Mak Mentua Memilih Bulu?

Salam/Selamat Sejahtera. Saya Hana seorang ibu, isteri, anak dan menantu.

Ini kisah pertama yang saya nak share untuk minta pendapat semua. Perkahwinan saya dan suami baru sahaja mencecah 4 tahun, mungkin ada yang akan berkata “baru setahun jagung”.

Ya betul, baru setahun jagung tapi banyak pengalaman pahit dan manis yang saya dapat sepanjang usia 4 tahun perkahwinan ini.

Saya ada mak dan bapa mertua yang sekarang tinggal di negeri sempadan singapore.

Sekali sebulan kami sekeluarga akan balik melawat mak dan abah kerana bajet tidak mengizinkan untuk balik 2 kali pada setiap bulan.

Saya juga ada abang ipar dan biras yang keduanya-duanya bekerjaya namun tidak meluangkan banyak masa bersama mertua.

Mak dan abah layan kami sekeluarga dengan baik sekali. Tapi, saya agak terasa bila tiap kali mak panggil saya mesti dia “terpanggil” nama biras saya. Saya jadi tertanya-tanya, adakah itu ter atau sengaja?

Sejujurnya saya sangat terasa tapi buat taktahu je. Saya tetap layan mak mertua saya macam biasa tak tarik muka walau hakikatnya hati saya terguris sangat-sangat.

Saya terguris bukan sebab apa, kalau diikutkan kami lebih banyak luang masa berbanding mereka (abang ipar dan biras) tapi nama mereka selalu naik di mulut mak bila berbual dengan saudara mara.

Mungkin sebab mereka selalu beri mak duit belanja tapi kami jarang.

Mungkin kami tak mampu beri duit belanja pada mak dan abah, tapi dari segi masa kami mampu luangkan untuk bahagiakan mereka.

Mungkin juga kerana mereka lebih bekerjaya dan dibanggakan oleh mak.

Mereka (abang ipar dan biras) jarang pulang ke kampung kerana sibuk. Sesekali mereka balik pun tidak tidur di kampung tapi lebih kepada tidur luar di hotel dan chalet. Mungkin sebab masalah keselesaan.

Walhal kami pula, walau tak selesa tetap tidur di kampung demi menjaga hati mak dan abah.

Anak kami juga sering di banding-bandingkan dengan kebijakan anak-anak mereka, saya sebagai seorang ibu terasa tapi tetap simpan di dalam hati.

Ada kalanya bila mak dan abah susah, kami sering dicari untuk minta pertolongan.

Namun apabila ditanya kenapa tidak minta tolong dari abang ipar dan biras, alasan mak adalah “biarlah mereka, entah cukup makan dan pakai anak beranak pun taktahu”.

Walaupun mereka 7 beranak dan kami cumalah 3 beranak, bukan bermakna kami hidup senang. Kami pun struggle hidup di bandar cuma tak diceritakan saja.

Semasa suami bujang, mak sering minta dibelanja macam-macam dari segi pakaian, perabot rumah, perhiasan emas dan lain-lain.

Suami juga sering membantu keluarganya dari segi perbelanjaan dan sering beri pinjam barangan dan kenderaannya sendiri sementara dirinya menaiki motosikal kemana-mana tempat.

Malahan ada juga yang menggunakan nama suami untuk membuat pinjaman dan membeli kereta atas alasan dia bujang dan tidak mempunyai komitmen.

Alih-alih sekarang banyak di reject bank bila buat permohonan pinjaman peribadi.

Namun, bila sudah berkahwin, suami tidaklah seperti dahulu malah hanyalah cukup untuk tampung kehidupan kami sehingga gaji bulan seterusnya.

Mungkin pada pandangan mak, kami catu duit untuk kegunaan kami anak-beranak saja. Ada kalanya mak seperti berseloroh tentang layanan kami lebih terhadap ibu saya (mak kandung).

Mungkin mak rasa kami banyak beri wang belanja pada ibu berbanding mak memandangkan ibu adalah seorang ibu tunggal. Tapi hakikatnya, layanan kami lebih kepada mak dan abah di kampung.

Ibu juga tak kisah kami lebih kepada mak dan abah kerana faham mereka duduk jauh dan sering rindukan cucu manakala ibu duduk berdekatan kami.

Tapi saya tahu, jauh di sudut hati ibu, dia terasa kosong walaupun adik beradik yang lain ramai yg masih tinggal bersamanya.

Kami sekeluarga dah berikan yang terbaik untuk mak dan abah tapi mungkin kami saja yang rasa begitu tapi sebaliknya di pandangan mata mak.

Saya harap para pembaca faham dengan coretan saya ini. Maaf jika jalan cerita complicated memandangkan ini kali pertama saya menulis di sini.

Sekian,

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *