Mak Itu Maid Kau

Betullah bermulanya akhir zaman bila ‘ibu melahirkan tuan’. Aku terpanggil untuk menulis confession ni, bila aku terbaca confession Bedah, (https://iiumc.com/ibu-melahirkan-tuan/)

Aku lihat sendiri apa yang terjadi pada keluarga mertua aku. Sepatutnya, di usia tua, adalah masa di mana ibu bapa kita menikmati usianya. Penat semasa muda bekerja demi anak-anak, biarlah di usia yang kian melonjak, mereka menikmati hidup yang berbaki entah berapa lama lagi. Biar mereka menikmati & fokus pada diri & ibadah mereka. Tapi lain pula mertua ku. Di usia menghampiri 60-an, terpaksa menjaga cucu-cucunya.

Kadang aku menyalahkan mertua ku kerana mereka yang merelakan diri mereka menjadi hamba anak-anak. Tapi, ibu bapa mana yang sanggup membiarkan anak & cucu mereka? Maka, aku menyalahkan ipar & biras ku dalam perkara ini!

Aku yang masih di usia muda ini, belum pon mencecah angka 3 dihadapan, merasa penat menjaga anak kecil, inikan pula mertua ku. Tapi siapa aku untuk menegur mereka? Aku hanya menantu dalam keluarga ini.

Jika ipar aku tidak berkemampuan, mungkin aku boleh terima anak-anak mereka di jaga oleh mertua ku. Tapi, lebih dari sekadar mampu. Jelik terasa bila mereka bongkak berkongsi gambar makan makanan mewah. Bertambah jelik bila mereka berkongsi cerita mereka berbelanja sakan membeli barangan online.

Dari mencari kepuasan duniawi, kenapa tidak kau mencari redha demi akhirat? Membebankan orang tua mu, adakah itu kepuasan & kesenangan bagi pihak kalian?

Walau sebanyak mana wang yang kalian berikan kepada mereka, tidak setanding dengan masa mereka yang terbuang demi menjaga anak-anak kalian. Sedangkan masa mereka mungkin hanya berbaki entah berapa banyak lagi.

Bila mertua ku punya urusan lain & tidak dapat menjaga anak-anak mereka, pasti aku menjadi mangsa ipar & biras ku. Pasti aku yang diminta untuk menjaga anak-anak mereka. Sedang aku punya tanggungjawap aku sendiri. Kenapa tidak, kamu sebagai ibu bapa yang mengambil cuti & menjaga anak-anak kalian?

Takut menghantar anak ke taska? Takut anak di apa-apakan penjaga? Bagi ku, itu semua alasan! Alasan untuk memudahkan kerja kalian. Menyenangkan tanggungjawap kalian. Melepaskan bontot kalian sahaja, tanpa menghiraukan penat lelah orang tua mu.

Terlalu sibuk menguruskan cucu-cucu & hal harian di rumah, sehinggakan terabai tanggungjawap mertua ku pada Ilahi. Sepatutnya, di usia itu, mereka sibuk memantapkan diri dengan urusan akhirat. Jika tidak menjaga cucu-cucu mereka, mungkin mereka boleh menyertai kelas-kelas agama & beribadah semahunya.

Entah apa yang mereka fikirkan. Tidakkah mereka fikir sebagaimana apa yang aku nukilan kan? Tidakkah mertua aku terfikir, yang mereka menjadi hamba kepada anak mereka sendiri? Tidakkah mereka merasa yang umur mereka mungkin hanya berbaki berapa tahun sahaja lagi. Layakkah mereka peroleh syurga abadi jika mereka terlalu sibuk demi kepentingan anak sendiri.

Bagi ku, sebagai anak, cukuplah kita menjadi bebanan semasa kita kecil. Cukuplah menyusahkan kedua ibu bapa mu. Beri mereka merasai nikmat kehidupan setelah penat membesarkan kita. Galas tanggungjawap mu tanpa membebankan kedua orang tua mu.

Dan bagi ku, sebagai ibu bapa, layaknya kalian untuk bersuara. Bersuara lah demi kepentingan diri mu. Bersuaralah demi mendidik anak-anakmu untuk lebih bertanggungjawap. Jika mereka (anak-anak mu) telah mempunyai cahaya mata, itu tidak bermakna yang mereka tidak layak lagi ditegur & dididik. Tugas kalian sampai di situ sahaja, tanggungjawap kalian cukuplah pada anak-anak sahaja. Biarlah anak-anak kalian memikul tanggungjawap mereka.

Ibu bapa, tegur & didiklah sebaiknya. Hidup bukan hanya dunia, tapi akhirat sana.

Anak-anak, fikirlah demi mereka (ibu bapa). Cukuplah, jangan kau jadikan mereka HAMBA.

– A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *