Assalamualaikum kepada semua pembaca. Salam perkenalan aku hulurkan, nama pena aku di sini aku gelar Jang. Aku masih bujang dan berumur pertengahan 30-an.
Sedikit mengenai aku, aku mempunyai kerjaya yang stabil dan kewangan yang kukuh.
Kali terakhir aku bercinta tak silap aku 8 tahun lepas. Anak ex aku pun sekarang dah masuk darjah satu.
Lepas putus dengan dia aku fokus cari duit, dia mintak putus pun sebab masa tu gaji aku ciput. Almaklumlah kita ni fresh grad, dia pulak dapat kacang hijau.
Setakat di sini sahaja mukadimah aku yang tak berapa pendek, kita teruskan pada confession aku yang sepatutnya aku confess dekat orang lain tapi aku luah dekat sini dulu.
Aku pengurus dekat syarikat yang aku tengah kerja ni. Awal tahun haritu company aku ada ambil lebih kurang 10 orang kerani untuk diletakkan di pelbagai department. Department aku je tak ada staff baru sebab orang bawahan aku semua cukup dan function.
Ada seorang perempuan ni selama dia kerja situ aku tak perasan pun kewujudan dia, kita panggil dia Zara.
Department Zara ni selalu je berurusan dengan aku dan ada beberapa report yang aku kena semak dan sign. Biasanya report tu dia akan share dekat email je dan notify aku dekat whatsapp.
Dia selalu je lalu-lalang depan bilik aku untuk letak file, dokumen atau jumpa anak buah aku.
Awal bulan lepas aku ada meeting dengan pengarah dan Zara terlibat sama. Department Zara ni pelik sikit, tak ada manager atau supervisor. Atasan dia pengarah, tapi jawatan kerani.
Aku duduk betul-betul berdepan dengan dia. Aku tengok dia, eh cantiknya perempuan ni. Aku dah tengok sekali, aku tak boleh nak alih pandangan aku.
Selama ni aku nampak je dia, tapi kenapa kali ni baru aku rasa tertarik? Sejak dari hari tu, aku sengaja isi report dia tak lengkap supaya dia cari aku balik.
Kadang-kadang aku padam sikit isi report dia, tanya dia kenapa tak lengkap ni? Aduh rasa berdosa, tapi tu je cara aku nak communicate dengan dia.
Tempat dia dekat dengan toilet dan surau, jadi semenjak aku berkenan dengan dia ni aku selalu pergi toilet sampai staff lama semua perasan. Selama ni aku memang tak pernah tunjuk muka pun kecuali pergi solat.
Aku pernah pergi toilet 5 minit sekali sampai staff tegur aku, dia ingat aku cirit. Bila dia tegur baru aku perasan aku kerap sangat pergi tandas.
Waktu solat aku memang paling punctual. Dari zuhur nak tunggu asar tu Ya Allah kenapa lambat sangat masuk waktu ni?
Zara suka duduk dekat meja dia pakai telekung kalau lepas solat zuhur. Masuk je asar dia fly masuk dalam surau. Comel sangat bila dia macam tu, Ya Allah.
Company aku memang benarkan staff buat macam tu, maksudnya nak pakai telekung ke atau nak baring sambil buat kerja pun tak ada sesiapa nak marah. Marah kalau kerja tak jalan.
Aku adalah risik-risik dari orang lain, katanya Zara tu memang single. Bila berdepan dia okey je, tapi dalam whatsapp dia dry text sikit.
…….
Selamat pagi encik, report tak lengkap.
Eh yeke? Kejap2 saya isi.
Okey tq.
……….
Tu je conversation kami setiap hari ulang-ulang saban hari. Aku nak minta number phone dia malu. Mula lah aku nak salahkan company kenapa bagi phone sorang satu pada staff?
Company aku melarang staff berkomunikasi tentang kerja menggunakan handphone peribadi. Jadi aku ada nombor office dia je. Bila balik, confirm dia tinggal phone tu dalam laci.
Bila nak balik kerja dan aku nampak dia gerak je, aku cepat-cepat bukak langkah biar seragam. Masa datang kerja pun aku parking tepi dulu, nampak dia masuk baru aku parking sebelah.
Masa sama-sama jalan nak masuk office tu, aku adalah tegur dia tapi rasa janggal. Aku pernah tanya dia, pergi kerja sorang je? Bila fikir balik mestilah sorang, takkan dia nak bawak mak dia? Kenapa soalan tu yang keluar dari mulut aku?
Aku tak tau nak mula dari mana. Adakah aku terlalu tua untuk bercinta? Aku pun dah lupa nak bercinta macam mana?
Sempena Aidilfitri yang mulia ni, korang bagi lah tips sikit dekat aku. Kot raya kedua ni aku boleh terus meminang.
Sekian, Assalamualaikum.
– Jang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ko ni dik buat akak senyum sorang2 la