Mak & Kami

Hi, nama aku Ratin. Usia aku 32 tahun. Dah berkahwin dan aku ada 5 adik beradik. Aku bercerita sambil nak tanya pendapat korang sambil nak meluah. Sebab aku rasa sakit hati, sedih, geram tapi boleh dilepaskan. 

Prose’s membesar kami adik beradik dalam kehidupan family yang sederhana. Sederhana dari segi duit, dan emosi.

Ayah aku sebelum usia aku 15 tahun pun tanggungjawab kewangan dikongsi bersama mak aku, lepas usia aku 15 tahun, tanggungjawab tu jatuh hampir 90% pada mak aku. 

Aku faham mak aku terbeban emosi tapi kami adik beradik ni matang cepat. Banyak nasihat yang kami bagi untuk atasi masalah mak dan abah, tapi macam biasa. Curah air ke daun keladi.

Aku pernah mesej mak aku bila dia mengadu, 

“Masalah mok sebab mak letakkan bahagia pada orang lain. Mak buat konon untuk abah, tapi bila abah tak hargai, mak salahkan orang lain. Lumrah manusia ramai yang tak reti menghargai, nak2 abah yang memang dah 30 tahun macam tu”

Disebabkan kehidupan sederhana kami sekeluarga, anak2 banyak ambil tanggungjawab ibu bapa. Kami bangun awal pagi bekerja walaupun masih sekolah, lepas jam 10 malam baru kelam kabut dapat siapkan kerja sekolah..

Aku dulu jalan kaki p sekolah, sambil jalan tu aku hafal / study subjek2 yang melibatkan hafalan..

Dan yes, aku, dan adik beradik lain adalah top scorer. Mak ayah aku bangga.. Konon walau kene tolong kerja, kami tetap berjaya dari anak orang lain. Yang sengsara?? Anak2 la kan.. Penat, stress… 

Aku pernah balik exam pmr, penat, balik rumah jalan kaki 3km, baru buka baju mak aku dah panggil buat kerja rumah, aku tertidur sambil buat kerja. Dan mak aku masih ingat moment tu sambil gelak. Bagi dia kelakar. Tapi bagi aku, sakit..

Over ke kalau aku rasa sakit? Aku sakit sebab emosi remaja aku dari zaman aku kanak2 tak disalurkan dgn betul. Aku tak dibelai, tapi terus disalahkan, dihempap dengan beban orang dewasa… 

Kau yang beranak, kami tak pernah minta. Tapi bila susah,

“perit beranak aku ni tak hilang lagi”. 

Bila marah, mak aku menangis, 

“setitik air mata mak jatuh kebumi, neraka tempat anak”. 

Aku?? Haha.. Maaf, sampai satu ketika, ayat tu tak mampu menakutkan aku lagi. Pernah aku ditampar berkali2 sampai berdarah muka. Aku tak menangis.. Aku senyum dan pandang mak aku dengan pandangan 

“tampar la, aku tak sakit pun. Kau yang sakit bukan aku”. 

Dia tampar aku sebab sakit hati aku tak nak ikut dia picnic tapi aku kantoi keluar. Aku keluar rumah ke kedai runcit je, photostat kerja sekolah dan beli roti. Tapi dia tak percaya. 

Asyik mak aku je kan, abah aku takde? Abah aku ni kalau aku cakap dia seorang ayah yang culas nafkah, kau rasa apa level?

Kami adik beradik tak pernah dendam dengan dia. Tiap kali balik kampung, kami akan set untuk makan gathering. Dia suka solat di masjid, tapi bab tanggungjawab culas. Ironi kan?? Hahah.. 

Dulu, kami sampai merayu untuk dia tunggu. Nak makan sama2. Kami sampai merayu untuk dia tunggu kami nak bergambar raya.. Tak.. Dia pergi juga.

Sekarang, dia sakit. Kurang boleh keluar rumah. Bila anak2 balik kampung ramai2, lepak luar rumah, dia sanggup tidur di kerusi malas sebab nak sama2 lepak dengan kami. Sedih rasanya. 

Tahap aku dan adik2 tak buang abah aku ni sampai dia sakit kami basuh berak dia, kami tadah muntah dia dengan tapak tangan kami.. Aku sayang dia.

Pada usia aku 32 tahun, baru aku dapat dengan “abah sayang kak” itupun saat dia atas katil hospital bila aku basuh berak dia.. Aku cuma mampu senyum. Saat aku perlukan dia, saat aku nak dengar kata sayang dia.. Dia tak pernah ada. 

Orang kata ibu bapa ni ego, sayang tapi tak cakap. 

Sayang dengan perbuatan. Tapi kalau anak2 rasa sakit, sayang macam mana yang korang nak buktikan. 

Untuk ibu bapa diluar sana, anak2 perlukan sokongan emosi dalam proses pembesaran mereka. 

Cukuplah cerita kesakitan zaman lampau. 

Bila masing2 dah besar,.. Sekarang tiba masa adik lelaki bongsu aku nak kahwin. 

Dia pasukan beruniform.. Masa terhad. Boleh kata masa dia terhad untuk layan politik emosi mak bapak aku ni. 

Adik aku ni dari sekolah kurang pandai, jadi abah aku tak suka. Mak aku macam biasa je. Dulu kalau dia balik bercuti, bila nak balik ke tempat kerja semula, minta abah aku hantar ke stesen bas, mana mahu nya nak dihantar. 

“mu gi sendiri la, abah banyak kijo” padahal abah aku mana ada kerja. Haha.. Dia goyang kaki, ukur jalan je, kira kedai kopi. 

Sampaikan ada ayah kawan adik aku ni, yang memang baik dengan dia, boleh datang rumah, dan hantar dia pergi stesen bas. Mak aku, ada kereta, pandai bawak kereta.

Tapi dia pun pertahankan diri dengan alasan “mok tak leh bawak kete masuk bandar” haha….. Tapi bukan hal tu yang dia sebukkan. Dia sebuk salahkan orang lain “ayah kawan adik tu, mari ambik adik bukannya nak tegur bagi salam”.. 

Eh kau, itu yang kau sebukkan. Bukan nak sebuk pikir “mana nak letak muka ni, kereta ada, mak ayah tak dok kerja, tapi anak orang lain datang ambil dan hantar”. 

Adik aku sekarang ni nak kawen, urusan nikah kawen dia dan bakal isteri urus 90%. Kami bantu cuma 10%. Dan dia langsung tak minta tolong mak ayah aku. Sebab?? Sebab dia tahu, kalau minta tolong pun, bukan boleh tolong. Sentiasa dengan alasan. 

Aku pada sebelah pihak, aku faham kenapa dia buat macam tu. Pada mak ayah aku, dia jaja cerita dengan semua family. Katanya anak pinggirkan dia. 

Pinggirkan apa entah. Dah cakap majlis guna katering, guna wedding planner. Apa yang dia nak kecoh lagi. 

Bila majlis orang lain, dia faham fungsi catering dan wedding planner. Tapi bila majlis adik aku sendiri, dia buat2 tak faham.

Kami adik beradik urus sendiri kebanyakan hal. Kedatangan dia, pergi balik.. Semua orang dah uruskan.. Tapi boleh pergi berlagak mangsa dengan family lain. Yang family pun gigih la duk mencucuk.. 

Semalam, adik lelaki aku tu msg di wasap grup adik beradik (mak abah takde dlm grup tu) katanya mak meseg bakal menantu dia dah tanya macam2 berkaitan majlis. Padahal boleh je tanya kami sendiri. Katanya dia boleh urus kalau ada apa2 tak siap. 

Mungkin nadanya tak sedap untuk bakal mertua berbunyi pada bakal menantu begitu. Aku faham bakal adik ipar aku ni rasa dipersalahkan. Jadi dia p meroyan kat adik aku la tu.. Maka marah la adik aku ni.. 

Dia mesej dalam grup,.. Minta mak aku uruskan hal majlis. Tiba2 mak aku call aku “mok takleh buat, bla bla bla….” 

haha… Aku just sampaikan pada adik2 yang lain. Adik aku kata,

“sekiannn… Tahu doh, aku tak harap pun dia buat apa2.. Sebab sebelum ni pun macam tu. Tapi mesej (bakal menantu) macam boleh buat macam2.”

Oh by the way, mak aku ni bagi tahu yang bakal ipar ni meseg untuk bertanya kabar dan bagi tahu yang dia gementar sebab hari nikah dah hampir. 

Mak aku ni boleh cakap,

“malas mak nak pikir. Sebuk ke berdebar dia. Mok ni nak pikir ke serabut mak lagi, ke masalah mak lagi” 

Ya allah… Selama ni aku cuma dengar orang kata dengan mertua, tak payah la nak beria sangat, sekarang aku dengar mak aku yang perangai macam ni.. Perasaan / pemikiran macam ni untuk bakal menantu, sangat la keji bagi aku. 

Aku ada cakap dengan mak, benda yang terjadi ni, buat la jadi pengajaran. Mak ada 2 lagi anak yang belum kawen. Semua orang ada salah masing2. Adik ada salah dia, mak ada salah mak. 

Then mak aku jerit “saloh mok? Salah mok apa?”

Aku cakap ,

“ye lah, dah mak nak kawenkan anak, mak kene la ambik tanggungjawab tanya itu ini pada anak.” 

Then mak aku sambung salahkan adik aku. Haha… Dia tak salah.. Adik aku dah ada ura2 nak kawen setahun lepas lagi.

Bila dia mula nak cakap, mak aku sebuk nak cakap susah payah dia. Betapa dia susah nak menghadap perangai abah aku, betapa dia penat, betapa dia dah tua so dah tak larat nak layan benda lain selain hidup dia. 

Kalau fikir hal anak2 terus rasa senak, sesak nafas katanya. Haha… Maaf la mak, kami ni dah biasa hidup berdikari. Mak tak tolong pun kami dah boleh hidup sendiri ( keji kan ayat tu, aku tahu ramai akan judge, silakanlah )

Adik aku yang lain ada kata, mak aku hari2 merungut “lepas abang kawen ni, tenang la sikit mok, serabut kepala dok mikir” hahah… Kami gelak ramai2. Pikir apa? Majlis orang tak suruh urus. Duit pun 1 sen tak keluar.. Adik lelaki aku tak minta sikit pun. 

Oh yeah, mak aku ni angin sebab dia duk ulang,

“majlis pihak lelaki ni hak pihak lelaki. Kalau pihak lelaki tak nak buat pun tak ada masalah. Kalau nak buat jamu roti dan kari je pun tak ada masalah. Ni sampai buat majlis catering”

Dia tak puas hati sebab adik aku tak bincang dan tak nak dengar cakap dia. Haha… Aku faham dia sakit hati. Tapi aku faham sebelah adik aku juga. Majlis dia, duit dia, tak susahkan mak aku, apa lagi yang mak aku nak meroyan.. 

Mak aku ni, masa adik aku minta buat list tetamu 200 orang pun, sampai 2 bulan tak siap. Bila aku balik, aku paksa dan bantu dia buat list.. Tu pun meroyan ” nak jemput mari mana orang sampai 200 orang. ” haha… Aku yang tengok dia bukan nak marah dah, tapi nak gelak.. 

Masa awal2 plan, aku minta mak abah guna rm2k untuk segala proses majlis ( 2 majlis ).. Mak aku keberatan ” dah nak buat macam mana, korek je la duit mana pun “. 

Tapi bila majlis dah nak settle plan, cuma 200 je pakai duit dia. Tu pun adik aku kata ” tanya mok kot dia nak sponser jajan, biar nampak ada jasa sikit. Kang duk bising kata orang tak masukkan dia”

Aku ambil pengajaran antara kami dan mak aku ni. 

Jadi ibu bapa, kalau sentiasa merungut tentang susah payah kau je, lama2 anak pun rasa dia jadi beban. Ada anak yang mungkin akan bersifat tersasar. Tapi alhamdulillah, kami adik beradik berada di jalan yang lurus. Berdikari, dan masih ada hati kembali berbakti pada mereka. 

2kali setahun kami akan plan percutian family. Aku ni kalau holiday dengan family sampai demam la. Mak aku bukan mcam orang lain. Dia nak kita please dia anytime, tapi dia… Nan hado. 

Masak apatah lagi. Tak pernah dia pegang pisau masak untuk kami dah. Paling tidak buat air kopi. 

Aku banyak cerita hal mak aku ni sebab abah aku dah uzur. Tak banyak mulut dah. Kalau bawak p mana2 pun, diam je. Bagi makan, makan. 

Mak aku ni banyak cekadak lagi. Haha.. 

Mak ayah boleh pilih untuk jadi narcissist. Tapi sorry la, tak semua anak boleh jadi mangsa. Kami adik beradik tak da sorang pun jadi mangsa mak. Paling tidak kami diam je bila datang meroyan dia..

Tapi bila kami dok bergelak ketawa happy dengan yang lain, dia boleh menangis sorang2 dalam bilik air tiba2.. Haha.. Haduii… 

Korang bagi la sepatah dua kata. Nak kecam pun, takpe. Maybe ada silap kami sebagai anak. Aku boleh belajar baiki.

Wassalam..

– Ratin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Alhamdulilah anak2 kuat tidak terjebak dan tidak terkesan dengan drama mok tu. Biar lar mok tu memang dah tak boleh berubah, buat baik sekadar yang mampu je, Yang penting awak dengan adik beradik semua sepakat.

  2. Allah sayang kamu tt and siblings. Mak ayah perangai mcm tu pun alhamdullilah anak2 jadi org, matang, tahu beza baik buruk dan masih boleh santuni mak ayah.

  3. Mungkin sbb yg mcm nilah yg membuatkn ada ank2 yg sanggup nk ‘membunuh’ ibu bapa mrk (na’uzubillahi min zalik).. mmg kdg2 ada juga ibubapa yg ‘silap’ membesarkan dan mendidik ank2, tp mngkin juga bnyak yg ‘tersirat’ dari yg ‘tersurat’ pd pandangan ank2.. klau keadaan kehidupan yg semua ‘smooth’ dari semua segi, mngkin impaknya x begitu ketara, itu pon ada juga yg diuji dari segi yg berbeza pula.. tunggula klaw dah punya ank2 nt, mngkin mrk akn merasa juga ‘ujian’ buat mrk, dari ank2 mrk pula.. slalu kita dengar org kta, “what u give, u will get back” ..mngkin juga ank2 mrk pula yg akn jd ‘confessor’, mngkin krn terlalu ‘sibuk’ dan mewah sehingga tiada mse dgn ank2.. atau diuji dgn ank2 yg bijak, tp tiada hormat dgn ibubapa.. arau dari segi yg lain juga, dlm dunia ini mcm2 yg boleh berlaku.. cuma ingatla, bhw dunia ini hanya sementara.. mngkin ada ‘kifarah’ di dunia, spt sakit, tiada wang dsb., tapi ketahui lah bhw mahkamah Allah lah yg paling “adil” & di Sana nt semua akn diadili.. sya pernahmendengar seorang ank berkata, kalau lah ibu bapa nya dpt masuk Syurga, dan dia masuk Neraka, dia akn ‘heret’ ibu bapanya sekali ke Neraka, krn mrk lah yg menyebabkannya masuk ke situ.. sama2 lah kita nilai kata2 yg sebegitu, sama ada kita di pihak ibubapa, mahu pon ank2, yg suatu hari nt akn menjadi ibu bapa pula, dan x mustahil ank2 yg ke depan nt, lgi hebat dan kreatif imiginasi dan kenyataannya yg ‘ikhlas’ dari hati.., & begitulah seterusnya.. wallahu a’lam .. 😔

  4. Sebagai someone yg ada mak ayah mcm ni jgk sy faham..lama2 anak2 pun jauhkan diri sebab malas gaduh n kalau kumpul sama pun kata2 semua menyakitkan hati..fikir dia je susah,orang lain xsusah..asyik meratib susah dia, padahal semua nampak kerja dia byk goyang kaki je..anak nak apa2, semua usaha sendiri..sampai tahap takat belikan seluar sekolah anak yg dh koyak pun nak ungkit2 dah keluar duit byk apa semua..kpd parents kat luar sana, kalau rasa ssh sgt ada anak, lain kali kalau berhubungan pakai pelindung or takyah buat hubungan langsung..kalau sy, mmg sy ambik keputusan jauhkan diri, elak sakitkan hati masing2..tapi kalau awk masih kuat nak melayan kerenah parents awk, tahniah sebab awk org yg sgt penyabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *