Aku ada gap umur yang besar dengan kakak sulung. Adik beradik kami ramai, 8 orang. Jadi aku si bongsu gap dengan dia lebih kurang 15 tahun.
Dulu masa kecil, aku sangat pandang tinggi kakak aku ni. Kerja hebat, belajar luar negara, aku inspired to be like her. Masa kecil, dia selalu sangat mengeluh semua beban pada aku. Ibu ayah aku orang biasa, kerja kampung tapi kami bukanlah susah, masih cukup makan.
Bila kakak sulung aku kerap sangat ulang beban beban beban, perkara ni sedikit sebanyak embedded dalam otak aku. Jadi aku sangat kasihankan dia dan sanggup buat apa saja demi dia untuk bahagiakan dia sebab pada aku, kami yang bawah ni beban pada dia.
Masa tu aku belum faham kenapa adik beradik yang lain memang tak suka pada kakak aku ni. Walaupun perangainya suka marah, aku tetap bersabar.
Meningkat remaja, aku perasan yang kata-kata yang dikeluarkan oleh kakak aku ni bukan semuanya baik sebenarnya. Kebanyakannya lebih kepada perlian, dan arahan suruh buat kerja untuk dia.
Kalau minta dengan baik, mungkin aku pun tidak terasa. Tapi, lagaknya itu memang ibarat suruh orang gaji, walhal aku adik dia.
Aku tetap bersabar walaupun pada masa ini setiap kali imej dia marah dan mengamuk tu buat aku teringat dan terngiang di kepala walaupun aku sedang belajar.
Aku cuba juga nak utarakan perangai marah dia kepada ibu ayah, tapi aku takut sebab bila adik beradik lain utarakan perangai ni, jadi perang besar dalam rumah dan kot mana pun nanti selain kakak sulung yang kena beralah dan minta maaf walaupun memang punca dari kakak sulung aku.
Ibu ayah aku juga suruh aku sabar dengan kerenah dia sbb dia sorang sorang, yang lain tak baik dengan dia. Jadi aku sebagai bongsu kena sabar.
Sampai aku 20-an, aku ingat normal hubungan adik beradik macam tu. Sampailah aku masuk universiti. Baru aku sedar apa yang aku hadapi tu tak sihat.
Bila ada pergaduhan adik beradik, kakak aku takkan bagi aku bercampur dengan adik beradik lain dan mesti backup dia. Sampai aku nak sebut nama adik beradik lain pun tak berani sebab takut dimarahi.
Aku jadi semakin hilang keyakinan diri, rasa tak boleh berdiri sendiri. Dia juga selalu herdik aku cakap aku gedik, mengada, manja yang pada asasnya aku sangat tak faham kenapa dia cakap benda macamtu kat aku hari hari.
Kalau ada benda tak kena pada dia, macam aku masak nasi tak tekan cook, dia akan campak periuk pada aku. Dia juga asyik ulang waktu dia dulu susah susah susah sampaikan kasut aku dah terkoyak nampak kaki depan aku takut nak minta dengan ibu ayah sebab kalau dia tahu dia akan marah aku.
Nak dijadikan cerita, Tuhan takdirkan aku rapat dengan sahabat yang rata-ratanya anak sulung. Bila aku tengok layanan mereka pada adik beradik sangatlah berbeza dengan kakak aku. Mereka layan adik dengan penuh kasih sayang.
Aku juga mula persoalkan diri aku, tak cukup baik ke sebagai seorang adik aku ni sedangkan aku dari kecil langsung tak pernah melawan dia. Kakak aku lebih berumur dari sahabat-sahabat aku, bukankah dia sepatutnya lebih matang dan menyayangi adik beradik?
Aku sambung buat postgrad di uni di KL, dia minta aku duduk di rumahnya sebab dia baru bercerai dan perlukan teman untuk dia dan anaknya. Aku agak hesitant, tetapi ibu ayah pujuk sebab kesian sangat pada dia. Aku turutkan..
Aku sedang buat masters, jadi mestilah ada kelas & assignment yang perlu dihadiri dan dibuat. Tapi dia… hari-hari suruh aku kemas rumah & cuci bilik air & masak & sebagainya. Setiap hari sebelum keluar rumah aku wajib masak, kemas rumah.
Jika aku tak sempat buat kerja rumah sebab kena hadir kelas pagi, balik tu aku mesti buat. Jika tidak akan keluar ayat begini dari dia “Kau ni belajar je pemalas dah duduk rumah aku tolong kemas pun tak reti?”
Belum dikira lagi aku kena jaga anak dia juga. Jaga di sini termasuk mandikan, makan, dan tidurkan. Ya, anak dia tidur dengan aku. Aku siap pernah bawa anak dia ke kelas sebab dia taknak hantar anak dia ke taska. Aku sangat penat dan stress dengan benda ni.
Aku tak dibenarkan berkawan. Aku rasa macam dunia tertutup. Duit takde, badan penat, otak penat. Sekurang-kurangnya orang gaji dapat duit, tapi aku? Perlian sahaja. Terima kasih pun tak pernah.
Dia suruh aku buat semua ini sebab dia cakap kerja dia penting, dia orang penting. Habis aku? Aku ni adiknya?
Aku cuba adukan perkara ni pada ibu. Tapi macam biasa, ibu suruh aku bersabar. Sebab ibu cakap kesian dia susah dengan anak lagi. Tapi aku? hidup aku tak susah? Aku tak boleh ada kehidupan sendiri? Bila dia dapat tahu aku hubungi ibu, aku dimarahi macam orang gila.
Dia buat silent treatment, setiap kali lalu sebelah aku dia baling selipar. Aku rasa hina-sehinanya. Aku juga tak boleh nak ajukan benda ni pada adik beradik lain sbb dari kecil aku dh diasingkan dgn adik beradik lain.
Kesabaran aku semakin tipis sampailah bulan lepas dia tengah marah aku jerit cakap “diamlah perempuan bodoh”. Aku terus ambil beg dan bawa keluar barang aku. Aku terus lari balik kampung.
Sampai kampung, rupanya kakak dah call ibu maklumkan aku lari balik kampung. Dia cakap kat ibu aku ni mengamuk padahal suruh sapu rumah sikit je. Dan aku.. kena marah pula dengan ibu kenapa tak sabar dengan kerenah kakak.
Aku sampai rasa macam nak pergi tengah jalan, biar jelah orang langgar supaya aku mati sebab aku tak tahu nk keluarkan rasa sesak dan sedih dalam hati aku ni. Aku nak korbankan diri aku macam mana lagi?
Result masters aku teruk sebab stress perkara ni. Aku rasa macam takde halatuju. Hidup aku ni tak berharga macam kakak aku ke?
Kenapa tak boleh sekali je, sekali je ibu cakap dahlah adik, ibu tahu adik dah buat yang terbaik. Kenapa aku dilayan sampai macam ni? Kenapa walaupun ibu tahu aku diherdik secara mental dan fizikal, ibu masih suruh aku sabar? Aku ni bukan anak ibu ke?
Kenapa ibu tak boleh cakap pada kakak layan adik baik baik? Kenapa? Kenapa mesti aku je yang beralah sebab aku bongsu?
Kepada para pembaca, tolonglah doakan aku.. kesejahteraan aku. Aku dah rasa penat dengan hidup. Setiap waktu aku berdoa pada tuhan kuatkan hati aku, let things go. Tapi hati aku rasa berat dan sakit sangat.
Semoga ada keajaiban buat aku di hari-hari terakhir Ramadhan ni. Doakan aku..
– Adik tawar hati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit