
Sedangkan semuanya berpunca dari diorang jugak. Aku dari kecik selalu sakit kepala, sebab aku dibesarkan dalam suasana porak-peranda, aku nak belajar tak boleh, nak berfikir dengan tenang pun tak boleh, masa depan aku tak nampak, hari-hari kena tengking walaupun tak ada salah apa, setiap masa aku akan fikir pasal masalah keluarga dan setiap malam sebelum tidur mesti menangis. Tu la punca aku selalu sakit kepala, dan sampai sekarang aku besar sakit kepala tu dah jadi migrain. Bila doktor cakap aku migrain dan tanya aku banyak berfikir ke dan suruh aku ceritakan semua, tapi mak ayah aku terus menyampuk “sayur tak makan, tu sakit kepala”. Sedangkan aku tak pernah lambat makan, dan aku selalu makan sayur, lagipun aku tengok kawan aku yang tak pernah makan sayur pun tak ada sakit kepala pun. Tapi mak ayah aku tetap akan salahkan aku balik..kononnya mereka ni makan garam dulu mesti mereka lebih tahu. Aku benciiii
Aku jugak takut dengan perlakuan mak ayah aku tu. Sebab aku selalu dengar ceramah dan selalu banyak baca “kalau cakap kat orang, nanti berbalik pada kita atau anak cucu cicit kita”. Mak ayah aku selalu bercakap pasal dosa orang itu ini. Aku takut dosa tu aku sebagai anak dia ni yang buat. Mak ayah aku selalu hina orang yang lahirkan anak luar nikah. Baru-baru ni aku terdetik rasa nak lahirkan anak luar nikah..sebab aku nak mak ayah aku sedar yang selama ni diorang duk bercakap pasal orang itu ini tapi tak sedar anak sendiri dan diri dia sendiri pun macam tu jugak.
Aku dah siap plan macam mana nak dapatkan anak luar nikah tu, mana nak cari laki, mana nak beranak nanti, apa perlu buat bila dah ada anak nanti, aku seolah-olah tak takut. Sebab aku tahu, mak ayah aku tak akan ‘care’ punya lah..diorang akan sibuk hal orang lain lagi berbanding hal dalam kain sendiri. Tapi dalam nyaris-nyaris aku terbuat, nasib baik aku masih sayang diri aku lagi. Sekarang ni pun aku berkurung je dalam rumah, aku takut nak hadap dunia luar sebab aku takut aku akan buat dosa-dosa yang mak ayah aku selalu bergosip tentang orang.
Aku tak tahu la bila mak ayah aku akan sedar. Jangan la suruh aku pergi tegur. Walaupun selembut sutera cara aku menegur. Tetap akan makan pelempang dan penerajang la jawabnya. Aku dah kena banyak kali..perit. Sampai aku lari rumah.. Tapi mak ayah aku cerita kat nenek yang aku pergi kem. Nak tutup salah punya pasal. Sampai sekarang nenek aku tak tahu yang haritu aku tiba-tiba hilang bukan sebab pergi kem, tapi sebab lari rumah.
Aku balik pun sebab aku kesian.. sebab selama ni segala benda dalam rumah ni, aku sorang yang kemas. Kalau aku tak buat, memang macam longkang busuk pecah la (panjang lagi pasal ni).. masa tu jugak aku takut berdosa sebab lari rumah, so aku balik la. Sepanjang aku lari, memang tak ada langsung mak ayah aku call/cari. Mak sdara aku tiba-tiba mesej hina-hina aku kata aku ni anak jahat. Disebabkan mesej dia tu la aku terasa berdosa lari rumah. Oh ye..mak sdara aku ni kakak mak aku.. hari-hari mak aku akan bercakap dalam call semata-mata nak bergosip. Yang paling aku benci bila diorang bergosip pasal nenek aku (mak kandung diorang sendiri).
Bila aku balik rumah, hampeh tak ada pun yang berubah. ingatkan dah bertaubat, tapi masih lagi dengan perangai lama. Sekarang aku plan nak belajar, cari kerja, duduk jauh-jauh. Aku tak akan pedulikan lagi mak ayah aku. Tapi aku akan jenguk sekali-sekala supaya tak nampak macam aku ni anak tak kenang jasa. Ya, aku tahu mak ayah aku banyak berjasa. Tapi aku rasa lebih banyak yang seksa aku je. Sampai aku dah tak boleh nampak mana pengorbanan mak ayah aku pada aku selama ni. Sebab selama ni pun semuanya aku uruskan sendiri. Makan, pakai, pelajaran, sakit, semuanya aku tanggung sendiri. Kadang-kadang aku tak terasa macam ada keluarga pun.
Aku tak berani nak cerita masalah aku ni pada sesiapa, sebab aku tak percaya orang. Dan aku takut nanti orang yang dengar tu mesti akan cakap aku buka aib keluarga/mengumpat pasal mak ayah sendiri. Walhal aku hanya nak meluah dan perlukan jalan penyelesaian. Kalau aku luah kat sini pun kira ok sebab tak ada siapa kenal tuan tanah. Masa aku taip ni pun aku terfikir jugak yang aku ni cakap buruk pasal mak ayah ni sebab diorang pun duk cakap buruk pasal mak sendiri.
Tapi aku tak tahu la plan aku tu akan berjalan macam yang aku nakkan atau tak.. tapi kalau boleh memang aku taknak dah tinggal serumah dalam keluarga ni. Aku rasa menyiksa jiwa dan mental aku.
– Achik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit