Hi. Salam. Aku Zameera. Ini page confession kan. Jadi aku pun nak lah meluah jugak. Luahan yang terpendam kan. Saja lah nak baca pandangan korang semua.
Macam ni.. Dipendekkan cerita, Pak Su aku ada la main main cinta. Aku pun tak pasti la apa kisah Pak Su aku tu sebab rasa macam tak baik pulak nak korek hal orang kan.
Tapi sebelum aku tau yang Pak Su aku ada main cinta tu, aku tengok Pak Su aku tu lain gila perangai dan perwatakan dia. Dia macam banyak diam dan follow je apa orang cakap. Dan keadaan dia nampak serabut.
Aku tak tanya la. Tapi tertanya-tanya jugak la, haha. Sebab lain gila dari sebelumnya. Sampailah satu hari Mak aku, yakni kakak kepada Pak Su aku, dia bagitau yang Pak Su kantoi main cinta dengan Mak Su.
Mak Su dapat tau bila Mak Su secara random tiba-tiba hari tu dia buka hp Pak Su dan jumpa wasap Pak Su dengan pompuan.
Dipendekkan cerita dorang main cinta dah bertahun wei. Tapi tak la sampai atas katil, just keluar sama sama shopping dan wasap. Gitulah kata mak aku.
Masa ni Pak Su aku cerita semua la sebab Mak Su aku dah bagai nak gila bila tau Pak Su aku main cinta dengan orang lain. Gaduh besar la wei. Pak Su aku ngadu la kat mak aku. Dia nak pegi mana wei. Dia mengadu la kat mak aku esak-esak mak aku cerita.
Tapi Pak Su aku dia jadi macam tu dia sendiri pun tak tau nak jadi macam tu. Masa main cinta tu dia sedar dia ada anak bini. Tapi entahlah kata Pak Su aku. Bila dah kantoi, dia rasa bersalah sangat dan dia putus dengan pompuan tu dan dia pun taubat la.
Pak Su aku sayang anak bini dia wei. Tapi entahlah. Mak Su aku dah marah bagai nak gila dah siap ajak pergi pejabat agama lagi.
Benda ni jadi lama dah mak aku cakap. Tapi kiteorang macam tak perasan sangat sebab reaksi Mak Su bila kiteorang jumpa nampak dorang biasa je. Happy Family.
Mak aku cakap sebenarnya lepas kantoi tu Pak Su banyak ikut cakap Mak Su sebab dia nak tebus salah dia. Dia mengaku yang dia salah dan dia seolah olah macam lembu dicucuk hidung ikut je apa kata Mak Su. Tu kata mak aku lah apa yang dia perasan.
Kemudian, satu hari, Mak Long aku pulak tiba-tiba cakap yang Mak Su tu narsisis sebenarnya. Masa ni gossip family la. Mak Su aku tak ada.
Mak Long cakap dia nampak Mak Su dah jadi macam narsisis sekarang. Sebab dia keep ulang2 salah Pak Su seolah olah baru semalam kantoi. Dan sebab itu jugak Pak Su mengaku kat mak aku yang dia dah macam putus asa nak pujuk Mak Su.
Setahun (2024) dia pujuk Mak Su. Ikut apa kehendak Mak Su. Jual harta sekangkang kera sebab terpengaruh ngan kata-kata Mak Su (Masani weols satu family tanjat jugak bila Pak Su bagitau nak jual harta dia yang baru dia dapat lepas atok meninggal).
Mak aku pun terkejut bila Pak Su bagitau kata nak jual harta dia tu. Ye lah harta pusaka kan. Entah lah. Itu yang Mak Long aku bagitau yang Mak Su ni Narsisis.
Aku pun serba salah bila Mak Long gosip gitu, haha.
Lama tu, rupanya Mak Long ada kes jugak dengan Mak Su. Aku tak tau. Haha. Yelah aku kan budak hingusan je. Rasa macam pehal pulak nak sibuk hal orang tua kan. Tapi aku tau semua ni sebab mak aku cerita.
Mak aku pun sesak dada dia simpan sorang dia kata. Nak kena meluah jugak. Aku pun dengar je la apa mak aku cerita.
Mak aku cerita lagi, kes Mak Long dengan Mak Su tu lama jugak. Lepas kes tu dorang dingin. Kisah dorang ni Mak Long aku tolak perlawaan Mak Su untuk satu hal ni. Mak Su macam paksa Mak Long suruh ikut dia tapi Mak Long tolak cara baik sebab kewangan pun cukup cukup kan.
Tapi Mak Su macam tak boleh terima penolakkan Mak Long tu, dia terus dingin dengan Mak Long. Mak Su cakap gini lah lebih kurang ayat dia, “Kalau kak tak nak sudahlah. Lepasni Su dah taknak tolong.” Pastu terus Mak Su dingin dengan Mak Long.
Tapi bila jumpa family gathering Mak Su riak dia macam biasa je macam tak ada apa apa berlaku. Jadi aku pun tak perasan yang dorang sebenarnya dingin.
Bila semuka macam ok la boleh borak jugak. Tapi bila dorang berdua memang Mak Long cakap tegang. Dia kata Mak Su pandai berlakon.
Sampai sekarang dorang dingin. Mak Long aku, dia cakap dia ok je. Mungkin salah dia jugak dia pun minta maaf lah tapi keadaan still sama.
Pak Su aku pun lepas kes kantoi tu nampak perubahan dia lain. Dia kata kat mak aku dia dah bertaubat, banyak luang masa dengan family dan dia cuba pujuk Mak Su tapi Mak Su macam dingin dan main tarik tali. Aku pun tak faham.
Pak Su aku cakap dekat mak aku, lepas kes kantoi tu, Mak Su akan cek phone Pak Su hari hari. Lepas waktu kerja kalau tak sampai rumah lagi, Mak Su akan call. Kalau pergi kedai pun Mak Su akan call tanya dah siap beli barang ke belum. Dah ke kedai terus balik.
Kerja-kerja rumah Pak Su buat. Yamg ni aku ada nampak jugak. Kerja-kerja dapur Pak Su ada buat. Tapi aku ingat dia ni macam sweet la tolong Mak Su kan, rupanya Pak Su kata kalau dia tak buat memang tak makan la anak anak. Rumah pun akan sepah kalau dia tak buat.
Senang cerita Pak Su kata kalau dia tak buat semua tu rumah memang tongkang pecah dan dia dan anak anak akan kebulur la. Makan pun banyak beli dari luar je, tapau.
Pak Su cakap mana makan beli selalu. Tiap kali gi rumah mak aku, Pak Su makan macam tak pernah makan. Dia kata sedap. Lama tak makan makanan yang masak dirumah. Gitu lah kata mak aku.
Mak aku cakap sian pulak ke Pak Su. Entahlah. Mak aku ada cakap dia pernah nasihat gitu gitu je dekat Pak Su dan Mak Su. Tapi tak tahu lah dorang macam mana dirumah kan. Setakat ni mak aku dapat info pun bila Pak Su datang rumah mak aku lepas pegi kedai nak meluah.
Pak Su tak pernah cerita kat orang masalah dia kecuali dekat mak aku. Mak Long aku tau pun mak aku cerita. Pastu baru Pak Su bagitau Mak Long aku kisah dia tu.
Mak Long pun terkejut bila Pak Su confess. Tapi tu lah. Nak kata apa kan. Dah tua tua. Benda dah jadi. Masing masing dah tua. Tergaman seketika la masatu.
Tu lah macam tu lah. Suasana keluarga Pak Su macam tu lah sekarang. Mak Su masih beriak biasa bila jumpa. Like nothing happened.
Dan Mak Su tak tau kot yang aku tau. Jadi aku pun buat biasa je. Tp pada pandangan aku dorang nampak biasa. Mungkin pandangan aku pandangan tak matang kot haha..
Tapi aku perasan lately ni, bila Mak Long ajak gather semua, family Pak Su tak join, dorang akan ke mana mana lah atau balik kg Mak Su.
Sorry korang kalau penceritaan berterabur atau korang tak faham, aku just nak luah je, hehe. Sebab aku pun lately ni banyak jugak fikir fikir yang tidak-tidak.
Entah lah. Aku kalau boleh tak nak la family aku jadi berpecah belah. Aku nak semua gather sama sama macam duku duku. Happy je gelak gelak. Balik kampung semua sama sama riuh rendah, walau tok dan wan dah tak de.
Harapnya raya tahun ni dapatlah clear semua dan happy semula.. aamiin..
– Zameera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit