Assalamualaikum semua.. Ini first time aku submit cerita kat sini. Sebelum ni, aku baca je confession yang best2, tapi kali ni, aku pulak nak share pasal story aku.
Macam tajuk kat atas, aku nak pesan siap2 kat reader, aku bukan nak burukkan mak atau mak mentua aku. Bagi aku, dua-dua ada baik dan buruk masing2. Ok, jom baca…
Mak aku ni asalnya orang susah, orang kampung, yang takde pendidikan formal (tak pergi sekolah, buta huruf).. Kalau tonton tv cerita Hindustan ke, cerita cina ke, kau duduk sebelah dia, memang kau akan jadi penglipurlara untuk dia..
Kalau kau tak bukak mulut, memang dia bising tanya kau apa yang pelakon tu bebel. Tapi, walaupun mak ni orang susah, mak ni pandai cari duit untuk bantu ayah sara keluarga..
Mak jual kuih, ambil upah jahit baju, jual ikan sayur, macam-macam lagi mak buat.. Kalau bab duit, mak memang pandai kira,walaupun mak tak sekolah.. mak memang suka bisnes, modal je yang tak cukup masa tu.
Mak mentua aku pulak, orang educated…dulu pernah keja di sektor awam, tapi berhenti awal sebab ada masalah kesihatan. Ayah mentua masih keja di sektor awam, jawatan besar,duit cukup untuk sara keluarga..
Sebab tu jugak, ayah mentua suruh mak mentua berhenti keja. Kiranya, mak mentua aku senang sikit dari mak aku, sebab dia tak perlu sibuk nak fikir mana nak cari duit. Tiap hujung bulan, dia akan dapat duit dari ayah mentua..
Walaupun mak aku ni tak educated, tapi mak aku ni technology person jugak tau.. Dia kalau dapat tahu satu benda yang dapat mudahkan kehidupan dia, dia memang akan sedaya upaya kumpul duit untuk beli benda tu.
Contohnya, mesin basuh, blender, periuk nasi dan cerek otomatik (kebanyakannya barang dapur la), yang dia guna sehari-hari tu..
Masa kat kampung dulu, boleh dikatakan rumah kami antara yang terawal ada benda-benda macam ni.. Mak sanggup tak ada simpanan, asalkan dapat benda yang boleh mudahkan hidup dia dan kami sekeluarga.
Mak mentua aku pulak, of course la ada ada semua benda macam kat atas tu kan.. Ayah mentua aku belikan siap2, untuk mudahkan kerja mak mentua aku..
Tapi… walaupun mak mentua aku ni reti guna benda tu semua, dia langsung tak pernah guna benda yang ayah mentua aku belikan tu.. cuci baju, masih guna tangan…
Nak blend sesuatu, masih guna lesung tumbuk sampai lumat, nak masak nasi, masih guna dapur gas, nak masak air pun sama… so, secara automatik, barang2 elektrik kat rumah mentua aku masih elok sampai berpuluh-puluh tahun… yelah, sebab jarang guna kan…
Yang kat rumah mak aku pulak, entah berapa kali dah bertukar ganti sebab rosak, sebab memang dia guna sepenuhnya, sampai lunyai…
Masa mula-mula kawin dengan suami dulu, suami aku tak benarkan aku cuci baju dia guna mesin, nanti rosak katanya..
Aku blend ramuan masakan pun, dia kata tak sedap kalau guna ramuan blend, sedap lagi kalau ditumbuk.. dia nak aku jadi macam mak dia..
Aku pulak, dah di ajar guna semua barang elektrik tu dari remaja lagi, untuk mudahkan kerja aku.. tiba-tiba, bila dah kawin, nak kena twist pulak…
Memang tak la wei… Yelah, kau dah biasa senang kan, tiba-tiba suami kau suruh kau kembali ke kaedah tradisional dia tu..
Aku tak faham la, kenapa mak aku yang tak educated tu, boleh terfikir nak buat sesuatu kerja dengan mudah dan cepat, sedangkan mak mentua yang educated tu, boleh buat sesuatu yang menyusahkan diri sendiri..
Nak dijadikan cerita, satu hari tu, kami suami isteri bermalam di rumah mentua saya. Suami pesan siap2, jangan guna sebarang alat elektrik kat rumah tu, macam mesin basuh, periuk nasi, heater pemanas air.
Kebetulan, masa tu pulak musim hujan.. banyak pulak baju yang tak sempat nak kering…
Satu malam, waktu semua orang dah tidur, aku curi2 spin baju guna mesin basuh.. Takde sorang pun yang perasan time tu…Tapi, nasib aku tak baik…
Keesokan paginya, mak mentua aku detect kat mesin basuh dia, ada titisan air.. Dia punya marah kat aku dan suami aku, macam nak perang dunia beb… Membebel seharian tanpa henti..
Aku dah minta maaf banyak kali, terangkan kepada dia kenapa aku guna mesin basuh dia, tapi mak mentua tetap tak nak terima alasan aku… Lepas peristiwa tu, aku memang tak berani guna sebarang alat elektrik kat rumah tu..
Ada jugak aku bercerita dengan rakan sekerja pasal mak mentua aku ni, minta nasihat dia orang.. tapi, at the end, dia orang gelakkan aku, sebab dia orang tak dapat nak imagine aku ni cuci baju guna tangan, kalau nak mandi air panas, nak kena jerang air..
Aircond ada, tapi tak boleh on, mesti guna kipas je.. kawan-kawan tanya aku balik, zaman dah maju kan… kenapa nak susahkan diri sendiri.. aku takde jawapan.
Aku pernah tanya suami, kenapa mak tak nak cuci baju guna mesin… kenapa tak nak on aircond kalau panas, kenapa tak guna microwave dan oven kat dapur… Mak pernah fobia ke?
Suami jawab, mak tak pernah percaya kepada benda2 tu semua. Bagi mak, cucian tangannya lebih bersih, tumbuk guna lesung batu lebih halus, panaskan lauk guna dapur gas, lebih sedap..
Jerang air dan masak nasi atas dapur gas,lebih mudah.. Mak kata, buat apa guna mesin2 tu semua, kalau hasilnya tak memuaskan.. Mak tak kisah sakit2 badan, lenguh2 tangan, asalkan hatinya puas dengan result..
Last…. nak cerita pasal birthday mak dan mak mentua aku ni…Mak aku, dia tak pernah tahu birthday dia bila… kita orang anak2 dia tau tarikh lahir dia pun, tengok kat ic je la.
Since dia tak tahu, dia tak kisah kita orang celebrate birthday dia ke tak.. Birthday kita orang memang dia tak pernah nak celebrate, yelah, orang susah kan..
Sampai satu hari, dia pergi klinik, nurse tu ucap la happy birthday kat dia, dia boleh tanya nurse, betul ke hari tu hari jadi dia… hari bulan pun dia tak tahu, apatah lagi hari jadi dia.. Mak aku memang tak pernah nak tahu pasal sambutan hari jadi.
Mak mentua aku pulak, memang kena ada majlis besar-besaran untuk birthday dia…Hadiah dari suami, anak dan menantu memang kena wajib ada.
Yang peliknya, dia suka kalau kita bagi alat elektrik.. Saya belikan dia vacuum, suami belikan dia smartphone..
Sampai ke hari ni, saat ni, benda tu masih elok berbungkus… tak pernah guna, tapi, dia suka sangat dapat benda tu, siap cerita kat saudara2 dia, dia dapat barang2 tu semua… pelik kan?
Pernah sekali, kita orang tak sempat nak buat majlis birthday dia, ingatkan nak buat hujung bulan sekali… dia merajuk, sampai lari dari rumah…
Penat bapak mentua aku pegi cari dia… nasib baik jumpa, kalau tak, keluar tajuk surat khabar, isteri lari dari rumah merajuk kerana suami tak sambut birthday…
Banyak lagi aku nak cerita pasal mak dan mak mentua aku ni… nak tengok feedback korang dulu macam mana… kalau mendapat sambutan, aku sambung… kalau hambar, aku confess cerita lain pulak…
Tapi, aku nak tekankan kat sini, aku sayang kedua-duanya… Cuma, aku pelik je… Al fatihah untuk arwah mak aku dan doa yang baik2 untuk ibu mertua aku… I love both of you…
– Kak Zett (Menantu Bukan Hantu) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit