Mak Instant

Aku Dania. Umur aku baru 25 tahun, tahun ni, masih bujang but not available, and ini kisah aku. Arwah ayah aku berkahwin dua, yang pertama is mak aku, dan yang kedua is Mama.

Hasil perkahwinan dengan Mama, ayah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu arwah abang aku, aku panggil as Abang Dan. Dan ibu pulak lahirkan aku dengan adik bawah aku nama dia Norlia.

Disclaimer, nama dalam story ni just nama samaran ye, kang tulis nama betul, takut lah pihak-pihak tu tahu yang aku tulis confession ni.

Mama aku meninggal akibat serangan jantung lepas tahu yang arwah ayah meninggal masa arwah ayah tengah settlekan urusan kebunnya.

Tak lama lepas tu arwah abang pulak meninggal sebab nahas jalan raya. For information, arwah abang aku ni duda anak satu, dia bercerai dengan isteri dia masa anak dia baru 5 bulan.

Isteri dia bukan warganegara and after bercerai isteri dia pulang ke negara asal atas sebab nak uruskan perkahwinan barunya. Tapi yang pelik, dia sanggup ye tinggalkan anak and tak pernah pun sekali nak melawat anak dia.

Masa arwah abang masih hidup dan masa tu dia tengah struggle nak besarkan anak dia, sumpah dia sendiri pernah berpesan kat aku if dia tak ada nanti, dia nak aku tolonglah jaga anak dia and sayang anak dia macam aku sayang anak aku if nanti aku dah kahwin and ada anak.

Hahaha… aku ingat benda tu joke. Rupanya tak. Betullah orang cakap, kadang orang ni macam boleh tahu yang dia akan pergi siap tinggalkan pesanan. Keadaan aku sekarang pulak, aku dengan mak aku dah lama tak bertegur sapa sejak kes aku gaduh besar dengan mak aku.

Alkisah dia mak aku nak aku sambung belajar after SPM, tapi aku tak nak sebab aku nak cari duit sendiri, and aku tak nak lah macam adik aku tu, sikit-sikit mintak mak, sampaikan duit nak dating dengan pakwe pun mak bagi.

Mak aku tu pulak, ada jer salah aku yang dia nak cari, bab anak bongsu dia memang tak boleh nak sentuh even just nasihat sekalipun.

Selain dari kisah aku tak sambung study, kisah aku buat keputusan untuk jaga anak buah aku ni pun jadi isu ya. Mak aku ni kadang aku tertanya-tanya jugak, mana lah pergi sifat kemanusiaan dia.

Bayangkan, masa arwah abang aku baru bercerai, dan masa tu arwah abang memang lost gila, dia diberhentikan kerja, anak pulak kecik-kecik lagi dah terputus susu dari ibu dia yang kurang bertanggungjawab tu.

Lepas tu arwah abang dah tak ada ayah and Mama, cuma kitorang jer lah yang dia ada even dari mak lain, and mak tu bukan mak dia… Tapi mak tetap mak tiri dia.

Mak boleh pulak marah dia siap cop dia “pemalas” sebabkan dia datang rumah and mintak tolong dari mak untuk bagi dia pinjam 100 untuk beli susu and pampers anak, lepas tu dia mintak tolong untuk mak tengokkan anak dia sementara dia nak cari kerja.

Sedangkan kan… masa tu mak dah habiskan hampir separuh harta arwah ayah which is duit bank arwah ayah sebab mak terpedaya dengan love scam macam tu.

Kejamkan?? Sebab tu lah aku rasa tak bersalah bila aku buat keputusan untuk jaga anak buah aku sendiri. Amanah kot, dan itu satu-satunya amanah yang arwah abang tinggalkan. Mak masa aku decide nak jaga anak abang aku masa awal-awal, dia ngamuk tau siap buat perangai budak-budak.

Aku tahu jer sebenarnya mak marah bila dapat tahu arwah ayah bagi penama kebun dia kat arwah abang. Aku tahu mak tak suka arwah abang macam mana mak tak suka Mama. Tapi, mak tak layak menghukum sebegitu rupa.

Masa aku jaga anak arwah abang aku tu kan… Masa tu aku dah kerja, tapi kerja kilang lah. Aku memang ada duit simpanan, dan duit tu sebenarnya aku kumpul untuk sambung study.

Tapi bila tahu mak macam tak nampak usaha aku nak sambung study siap cakap aku ni kedekut bab duit gaji even dah jelaskan banyak kali yang aku simpan duit tu untuk study, so aku malas dah.

Okay, pastu minggu first aku jaga anak buah aku tu, kan masa tu aku masih kerja, tapi aku mintak lah dekat orang atasan aku untuk ambik syif malam, so pagi ke petang aku adalah masa untuk tengokkan anak buah aku,

Malam masa aku tak ada, adik aku yang akan jaga. Aku tak paksa, tapi dia nak tolong even mak marah-marah untuk biarkan jer budak tu.

Tapi sebabkan aku kesian kat adik aku asyik kena marah, so aku cakap kat dia yang aku nak berhenti kerja dah. Then masa kau berhenti kerja, aku guna sepenuhnya duit aku untuk beli keperluan baby.

Mak aku masa ni dah penat mulut kot so dia senyap jer and buat hal dia, tapi kalau aku pakai barang rumah macam mesin basuh untuk basuh baju baby, mak aku sendiri aku matikan mesin basuh tu and suruh aku basuh pakai tangan.

Bukan tu jer, kalau baby nangis, mak aku akan marah and suruh aku bawak di keluar. Sedih tau. Aku berkaca mata hari-hari and lastly aku decide untuk tinggal kat rumah Mama yang tak ada siapa duduk tu.

Rumah Mama dengan rumah Mak jauh ye jaraknya, so tak adalah aku nak hadap mak aku tu. Dia tegur orang boleh, bila kita tegur dia nak marah-marah siap cakap aku ni anak derhaka. Penat aku layan dia, boleh mental karang.

Dekat rumah Mama ni serba serbi cukup sebab Mama ni sejenis yang rajin. Nak makan, tinggal petik jer sayur belakang rumah. Rumah dia pun ada kandang lembu kambing.

Sebelum aku pindah ke sini, adik Mama yang akan tengok-tengokkan. Lepas tahu aku jaga anak arwah abang and mak layan aku teruk-teruk sampai aku decide tinggal kat rumah Mama, adik Mama jugak tolong uruskan.

Yang jadi masalah untuk aku sekarang is how to be a good mak padahal aku mak instant” kot. Mana lah ada pengalaman. Tapi sejak ada anak” ni aku jadi too much mak-mak.

Sekarang umur anak buah aku ni nak masuk 5 tahun dah. Dia petah bercakap tau macam arwah abang aku. Tipulah kalau aku tak pernah burnout bila dia overactive, tak reti nak senyap, but itulah pengalaman manis yang aku ada.

And kalau korang nak tahu, aku perang lepaskan lelaki yang aku sayang sebab anak”.

Lelaki tu aku kenal dari zaman sekolah rendah, dia ajak aku kahwin masa anak buah aku ni umur 2 tahun, pastu aku tanya dia “ready tak nak jadi bapak instant?” tapi dia macam tu lah… tak plan pasal anak, nak anjoy dulu zaman berdua.

oo aku macam tak rasa dia boleh jadi Papa instant macam aku jadi Mak instant. Dan kalau korang nak tahu keadaan aku sekarang selain nak jadi “good mak”,

Aku jugak tengah naik turun mahkamah untuk hak jagaan penuh anak buah aku al sebabnya… Mak dia tiba-tiba muncul. Bertentang empat mata dengan aku belum pernah, tapi tiba-tiba surat sampai ke rumah Mama yang katanya si fulan tu nak anak dia balik.

– Dania (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Tangguh/delay kan proses hak jagaan penuh tu,, dlm masa sama,, segerakan urusan pindah milik tanah milik arwah abang.
    Jika lawyer hartanah namyatakan ianya mustahil,, maka kembali fokus urusan hak jagaan penuh.

  2. ya Allah
    murahkanlah rezeki Dania asbab menjaga anak yatim
    mudahkanlah urusannya dunia dan akhirat
    luaskanlah rezekinya dan anak buahnya
    amin yra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *