Hai, recently saya tengok ramai mengadu tentang mak mertua.
Ada yang mengadu mak mertua takde hati perut, mulut jahat, pengotor, takde timbang rasa membuatkan saya tertanya-tanya sudah berapa lama agaknya usia perkahwinan anda semua.
Basically, semua orang tahu bahawa mak mertua ialah ibu kepada suami kita, lelaki yang kita sayang, lelaki yang kita dambakan.
Kitaran hidup begitulah, jika lelaki yang kita sayang masih mempunyai ibu, maka wajib lahiriah dan rohaniah kita perlu menyantuni ibu tersebut.
Saya kira, pertembungan didikan dan budaya kedua ibu mertua dan menantu perempuan selalu menjadi asbab wujudnya rasa tidak puas hati.
Diawal perkahwinan, saya juga salah seorang wanita yang selalu memberontak tidak berpuas hati dengan mertua, kerana mertua saya sering saja membuat ad hoc plan untuk bertandang ke rumah, bercuti ataupun berjalan-jalan.
Dalam ketidakpuasan hati tu, saya cuba mencari titik ketenangan dan kefahaman supaya saya sendiri faham kenapa mereka macam tu.
Pertamanya, benda asas yang saya perlu hadam ialah saya berkahwin dengan anak tunggal, which is in every situation susah ataupun senang, my parents in-law memang akan sentiasa bersedia disisi suami saya, satu-satunya anak mereka.
Perkara ni tak mudah untuk saya faham sebab saya concern part privacy dan didikan selama saya hidup, ibu bapa saya tidak overly attached dengan anak.
Adik beradik saya ramai jadi bergerak sendiri itu satu kewajipan, jika kereta saya pancit dimana-mana, ayah bukan orang pertama saya hubungi.
Berbeza dengan suami, setiap kesusahan yang dia hadapi, ayah mertua saya orang pertama yang akan datang rescue dan settlekan jadi lama-lama saya faham bahawa hubungan diorang memang naturally macam tu.
Bukan saya mengalah, tetapi bersetuju untuk memahami lebih memberikan kebaikan dan ketenangan.
Kedua, isu mulut hawau @ mulut pedas. Isu mulut ni kalau dilihat dari zaman atok nenek pon tak pernah habis. Perang mulut ni kalau ikut hati lagi lawan lagi sedap, lagi menyakitkan hati lagi puas kan?
Saya juga tak terlepas isu begini lagi pulak darah muda, semangat demokrasi utuh dan mengamalkan konsep “tak puas hati cakap terus terang”, pernah berbulan juga saya tidak bertegur dengan mertua.
Natijahnya, adakah kita tenang? Puas hati memanglah puas lepas dapat sound tu tapi adakah kita tenang?
Hal isu lawan mulut ni saya cukup suka mengambil contoh ibu-ibu generasi lama, ataupun nenek-nenek. Saya fikir, kerukunan rumah tangga yang lama adalah dari sifat sabar.
Sabar ni pulak bukan kita mintak harini, esok terus jadi. Tak. Sabar ni bila kita didik hati kita untuk membiarkan kata-kata menyakitkan hati tu berlalu pergi.
Biarlah pahit tapi hubungan ni adalah hubungan yang saling memerlukan. Mana tahu bila-bila kita sakit then orang yang ada masa tu mertua je?
Bagi saya, tak berbaloi nak berdendam dengan mak mertua. Sebab dia tu mak kepada suami. Tak logik kita sayang suami tapi tergamak benci mak dia.
Kita nak hidup bukan sebulan dua, kalau kata umur panjang, tenang ke hati berdendam dengan mak mertua lama sangat? Setiap persengketaan mesti ada jalan perdamaian tapi mesti kena sabar.
To be honest, bila kita start sabar, insyaallah kelakuan dan pertuturan kita pun lebih rasional. Sabarlah, mak mertua kita pon amik masa nak adapt dengan orang baru dari latar belakang yang berbeza.
Kita pun nanti bakal jadi mak mertua, so kita ni nak jadi mak mertua yang macam mana?
Lagi satu, hormat mak mertua ni jatuh dalam kategori ADAB. Saya ni bila rasa nak melawan mak mertua atau nak sound terus saya teringat perbuatan saya ni cerminan ibu bapa dan suami saya.
Asas adab kita haruslah menghormati orang tua. Jahat atau laser mana mak mertua tu, pertamanya kita hormat dia dulu.
Kalau rasa tak hingin nak hormat dia as a mak mertua, hormatilah dia selayaknya sebagai orang tua. Bila hormat ni kita memang semat dalam jiwa, if tak puas hati mana pun kita takkan tergamak nak mengasari hati dan perasaan dia.
Ketiga saya banyak baca isu berpantang dengan mertua. Kita ni kan mengandung 9 bulan, selama 9 bulan tu tak plan ke tentatif masa berpantang 44 hari? Tak plan ke nak duduk mana?
If decide berpantang dengan mertua, takkan tak boleh cuba faham style mak mertua macam mana? Kemudian soal makan dan penjagaan anak.
Yang ni sebelum bersalin tak discuss ke dengan husband siapa nak urus baby, siapa nak masakkkan lauk pantang, nak uruskan air mandi.
Sepatutnya isu-isu tak puas hati berpantang dengan mertua ni husband yang kena settle, after all dia lagi faham nature mak dia cemana. Larat ke tak, sanggup ke tak.
Kita ni pon sebagai menantu dan mak, pleaselah bersuara dan berbincang, kau yang berpantang patutnya kau la yang control keadaan,
Ini tak berbincang tak apa tiber nak sendu mak mertua tak masak sedap, mak mertua tak jaga anak, mak mertua suruh basuh baju sendiri.
9 bulan Allah bagi tu bukan suruh dok saja, planning la schedule berpantang, tanya dekat mak mertua tu betul-betul larat ke tak, sanggup ke tak.
Lagi satu kalau dia kata larat pun kau tengoklah juga umur dia berapa dengan keupayaan dia jugak. Janganlah sebab dia kata larat kau pon santak mintak tolong dia macam-macam sampai tengah malam pon mintak teman menyusu.
Ni semua soal timbang rasa, kalau tak mampu upah helper then suami la kena jadi helper ringkan beban mak mertua tu.
Lagipun tak elok tengah berpantang ni simpan dendam kesumat, kita kenalah berpantang dalam healthy and positive vibes. InsyaAllah kalau betul cara kita, Allah pun sama-sama tolong permudahkan urusan.
Lastly, isu rumah mertua kotor @ pengotor. Basically tu kan rumah mak mertua awak? Rumah keluarga suami? Canang satu dunia if takde progress pun tak berguna.
Saya juga menghadapi isu ni apabila pulang ke kampung suami padahal isi dalam rumah ramai, tetapi berselerakan macam tiada penghujung, jadi instead of nak sakit hati, saya pilih untuk kemas apa yang saya nampak.
Jika saya nak guna bilik untuk tidurkan anak, maka saya kemas yang itu sahaja. Jika mahu gunakan bilik air maka sambil mandi tu saya cucikan sekali.
Begitu juga jika dapur berkerak atau meja melekit, kita bersihkanlah sekali jalan, time cuci pinggan tu haa cucilah sekali apa yang kau nak cuci, lepastu lap sekali meja tu.
Settle. Ini bagi kes yang balik sekali skali la, yang tinggal bersama mertua tu mungkin boleh perlahan-lahan menerapkan nilai kebersihan dan paling penting, sabarlah banyak-banyak.
Okay. Sekian bebelan saya.
– Husna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit