Mak Mentua Ku Karen Rupanya

Aku dalam proses cerai dengan suami sebab campur tangan third party. Mak mentua dan anak dara dia yang suka sangat masuk campur hal aku laki bini.

Aku tergerak nak buat confession ni, nak nasihat sikit adik-adik yang masih berkepit dengan mak, yang duduk serumah dengan mak, nikah pun tidak, tak payah nak masuk campur hal rumah tangga orang lain dengan kata lain jadi batu api.

Ye hati aku sakit. Aku dah sound tuan punya badan. Tapi aku nak melepaskan juga rasa di hati.

Hanya kerana aku tak turuti kehendak mereka dan keluarga mereka aku diherdik, dihina sesuka hati mereka. Gambar keluarga yang ada aku, muka aku kena liquid pas tu color plak dengan marker pen hitam. Ada gambar yang kena mark tanda X kat muka.

Terjadi pergaduhan mulut, suami aku pilih keluarga dia. Yang jadi mangsa aku, iyalaa ayat mil bini boleh dicari hanya di atas kertas jer, hubungan anak dengan mak kekal sampai bila-bila. Guna modal syurga anak bawah tapak kaki mak, nanges sikit. Settle.

Aku paham tanggungjawab anak lelaki kat mak. Paham. Mak yang lahirkan dia, besarkan dia. Paham. Sebab aku pun ada mak ayah, tanggungjawab kat mak ayah bukan khas untuk anak lelaki jer tapi dah nama anak tanggungjawab pada ibu bapa tu jangan abaikan.

Aku tak larang suami balik rumah mak dia everyweek. Sampai payah nak balik kampung aku ziarah mak ayah. Kalau aku nak jenguk mak ayah tanpa suami di sisi sebab dia walau macam mana pun mesti nak balik kampung tengok mak dia tiap minggu.

Aku mengalah. Laki aku pangkah duit aku semata nak balik kampung dia pun aku layankan jer, duit tol, duit minyak. Mula-mula aku okay, yang buat aku tak okay bila pihak belah sana tak boleh langsung nak tolerate dengan aku.

Kalau boleh nak berkumpul tiap minggu tanpa gagal anak beranak dia jer, nak semua ada.

Kalau seorang anak menantu takde akan ada drama nangis dan air mata kata menantu ni tak suka balik kampung jenguk dia walhal everyweek balik tunjuk muka. Apalah salah mengalah kasi can kita nak bermesra dengan mak ayah sendiri. Selfish!!!!

Gaji aku RM3500. Loan rumah aku bayar RM1200 sebab nama aku, kereta RM850, duit petrol aku gi keje RM300, telco RM35, cukai pintu RM13 sebulan simpan, cukai tanah RM9 sebulan aku simpan, iwk RM8,

Aku gi keje bawa bekal, barang dapur RM300, barang kering, barang basah RM100 seminggu, sebulan dah RM400.

Balance RM385 ni laa guna untuk berhuhu kot kereta meragam ke. Takde aku mewah-mewah. Aku ada buat dropship juga roughly dapatlaaa pendapatan tambahan RM400 hingga ke RM800 sebulan.

Tu pun orang tohmah kata aku abiskan duit gaji laki aku sebab tu laki aku tak dapat berbakti kepada ibu terchenta. Whaaatt???

Aku ni ada hulur jugak la kat mak mentua tu kalau balik kampung. Lain laa gaji aku nam juta boleh je aku sumbang sorang sejuta.

Gaji laki aku RM4500 sebulan. Aku dengar masa mula-mula kawen mak mentua dengan anak dara dia sekolahkan laki aku sebab dia dapat tau yang laki aku bayar half duit ansuran rumah.

Mak mentua bising. Dia kata duit kau, kau punya, duit bini kau dia punya. Aku merasa 6 bulan je duit suami.

Sebulan laki aku sumbang RM1000 kat mak dia. Aku tak kisah, tapi yang aku kisah nafkah aku takdek. Kasilaa RM10 pun kalau terselit sangat pun. Kira kau tunaikan tanggungjawab sebagai laki.

Tapi dia ulang ayat mak dia kata u kan bekerja ada duit sendiri. Sungguhpun aku kerja tanggungjawab kau mana??? Oh my kenapa lah ada mak yang ajar anak culas dari menjalankan tanggungjawab. Siap hasut anak tu beli rumah lain letak nama satu jer.

Rumah yang sekarang ni nama bini kau, kot jadi apa-apa sehelai sepinggang kau. Aku dengar pulak tu masa dia nasihat anak tu. Bayar bulan-bulan RM1800 lepas tu sengkek takde duit.

Bila anak tu tak dapat nak sumbang RM1000 sebulan kata bini dia abiskan duit laki. Pada hal aku keje kena pangkah je dengan laki aku. Dah beli rumah baru, mak dia plak pindah anak beranak duduk situ dengan anak dara tu. Lepas tu keja bawang aku memacam.

Nak bercuti tiap-tiap tahun dah macam orang kaya. Bila menantu tak bagi sumbangan, kita plak kena kecam. Yang nak berjalan mereka dan keluarga mereka. Aku sedar diri duit gaji aku memang takde bajet nak jalan sana sini sebab tanggung laki.

Yang paling tak menahan aku kena scam, kesian mak mentua selalu mengeluh takde duit nak menunaikan haji. Aku kasi untuk mak dan pak mentua RM5000 sorang.

Sebab masa pkp kan boleh keluarkan kwsp. Kesian bila dia cakap umur dah tua nak mampos bilalah nak gi haji, ntah sempat ke tak. Lepas bagi duit dia kata tak nak pi haji sebab daftar haji pun tak macam mana nama nak masuk list.

Alasan kalau nak tunggu nama naik kot dijemput Ilahi dia nak pi buat umrah amek pakej RM9900 sorang. Kos nak gi haji RM13000++ ada subsidi kerajaan kan??? Baik gi daftar haji. Menunaikan haji sekiranya mampu.

Sebenarnya nak menggebang je keje. Takde nak gi haji sangat. Umrah tu tak wajib. Duit yang aku kasi bagi tujuan menunaikan haji tu dia guna beli emas. Tak masal aku kene scam!

Satu hari aku tak tahan, aku sembur adik perempuan laki aku. Kau baru umur 19 tahun dah sibuk masuk campur rumah tangga orang.

Takkan rumah aku beli tv 60 inch guna duit aku, kau nak aku belikan untuk mak kau??? Sampai ungkit masa aku tengah makan, kata aku menantu tak sedar diri keja abiskan duit laki.

Barang rumah aku semua aku beli guna duit gaji aku sendiri, yang kau sibuk nak odet segala benda ape hal??? Dah duduk rumah free pun banyak cerita. Yang cuci bilik air pun mak kau banyak hal plak.

Kata aku kulikan laki aku sidai kain baju ape kejadah budak ni, abis yang housework yang selama ni aku buat takde plak kata aku ni hamba suami sendiri???

Bila aku kerja out station tak dapat balik kampung, dikatanya aku lergi berscandal sana sini tak suka balik kampung sampai aku laki bini bergaduh!

Macam-macamlah aku ungkit sampai mak mentua aku kata aku ni mandul!!! Patut laki aku cari bini baru jer. Hello, tak yah nak jadi Karen sangat aku baru kawen 3 tahun dah cop aku mandul!!! Terus aku naik hantu hilang kesabaran aku, aku bergaduh dengan mak mentua aku.

Laki aku tengking aku balik. Ntah apa yang merasuk aku hari tu, aku mengamok macam orang hilang akal!!!

Too much!!! Sebabkan makhluk perosak tu, laki aku selalu marah aku. Kadang tak bertegur dan atas alasan aku tak beranak lagi mak mentua aku galakkan suami cari bini baru. Dia siap kata lelaki kalau nak tambah bini itu hak dia, boleh kawen 4.

Apa sekali tu bapak mentua aku kantoi berwhatsap call dengan janda meniaga kedai makan tau plak dia mengamok sampai pengsan-pengsan.

Aku gelakkan jer depan mil aku kata, mak kan kata laki boleh kawen 4, bagilaa ayah nikah lagi satu. Hak lakikan??? Tu yang mil aku jadi karen dan hilang kawalan dengan aku kena sepak terajang dia.

So aku malas dah nak layan drama karen ni aku amek keputusan untuk berpisah cara baik dengan laki aku ni. Dalam proses. Malas aku nak layan.

Aku tertekan. Sedikit sebanyak aku mental sebab apa aku buat takde orang nak hargai baik aku cari bahagia sendiri bak kata mereka dan keluarga mereka isteri ni hanya di atas kertas sahaja bila-bila boleh putus. Silakan.

Buat adik-adik yang belum melayari kehidupan berumah tangga, jangan dok ex sangat. Sok ko dah nikah, ko rasakan lah kehidupan seorang isteri yang orang selalu kata beras suami beli.

Selalu kata perempuan ni tak nak mengalah, nak menang jer. Abis yang selama ni apa yang kami buat, toleransi dengan perangai bodoh depa, tak dak nak fikir?????

Aku bekerja, aku buat semua kerja rumah, mesin kain, sidai, angkat, iron baju, cuci bilik air, cuci sinki, cuci pinggan mangkuk, buang sawang, buang sampah, aku masak lagi.

Aku kena beli bahan masak balik kerja kalut pi beli barang masak. Minyak masak RM2.50 pun hangpa tak boleh nak beli. Lagi banyak cita.

Nak makan sedap, tapi lauk pauk pun takmo beli. Dah masak tak nak makan, kata nak makan luar. Nak makan luar aku juga yang kena bayar. Pon kata pompuan ni complicated, pompuan ni nak menang jer semua!!!

Aku malas nak layan dah, lepas ni aku bebas nak beli tudung baru, baju baru, kasut baru, pergi spa tanpa berkira-kira duit yang tinggal untuk menanggung anak mak.

Lepas ni kalau ada jodoh takmo dah anak mak. Serik!!! Ingat anak mak boleh laa jaga kita sampai tutup mata. Tak dan nak tutup mata dah kena singkir!!! Pandai jaga mak dia ja, lain out!!!!

Jangan terlalu mencari kesempurnaan, hingga kau terleka bahawa kesempurnaan itu ada depan mata.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *