Mak Dikulikan

Salam. Hye. Nama aku siti. Aku berasal dari keluarga sederhana dan aku bukan student UIA tapi aku adalah student dari universiti pulau mutiara. Aku ada tujuh beradik dan yang berkahwin cuma kakak aku which is dia anak sulung. Bapak aku pula cuma bawak lori dengan gaji yang biasa biasa ja. So cerita aku mula macam ni.

Dulu, sebelum kakak aku kawin lagi mak aku dah pesan iaitu mana2 anak yang akan berkahwin jangan sesekali hantar anak kat mak untuk dijaga sebab mak aku dah mengasuh dua budak kecik. Si abang dan si adik. Jadi sebab tu dia tak larat nak tambah lagi budak2 nak jaga hatta cucu sendiri sebab mak aku dh ada penyakit tiga serangkai (darah tggi, kencing manis, jantung). Kenapa mak kena keja ? Sebab keluarga aku yang banyak sangat hutang dan gaji bapak aku yang biasa biasa membuatkan dia perlu dan harus untuk ambil upah mengasuh budak. Yang bestnya, budak dua orang ni mak dorang keja normal dan sangat lah baik. Baju, syampu, towel, berus basuh botol semua mak dorang dh sediakan dan setiap hari mak aku tak payah pening nak basuh baju budak2 tu sebab mak dia akan kutip.

Masalah timbul bila kakak aku nak kahwin dan dua tahun lepas tu dorang dapat anak. Timbul lah drama konon tak dapat carii pengasuh dan mintak mak aku jagakan dengan alasan ‘Mak, anak orang boleh jaga. Takkan cucu sendiri tak boleh jaga ?’ Mak aku pun terpaksa lah jaga jugak lagipun bapak aku excited suruh hantar jugak dengan alasan cucu sulung. Ok fine. Semua berjalan lancar. Sampai lah satu peringkat kakak aku mula jadi pemalas nak jaga anak dia. Korang bayangkan. Keja 4hari, cuti 3 hari. Sepatutnya hari keempat bila kau dah balik kerja , kau ambik lah anak kau bawak balik. Ni tak. Hari kelima datang ambik. Tu pun dah nak jengah malam baru teringat anak. Hari keenam jalan dengan laki anak pemalas nak bawak. Tinggal lagi kat mak aku yang tak sihat tuh. Hari ketujuh ? Esok tu sepatutnya keja tapi dah letak anak kat rumah mak aku sebab katanya nak rehat esok nak keja.

Gaji dah laa 250 jaa. Tak setimpal.langsung dengan menjaga anak dia yang aktif semacam tu. Serius anak dia buas. Aku malas nak cerita nanti tak habis tahap kebuasan dia. Sebulan ok lagi. Tapi ni dah sampai anak nak masuk 3 tahun kot perangai pemalas nak jaga anak still tak berubah. Aku memang sakit hatii dengan perangai laki bini ni. Aku jenis bertudung depan abang ipar. Dia pulak pemalas nak jaga anak dia kadang2 buat trick konon datang rumah melepak kat rumah masa kakak kena kerja. Padahal nak suruh orang2 dalam rumah menengok anak dia. Aku yang tengah buat kerja rumah tak siap lagi tengok2 dah muncul depan pintu. Pagi2 kot. Dah satu hal aku kena buat kerja sambil bertudung dengan cuaca skrg yang panas ni.

Aku memang sakit hati dengan sikap dorang yang buat mak aku macam kuli jaga anak dorang ja. Sampai mak aku tak sihat, letih, dengan penyakit dia lagi. Sikit pun tak.kesian kat orang tua. Hello ! Orang luar (mak pengasuh si abg dan si adik) pon lebih behave dan ambil berat pasal mak aku berbanding kau. Aku geram serius aku geram. Aku faham perasaan kakak yg confess baru2 ni pasal Ellin yang tak reti jaga anak tu. Itu lagi la duduk sekali. Aku yang tak duduk sekali pun menyakitkan hati. Baju anak dia semua mak aku basuh. Bila mak bapak dia ada pun si anak cakap laa dah berak dalam pampers. Still mak aku gak yang basuh. Dorang lepak kat umah baring2 main fon. Laki bini sama ja. Aku ni tersangatlah rapat dengan anak buah aku tu.

Tapi sejak cuti sem ni, perangai dorang yang menjadi jadi tu buatkan aku dah tak leh blah dengan anak beranak tu. Aku tau budak tu tak salah. Tapi hati aku dah takda mood nak melayan anak dia. Maafkan acik yer sayang. Semalam, bapak dia datang ja ngan anak dia aku hempas pintu kuat biar dia tau aku tak suka pon dia datang. Dia ja nak rehat ? Mak aku yang tak sihat tu ? Tak payah rehat ke ? Tak reti penat ke ? Jaga budak kot. Ingat tak letih ke jaga budak. Bagi laa dia masa berehat tanpa perlu jaga budak2 lagi dah. Aku dah cakap kat mak aku lepas ni aku keja, aku taknak mak aku jaga mana2 budak lagi dah. Mak aku cakap. ‘Tak boleh, dorang dah kata nak bagi i*** sekolah kat sini’. What ? maknanya mak aku kena jaga sampai dah sekolah ?! Ok. Aku sakit hati. Memang sejak cuti aku tak bagi mak aku buat apa. Sebab dia tak sihat dan perlukan rehat. Semalam aku bawak g check gula 11.5. Tinggi sangat tinggi. Drah tinggi pun naik. Semua ni sebab apa ? Sebab stress jaga budak.

Aku nak whatssap kakak aku cakap pasal benda ni semua tapi mak aku tak bagi. Dia kata nanti jadi gaduh jaa. Aku nak mak aku rehat dengan keadaan usia dia dengan keadaan kesihatan dia. Tapi aku tak faham kenapa satu anak beranak tu tak pikir. Doakan mak aku sihat dan kuat dan doakan anak beranak tu sedar dan insaf.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit